ucsf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Sep 2026 04:08:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ucsf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama UCSF, universiti Poland dalam perancangan https://sabahmedia.com/2026/09/04/kerjasama-ucsf-universiti-poland-dalam-perancangan/ https://sabahmedia.com/2026/09/04/kerjasama-ucsf-universiti-poland-dalam-perancangan/#respond Fri, 04 Sep 2026 04:08:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102788
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama antara University College Sabah Foundation (UCSF), milik Yayasan Sabah, dengan sebuah universiti di Poland kini dalam perancangan.

Duta Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowolski, berkata satu Memorandum Persefahaman (MoU) ke arah kerjasama itu sedang dalam proses penyediaan.

Dobrowolski berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bagi membincangkan potensi kerjasama ekonomi dua hala di Menara Kinabalu, hari ini.

Duta berkenaan dan Ketua Menteri turut membincangkan potensi bidang kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.

Ia merupakan kunjungan kelima Dobrowolski ke Kota Kinabalu, dengan kunjungan terakhir pada April tahun ini apabila beliau melawat kampus UCSF.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/04/kerjasama-ucsf-universiti-poland-dalam-perancangan/feed/ 0 102788
UCSF laksana 14 program khidmat masyarakat, libatkan lebih 350 pelajar sepanjang 2025 https://sabahmedia.com/2025/12/27/ucsf-laksana-14-program-khidmat-masyarakat-libatkan-lebih-350-pelajar-sepanjang-2025/ https://sabahmedia.com/2025/12/27/ucsf-laksana-14-program-khidmat-masyarakat-libatkan-lebih-350-pelajar-sepanjang-2025/#respond Sat, 27 Dec 2025 04:29:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88884
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF Sabah) melalui Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik (CLGD) berjaya melaksanakan sebanyak 14 program khidmat masyarakat sepanjang tahun 2025, melibatkan lebih 350 pelajar di seluruh Sabah.

Antara program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh UCSF sepanjang 2025.

Pelaksanaan program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan UCSF Sabah terhadap tanggungjawab sosial serta usaha melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan berdaya saing, selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan tinggi di negeri ini.

Antara fokus utama inisiatif yang dilaksanakan termasuk bantuan kepada kanak-kanak yatim dan golongan asnaf, pemuliharaan alam sekitar, pengayaan pendidikan dan bahasa, penambahbaikan kreatif sekolah serta program kesedaran awam.

Program-program tersebut dilaksanakan di pelbagai lokasi seperti rumah kebajikan, sekolah, tadika, tapak pemuliharaan dan institusi awam, sekali gus memberi pendedahan langsung kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan dalam situasi sebenar.

Ketika ini, UCSF Sabah mempunyai lebih 1,000 pelajar merangkumi empat fakulti iaitu Fakulti Sains Semula Jadi dan Kelestarian, Fakulti Pembangunan dan Pengajian Media, Fakulti Seni dan Media Kreatif serta Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan, dengan penglibatan aktif pelajar daripada semua fakulti dalam program khidmat masyarakat berkenaan.

Naib Canselor UCSF Sabah, Datuk Dr Rafiq Idris, berkata khidmat masyarakat merupakan elemen penting dalam pendidikan holistik yang diterapkan di institusi itu.

“Program khidmat masyarakat memainkan peranan penting dalam membentuk graduan yang bertanggungjawab secara sosial, berperikemanusiaan serta memahami peranan mereka dalam pembangunan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik, William Bunyau, berkata inisiatif tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah memperkasa pembangunan pelajar di luar bilik kuliah.

“Program ini menyediakan peluang bermakna kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat, di samping memperkukuh kemahiran insaniah yang amat diperlukan dalam dunia kerjaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/27/ucsf-laksana-14-program-khidmat-masyarakat-libatkan-lebih-350-pelajar-sepanjang-2025/feed/ 0 88884
Karnival Keusahawanan UCSF 2024 pupuk pelajar celik kewangan & mahir digital https://sabahmedia.com/2024/08/19/karnival-keusahawanan-ucsf-2024-pupuk-pelajar-celik-kewangan-mahir-digital/ https://sabahmedia.com/2024/08/19/karnival-keusahawanan-ucsf-2024-pupuk-pelajar-celik-kewangan-mahir-digital/#respond Mon, 19 Aug 2024 08:32:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59329
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) komited untuk memupuk pelajar yang celik kewangan dan mahir digital.

Baru-baru ini satu Karnival Keusahawanan UCSF 2024 diadakan di Kampus UCSF mempamerkan pelajar dari kursus Asas Keusahawanan sebagai vendor.

Pelajar-pelajar tersebut mewakili pelbagai fakulti termasuk Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan (FME), Fakulti Seni dan Media Kreatif (FACM), Fakulti Pembangunan dan Pengajian Pelbagai Budaya (FDMS), dan Fakulti Sains Semula Jadi & Kelestarian (FNSS), mengambil bahagian secara aktif dalam acara ini sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik mereka.

Naib Canselornya, Dr. Rafiq Idris berkata matlamat utama karnival ini adalah untuk menawarkan pelajar UCSF pengalaman keusahawanan dan praktikal.

“Semasa acara itu, pelajar mempunyai platform untuk membentangkan dan menjual produk atau perkhidmatan yang telah mereka bangunkan, memperoleh pandangan berharga tentang penglibatan pelanggan, komunikasi profesional dan strategi promosi.

Selain itu, katanya, acara itu bertujuan untuk memperkukuh celik kewangan pelajar dengan menyampaikan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan berskala kecil dan meningkatkan modal dengan berkesan.

“Selain memupuk celik alam sekitar, kami komited untuk memupuk pelajar yang celik kewangan dan mahir digital,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Karnival anjuran tenaga pengajar dari Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan (FME) berlangsung di Lobi UCSF.

Sebanyak 32 gerai mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, daripada makanan dan minuman kepada gerai foto, permainan serta hiburan.

Manakala seramai 267 pelajar yang mengikuti kursus Asas Keusahawanan wajib hadir ke acara tersebut yang juga meruapakan satu keperluan untuk program ijazah dan diploma. Kursus ini ditadbir oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik (CLGD).

Bagi menawarkan sokongan dan motivasi kepada pelajar, Dr. Rafiq telah melawat sendiri setiap gerai, memberikan bimbingan dan galakan kepada para peserta.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan UCSF untuk memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

“Justeru, kami mempunyai rancangan untuk menganjurkan lebih banyak program berkaitan keusahawanan untuk pelajar kami pada masa hadapan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/19/karnival-keusahawanan-ucsf-2024-pupuk-pelajar-celik-kewangan-mahir-digital/feed/ 0 59329
UCSF, MASTRA jalin kerjasama kaji kemajuan sektor maritim https://sabahmedia.com/2024/08/15/ucsf-mastra-jalin-kerjasama-kaji-kemajuan-sektor-maritim/ https://sabahmedia.com/2024/08/15/ucsf-mastra-jalin-kerjasama-kaji-kemajuan-sektor-maritim/#respond Thu, 15 Aug 2024 01:27:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59037
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) menjalinkan kerjasama bagi membuat kajian untuk kemajuan sektor maritim.

Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengelola UCSF, Datuk Dr. Mohd Yaakub Johari berkata, kerjasama melalui Pusat Pengajian Pembangunan Sabah (CDS) itu memfokuskan kepada pembangunan industri maritim di negeri ini.

“UCSF bekerjasama dengan pihak yang memang mempunyai kepakaran dalam industri maritim dari segi keselamatan. Daripada input-input kerjasama ini kita cuba bantu menyumbang kepada pembangunan kerajaan negeri melalui sektor Ekonomi Biru dalam agenda Sabah Maju Jaya.

“Di samping itu, kita juga membincangkan secara terperinci beberapa keperluan seperti mewujudkan lebih banyak kepakaran dan kemahiran dalam industri maritim di Sabah kerana buat masa sekarang belum ada Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang maritim.

“Ini perlu bukan sahaja dari segi industri tetapi juga dalam aspek keselamatan yang juga perlu kita faham dari segi perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Di samping itu, Yaakub berkata, hasil dapatan dan pemerhatian kajian akan disalurkan untuk pertimbangan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Hadir sama, Pengerusi MASTRA, Laksamana Pertama Datuk Dr. Ir Murad Omar, Bendahari MASTRA, Laksamana Pertama Datuk Ir. Wan Othman Wan Abdul Rahman, Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris dan Pengarah Eksekutif MYJ Tau System Sdn. Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/15/ucsf-mastra-jalin-kerjasama-kaji-kemajuan-sektor-maritim/feed/ 0 59037
UCSF anjur Program “Artistry In Science Outreach” di Penimbawan Tuaran https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/#respond Wed, 04 Oct 2023 07:52:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43051
Read Time:1 Minute, 10 Second

TUARAN: Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan menyertai Program “Artisty In Science Outreach” anjuran University College Sabah Foundation (UCSF) dengan kerjasama Sabah Economic and Education Society, baru-baru ini.

Program itu merupakan antara aktiviti “University Social Responsibility” (USR) UCSF yang memberi penekanan kepada aspek sains dan juga seni.

Rombongan UCSF seramai 10 orang yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dr Rafiq Idris mengembara menggunakan bot dari jeti Kampung Serusop, Tuaran ke SK Penimbawan bagi menjayakan program itu.

Menurut Dr.Rafiq, antara pengisian program itu yang melibatkan murid-murid tahun 6 memberi fokus kepada aspek sains dan alam semula jadi.

Katanya, sesi lain memfokuskan kepada murid-murid tahun 4 dan 5 dengan penekanan kepada aktiviti berkaitan seni serta alam semula jadi.

Beliau berkata, UCSF akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti seumpama itu bagi mendekatkan dan mendedahkan masyarakat tentang peluang pendidikan di UCSF.

“UCSF akan terus mendekati dan bersama komuniti, serta sedia membantu berdasarkan bidang kepakaran universiti”, katanya.

Beliau turut memberikan dorongan dan suntikan semangat kepada murid-murid SK Penimbawan pada majlis penutup program itu yang diadakan di sekolah tersebut.

Sementara itu, Guru Besar SK Penimbawan, Ajelan Setuh mengalu-alukan kunjungan rombongan UCSF dan percaya program suntikan semangat pendidikan itu lebih berkesan kerana ianya melibatkan pihak institusi pendidikan tinggi itu sendiri.

Manakala Pegawai Libat Sama Komuniti UCSF, Sharmimiee berkata, keterlibatan universiti dalam masyarakat merupakan sesuatu pendekatan yang sangat baik dan akan diteruskan ke komuniti yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/ucsf-anjur-program-artistry-in-science-outreach-di-penimbawan-tuaran/feed/ 0 43051
UCSF perkenal peluang pendidikan kepada anak-anak RAY Tambunan https://sabahmedia.com/2023/09/19/ucsf-perkenal-peluang-pendidikan-kepada-anak-anak-ray-tambunan/ https://sabahmedia.com/2023/09/19/ucsf-perkenal-peluang-pendidikan-kepada-anak-anak-ray-tambunan/#respond Tue, 19 Sep 2023 11:26:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42112
Read Time:1 Minute, 24 Second

TAMBUNAN: University College Sabah Foundation (UCSF) terus komited mengadakan Program University Social Responsibility (USR) menerusi Kunjungan Kasih ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan pada Isnin.

Rombongan UCSF yang diketuai oleh Naib Canselornya, Dr. Rafiq Idris dan pegawai-pegawai kanannya disambut mesra oleh Pengetua RAY Tambunan, Ustaz Abdul Rauf dan kakitangannya.

Menurut Dr.Rafiq, program USR kali ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkenalkan UCSF, peluang pendidikan yang ditawarkannya dan bantuan-bantuan kewangan yang disediakan bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti itu.

“UCSF juga komited untuk membantu dari pelbagai perspektif, khususnya dari segi pendidikan atau program jalinan masyarakat khas untuk anak-anak di RAY.

“Perbincangan telah diadakan diantara UCSF dan RAY Tambunan mengenai program yang boleh dilaksanakan bersama”, katanya pada Program USR, Kunjungan Kasih di sini.

Dr. Rafiq menegaskan bahawa UCSF sangat prihatin terhadap pendidikan anak-anak Sabah kerana masyarakat yang berilmu akan memberi impak yang positif kepada kemajuan negara.

Menurutnya, pendidikan bukan sahaja penting kepada individu terutama dari segi ilmu dan pengetahuan, malah akan memperkasakan kemahiran mereka.

“UCSF komited melahirkan masyarakat yang celik hijau, celik keusahawanan, celik digital dan celik Kewangan”, tegasnya.

Sementara itu, Ustaz Abdul Rauf yang berkongsi maklumat mengenai prestasi dan pencapaian anak-anak RAY Tambunan menekankan mereka sangat mementingkan pendidikan dan hala tuju setiap anak yang berada di rumah amal itu.

Menurut Pegawai Libat Sama Komuniti, Sharmimiee, kunjungan kasih UCSF kali ini bukan sahaja memberikan maklumat pendidikan kepada anak-anak, juga membina titik hubungan yang penting antara institusi pendidikan tinggi (IPT) dan komuniti setempat.

Katanya, UCSF merupakan sebuah IPT yang menggariskan pentingnya pendidikan sebagai salah satu instrumen penting dalam perubahan sosial dan pembangunan, seterusnya melahirkan lebih ramai graduan yang celik teknologi, ekonomi, keusahawanan dan sebagainya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/19/ucsf-perkenal-peluang-pendidikan-kepada-anak-anak-ray-tambunan/feed/ 0 42112
UCSF terima zakat untuk pelajar dari BIMB https://sabahmedia.com/2023/04/15/ucsf-terima-zakat-untuk-pelajar-dari-bimb/ https://sabahmedia.com/2023/04/15/ucsf-terima-zakat-untuk-pelajar-dari-bimb/#respond Sat, 15 Apr 2023 10:16:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32810
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) baru-baru ini membayar zakat kepada University College Sabah Foundation (UCSF) untuk diperuntukkan kepada golongan pelajar asnaf.

Dalam majlis ringkas di kampusnya di Sembulan, penyampaian replika cek berjumlah RM10,000 daripada BIMB kepada UCSF dengan kehadiran pegawai kanan UCSF telah dijalankan.

Semasa majlis itu, Pengarah Perhubungan Pengguna Negeri, Melvin Ogos dan Pengurus Deposit (Korporat) Japri Mat Salleh, berkongsi bahawa Bank Islam Malaysia Berhad akan cuba mengembangkan sumbangan zakatnya kepada lebih ramai asnaf.

Sementara itu, Naib Canselor, Dr.Rafiq Idris mengucapkan terima kasih kepada BIMB kerana memilih UCSF sebagai salah satu organisasi untuk menerima zakat asnaf dalam kalangan pelajar UCSF.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/15/ucsf-terima-zakat-untuk-pelajar-dari-bimb/feed/ 0 32810
Kerajaan Negeri meluluskan RM10 juta peruntukan tambahan kepada UCSF https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-meluluskan-rm10-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ucsf/ https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-meluluskan-rm10-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ucsf/#respond Sat, 14 Jan 2023 07:58:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27892
Read Time:2 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri meluluskan RM10 juta peruntukan tambahan kepada Universiti College Sabah Foundation (UCSF) bagi menyokong meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan di institusi tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa juga usaha pembangunan oleh universiti tunggal milik Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sabah iaitu UCSF.

“Bagi memastikan UCSF terus cemerlang dan menjadi pilihan anak-anak kita, Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta sebagai geran penyelidikan pembangunan Sabah, kursus dan latihan kepada penjawat awam serta belia, dan projek perintis bagi pengeluaran batik botanic UCSF.

“Saya juga meluluskan cadangan penubuhan kursi akademik di UCSF yang diberi nama Kursi Pembangunan Sabah UCSF dengan suntikan dana permulaan sebanyak RM5 juta. Saya berharap dengan bantuan tambahan ini, UCSF akan terus cemerlang”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen ke-2 UCSF di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat sini, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan pimpinannya juga akan terus menyokong segala usaha UCSF dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan institusi, melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkualiti, seterusnya menggerakkan transformasi pendidikan di negeri ini.

Menurutnya, dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Petronas dan UCSF pada Oktober 2022, merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha pembangunan modal insan di Sabah.

“Melalui kerjasama ini, UCSF akan menawarkan kursus berasaskan Minyak dan Gas di kampusnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor berkenaan. Hakikatnya bahawa polisi-polisi pengurusan bakat dan modal insan telah pun digubal dan akan terus menjadi keutamaan saya,” katanya.

Menurut Hajiji lagi, UCSF yang telah berusia 8 tahun, dengan matlamat penubuhannya sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sabah yang bersifat memenuhi tanggungjawab
sosial dan sustainability, telah mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional yang mampu membanggakan masyarakat serta menyumbang dalam aspek pembangunan negeri Sabah.

“Saya berasa gembira kerana UCSF telah menyediakan peluang dan tempat kepada ramai pelajar di negeri ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. UCSF juga telah melahirkan ramai graduan yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan, khususnya dalam kalangan rakyat Sabah”, katanya.

Beliau juga mencadangkan agar UCSF meluaskan programnya dengan membuka mini kampus di Tawau selaras dengan usaha untuk mengantarabangsakan universiti itu dalam aspek akademik dan penyelidikan.

Hajiji berkata, kerajaan Sabah telah melakukan yang terbaik bagi membangunkan negeri ini di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, sehingga berjaya meraih hasil lebih RM6.6 bilion pada tahun 2022.

Katanya, hasil yang dikutip itu merupakan prestasi terbaik kerajaan negeri selepas bersama membentuk Malaysia pada tahun 1963, yang juga antara bukti kesungguhan kerajaan Sabah pada masa ini membangunkan negeri ini.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri juga terus melaksanakan dasar kukuh bagi membawa lebih banyak pelaburan.

Katanya, dalam Belanjawan Negeri 2023 sebanyak RM175.61 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan modal insan dan Information and Communication Technology (ICT) menerusi pelbagai inisiatif bagimerangsang minat pelajar dalam Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurutnya, peruntukan itu juga untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar bagi meluaskan penerimaan digital dan memacu transformasi digital di Sabah.

“Pembangunan ICT di Sabah juga akan diberi penekanan dengan Sabah Skills & Technology Centre akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membangun dan menyokong perkembangan industri digital, disamping meneruskan latihan teknologi Revolusi Industri 4.0 sepanjang tahun ini.

“Sabah Creative Economy and Innovation Centre juga akan meneruskan program bagi memastikan bakat modal insan di Sabah terus digilap,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-meluluskan-rm10-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ucsf/feed/ 0 27892
KYS Suntik Dana Kepada UCSF Tampung Pembayaran Gaji Kakitangan https://sabahmedia.com/2021/09/13/kys-suntik-dana-kepada-ucsf-tampung-pembayaran-gaji-kakitangan/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/kys-suntik-dana-kepada-ucsf-tampung-pembayaran-gaji-kakitangan/#respond Mon, 13 Sep 2021 05:40:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6232
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menyuntik sejumlah dana kepada University College Sabah Foundation (UCSF) bagi menampung pembayaran gaji kakitangan universiti berkenaan.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar @Yusof Khan Bahadar berkata, ia merupakan komitmen KYS selain akan terus mengadakan perbincangan dengan Pengurusan UCSF dalam menangani itu pembayaran gaji kakitangan.

“Berdasarkan keadaan kewangan semasa UCSF dan unjuran kemasukan pelajar baharu pada tahun 2022, UCSF dijangka tidak dapat menampung pembayaran gaji staf sepenuhnya.

“Pengurusan KYS mengambil serius perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik. Ia termasuklah menyuntik sejumlah dana ke UCSF untuk menampung pembayaran gaji staf UCSF,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Gulam berkata, pihaknya berharap agar pengurusan UCSF mengekalkan saluran komunikasi dengan staf sebagai salah satu agenda utamanya, terutama pada masa amat sukar ini.

Katanya, bagi memastikan isu pembayaran gaji kakitangan tidak berlarutan, KYS bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu berdasarkan keputusan Tribunal Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Pengurusan KYS juga mengarahkan pengurusan UCSF untuk tidak membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan Semakan Kehakiman terhadap keputusan Tribunal JTK.

“Bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, pihak pengurusan KYS akan memastikan semua usaha yang akan dirancang dilaksanakan dengan kadar segera demi memastikan agenda pembangunan pendidikan untuk anak-anak Sabah akan terus dilaksanakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/kys-suntik-dana-kepada-ucsf-tampung-pembayaran-gaji-kakitangan/feed/ 0 6232