udara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Sep 2026 02:13:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png udara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kualiti udara di Sabah kembali tidak sihat, Kimanis catat IPU 165 https://sabahmedia.com/2026/09/05/kualiti-udara-di-sabah-kembali-tidak-sihat-kimanis-catat-ipu-165/ https://sabahmedia.com/2026/09/05/kualiti-udara-di-sabah-kembali-tidak-sihat-kimanis-catat-ipu-165/#respond Sat, 05 Sep 2026 02:12:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102842
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Kualiti udara di beberapa kawasan di Sabah kembali mencatat bacaan tidak sihat apabila merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 setakat jam 10 pagi pada Sabtu.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga stesen pemantau terlibat adalah di stesen Politeknik Kota Kinabalu (PKK); Kota Kinabalu dan Kimanis.

Stesen Kimanis merekodkan bacaan tertinggi iaitu 165; diikuti PKK dengan 156 dan Kota Kinabalu 135.

Sandakan pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 78; Keningau 89 dan Tawau 91.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Keadaan berkenaan menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan utama Sabah masih kurang baik, sekali gus memerlukan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya golongan berisiko.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan sekiranya tidak diperlukan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai status kualiti udara daripada sumber rasmi.

Peningkatan pencemaran udara juga boleh memberi kesan kepada individu yang sensitif terhadap pencemaran, terutama mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Orang ramai disaran terus memantau perubahan bacaan IPU dari semasa ke semasa berikutan keadaan kualiti udara boleh berubah mengikut faktor cuaca dan keadaan setempat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/05/kualiti-udara-di-sabah-kembali-tidak-sihat-kimanis-catat-ipu-165/feed/ 0 102842
Kualiti udara di enam kawasan di Sabah kekal tahap sederhana https://sabahmedia.com/2026/08/11/kualiti-udara-di-enam-kawasan-di-sabah-kekal-tahap-sederhana/ https://sabahmedia.com/2026/08/11/kualiti-udara-di-enam-kawasan-di-sabah-kekal-tahap-sederhana/#respond Tue, 11 Aug 2026 10:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101387
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU :  Kualiti udara di enam kawasan pemantauan di Sabah kekal pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga jam 5 petang pada Selasa.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 5 petang tadi, kesemua enam lokasi pemantauan menunjukkan bacaan dalam kategori sederhana.

Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 83, diikuti Politeknik Kota Kinabalu dengan bacaan 82.

Kimanis pula mencatat bacaan 77, manakala Tawau merekodkan bacaan 71. Dua lagi lokasi iaitu Sandakan dan Keningau masing-masing mencatat bacaan IPU 67.

Walaupun berlaku perubahan bacaan mengikut lokasi dan waktu sepanjang tempoh pemantauan, kesemua kawasan terbabit masih berada dalam kategori sederhana.

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan supaya terus mengikuti perkembangan bacaan IPU dari semasa ke semasa, terutama sekiranya berlaku perubahan keadaan cuaca atau peningkatan pencemaran udara.

Pemantauan berterusan penting bagi membolehkan orang ramai mengambil langkah sewajarnya sekiranya bacaan IPU meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/11/kualiti-udara-di-enam-kawasan-di-sabah-kekal-tahap-sederhana/feed/ 0 101387