Ugut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Oct 2025 08:18:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ugut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes ugut bunuh peguam, jurutera bebas jaminan polis https://sabahmedia.com/2025/10/10/kes-ugut-bunuh-peguam-jurutera-bebas-jaminan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/kes-ugut-bunuh-peguam-jurutera-bebas-jaminan-polis/#respond Fri, 10 Oct 2025 08:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82918
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang jurutera  yang direman empat hari kerana disyaki menghantar ugutan bunuh kepada peguam Datuk Ram Singh, berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Ram berkata pegawai penyiasat (IO) memaklumkan kepadanya bahawa suspek berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan syarat melapor diri kepada IO sekali sebulan, manakala ayahnya bertindak sebagai penjamin.

Menurut Ram, telefon bimbit suspek akan dihantar untuk analisis forensik kerana semua mesej yang dihantar telah dipadam oleh suspek.

“Saya difahamkan suspek dijadualkan berjumpa dengan IO semula pada 10 November,” katanya sambil menambah beliau tidak pasti sama ada suspek akan didakwa dalam masa terdekat kerana analisis forensik masih belum selesai.

Pada Rabu, Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membenarkan reman selama empat hari bermula 9 hingga 12 Oktober selepas permohonan dibuat oleh IO.

Menurut IO suspek telah menyerah diri di balai polis di sini pada Selasa.

Lelaki berkenaan yang berasal dari Ipoh, Perak, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

 Sebelum ini, media melaporkan suspek dipercayai memperoleh nombor peribadi Ram sebelum menghantar mesej berunsur ugutan dan penghinaan melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Ram, antara mesej yang diterimanya ialah: “Nanti mati kamu disoal Tuhan,” “Biar kau mati katak,” dan “Jangan sampai kami cari kau, kau mati kalau kami cari.”

Suspek telah menghantar mesej permohonan maaf kepada Ram, namun Ram menegaskan akan meneruskan kes berkenaan dan tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

LINK BERITA TERDAHULU:

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/kes-ugut-bunuh-peguam-jurutera-bebas-jaminan-polis/feed/ 0 82918
Lelaki bersenjatakan parang ugut ahli keluarga ditahan polis https://sabahmedia.com/2025/04/10/lelaki-bersenjatakan-parang-ugut-ahli-keluarga-ditahan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/04/10/lelaki-bersenjatakan-parang-ugut-ahli-keluarga-ditahan-polis/#respond Thu, 10 Apr 2025 09:16:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71717
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak agresif mengamuk sambil membawa sebilah parang di sebuah rumah di Taman Sri Titingan di dekat sini pada Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, suspek yang juga adik kepada mangsa bertindak luar kawalan sehingga mencetuskan ketakutan dalam kalangan ahli keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Tawau telah menahan suspek kira-kira jam 8.15 malam, pada hari yang sama.

“Suspek warga tempatan berusia 27 tahun ditahan dan merampas sebilah parang sepanjang lebih kurang 22 inci beserta sarung yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan setakat ini tiada kecederaan atau kerugian dilaporkan dalam insiden tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kes berasingan, dua lelaki ditahan kerana dipercayai mencuri kabel elektrik di salah sebuah bangunan di Kampung Pasir Putih, Tawau pada malam Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, anggota pengawal keselamatan bersama tiga rakannya berjaya menahan dua lelaki yang mencurigakan dengan membawa sebuah karung guni berisi kabel dipercayai dicuri dari bangunan tersebut.

Champin berkata, sepasukan polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira jam 10.20 malam.

“Sebaik tiba di pondok pengawal, pihak polis menerima kedua-dua suspek yang diserahkan oleh anggota keselamatan berkenaan bersama barang rampasan,” katanya.

Menurutnya, salah seorang suspek warga tempatan berumur 41 tahun memiliki enam rekod berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah, manakala seorang lagi adalah warga asing berumur 28 tahun memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Katanya pihak Polis turut merampas satu gulung kabel elektrik, mata gergaji besi yang diubahsuai, sebatang test pen dan sebatang pemotong (cutter) yang digunakan untuk membawa kabel curi tersebut.

“Anggaran kerugian akibat kecurian kabel ini adalah sekitar RM500 dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/10/lelaki-bersenjatakan-parang-ugut-ahli-keluarga-ditahan-polis/feed/ 0 71717
Ugut rakan serumah guna pisau, lelaki didenda RM3,000 https://sabahmedia.com/2025/04/09/ugut-rakan-serumah-guna-pisau-lelaki-didenda-rm3000/ https://sabahmedia.com/2025/04/09/ugut-rakan-serumah-guna-pisau-lelaki-didenda-rm3000/#respond Wed, 09 Apr 2025 09:42:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71678
Read Time:57 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan ugutan jenayah terhadap rakan serumahnya menggunakan pisau.

Alexandre Schroder, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Alexandre melakukan ugutan terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun dengan berkata, “Marilah sama saya” sambil memegang sebilah pisau, dengan niat menimbulkan ketakutan dan kegentaran kepada mangsa.

Kesalahan itu dilakukan pada 31 Mac lalu, kira-kira jam 1.30 pagi, di sebuah bilik sewa di Kampung Tanjung Aru, di sini.

Alexandre didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. Sekiranya ugutan melibatkan niat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, kejadian tercetus apabila tertuduh tiba-tiba mengetuk pintu bilik mangsa dan menuduh mangsa mencuri tong gas miliknya. Tertuduh kemudiannya mengambil sebilah pisau dari dapur dan mengeluarkan kata-kata ugutan, menyebabkan mangsa ketakutan.

Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lim Ming Zoong @ Lawrence, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/09/ugut-rakan-serumah-guna-pisau-lelaki-didenda-rm3000/feed/ 0 71678
Marah sampah tidak dibuang, lelaki dipenjara 8 minggu ugut adik https://sabahmedia.com/2025/03/17/marah-sampah-tidak-dibuang-lelaki-dipenjara-8-minggu-ugut-adik/ https://sabahmedia.com/2025/03/17/marah-sampah-tidak-dibuang-lelaki-dipenjara-8-minggu-ugut-adik/#respond Mon, 17 Mar 2025 10:13:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70556
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan minggu selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya dalam satu kejadian yang berpunca daripada isu sampah.

Ahmad Hailmy Abd Rahman, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, hari ini.

Ahmad melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 40 tahun pada 12 Mac, lebih kurang jam 12.45 tengah malam di Kg. Peringatan, Petagas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, adik tertuduh (pengadu) terdengar tertuduh menjerit dan bertanya apa yang berlaku. Tertuduh marah kerana anak lelaki pengadu tidak membuang sampah.

Pengadu menyatakan itu hanya perkara kecil dan sampah boleh dibuang keesokan pagi, namun tertuduh memarahinya dan berkata: “Kalau kau bukan perempuan, lama sudah aku rembat kau.”

Pada masa yang sama, tertuduh membaling pisau ke arah pengadu, tetapi pengadu sempat mengelak. Tertuduh juga menghentak lesung batu ke atas meja makan.

Suami pengadu berjaya meleraikan keadaan itu dan pengadu membuat laporan polis kerana berasa takut dengan ugutan tersebut.

Tertuduh ditangkap pada 14 Mac.

Hasil siasatan mendapati pengadu dan tertuduh tinggal serumah. Pengadu membawa tertuduh yang baru keluar penjara ke Sabah dari Semenanjung, dengan harapan abangnya akan berubah.

Semasa rayuan, tertuduh menerusi peguamnya meminta hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan jenayah pertamanya. Tertuduh sebelum ini pernah menjalani hukuman lima tahun penjara dan juga sebatan di Kajang atas kesalahan dadah.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Hamidi Hamzah, mengendalikan kes ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/17/marah-sampah-tidak-dibuang-lelaki-dipenjara-8-minggu-ugut-adik/feed/ 0 70556
Suami ugut dan tumbuk isteri gara-gara cemburu https://sabahmedia.com/2021/08/07/suami-ugut-dan-tumbuk-isteri-gara-gara-cemburu/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/suami-ugut-dan-tumbuk-isteri-gara-gara-cemburu/#respond Sat, 07 Aug 2021 14:37:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4254
Read Time:45 Second

BEAUFORT: Gara-gara cemburu seorang suami bertindak menumbuk isterinya dalam satu kejadian di Kampung Siaun, Menumbok, di sini, khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek yang berusia 60 tahun itu bertindak mengugut mangsa dengan menggunakan parang dan mengacu ke leher mangsa yang juga isteri kepada suspek di rumah mereka di Kampung Siaun, Menumbok.

Siasatan awal, suspek juga turut mengugut mahu membunuh mangsa lalu menumbuk di bahagian kiri pinggang mangsa.

Punca kejadian adalah disebabkan suspek cemburu kerana mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain.

Mangsa berusia 48 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan tidak mampu berjalan semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Yusoff Zaki berkata, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat dalam kes ugutan jenayah dan mendatang kecederaan membabitkan keganasan rumahtangga.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/suami-ugut-dan-tumbuk-isteri-gara-gara-cemburu/feed/ 0 4254
Cucu ugut tetak nenek dengan parang, tidak beri wang https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/#respond Tue, 03 Aug 2021 13:55:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4028
Read Time:58 Second

BEAUFORT: Seorang cucu mengugut hendak menetak neneknya dengan sebilah parang hanya kerana tidak diberi wang dalam satu kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, satu laporan polis dibuat oleh pengadu atau mangsa pada 2 Ogos 2021, jam 12.26 tengah hari, menyatakan cucunya telah mengamuk dengan memegang sebilah parang kerana marah tidak diberikan wang.

Katanya, mangsa berusia 71 tahun yang juga nenek kepada suspek, cucu lelakinya berusia 43 tahun, pernah mengatakan mahu membunuh orang kerana sudah lama tidak membunuh orang selain mengasyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan lanjut mendapati pada 24 Julai 2021, jam 2.00 petang, suspek pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang yang diminta lalu dalam keadaan marah menetak beberapa kali bahagian dinding dan tangga di dalam dapur rumah mangsa menggunakan sebilah parang yang sama digunakannya pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Penyu dikerah ke tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kerukan, Kuala Penyu lalu merujuknya ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Beaufort,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/feed/ 0 4028