UKM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Apr 2025 14:07:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png UKM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UKM sasar lebih ramai pelajar cemerlang Sabah sertai Fakulti Undang-Undang https://sabahmedia.com/2025/04/23/ukm-sasar-lebih-ramai-pelajar-cemerlang-sabah-sertai-fakulti-undang-undang/ https://sabahmedia.com/2025/04/23/ukm-sasar-lebih-ramai-pelajar-cemerlang-sabah-sertai-fakulti-undang-undang/#respond Wed, 23 Apr 2025 14:07:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72554
Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyeru pelajar cemerlang dari Sabah untuk mempertimbangkan melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di institusi itu, khususnya di Fakulti Undang-Undang (FUU) yang kini tersenarai dalam kelompok 125 hingga 150 terbaik dunia menurut Times Higher Education (THE) Ranking.

Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid

Dekan FUU UKM, Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid berkata, pencapaian itu menjadikan UKM satu-satunya universiti Malaysia yang berada dalam senarai berprestij tersebut bagi bidang undang-undang.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar cemerlang, khususnya dari Sabah, untuk menyertai Fakulti Undang-Undang UKM. Kami menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif serta diajar oleh pensyarah berkelayakan tinggi, kebanyakannya memiliki PhD dan kepakaran tersendiri,” katanya kepada Sabah Media.

Menurut beliau, bidang undang-undang menawarkan pelbagai laluan kerjaya dan bukan terhad kepada profesion peguam semata-mata.

“Kami bangga kerana ramai alumni kami kini memegang jawatan penting seperti menteri, duta dan ketua setiausaha kementerian,” katanya.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1984, fakulti itu telah meraikan sambutan Jubli Ruby sempena ulang tahun ke-40 pada tahun lalu. Pengambilan pelajar pertama bermula sejak 1975, manakala pada 1979, programnya diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-Undang Malaysia.

UKM juga dilihat terus mengukuhkan hubungan antarabangsa, terutamanya selepas menerima pengiktirafan THE, dengan memulakan perbincangan kolaborasi bersama universiti-universiti dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Dr. Rasyikah turut menekankan keunikan UKM sebagai universiti pendidikan, di mana 35 peratus pensyarah FUU memiliki ijazah kedoktoran dan turut terlibat dalam penggubalan serta pindaan undang-undang negara.

“Pelajar akan belajar terus daripada pakar yang aktif menyumbang dalam pembangunan dasar dan undang-undang. Ia satu kelebihan besar,” ujarnya.

Pelajar FUU UKM juga diwajibkan menjalani latihan industri pada tahun ketiga di pelbagai firma guaman, mahkamah serta agensi korporat seperti Petronas. Malah, fakulti kini membuka peluang latihan industri ke peringkat antarabangsa termasuk di badan-badan seperti UNICEF dan UNDP.

Selain itu, pelajar turut menghasilkan kertas projek yang diterbitkan dalam jurnal dan buku sebagai sebahagian daripada komitmen fakulti terhadap pembangunan ilmu.

Mengulas penggunaan teknologi, Dr. Rasyikah berkata FUU menyambut baik kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Kita telah melaksanakan bengkel AI untuk pelajar dan pensyarah, dan sedang melihat peluang untuk memasukkan AI secara rasmi dalam kursus kami,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/23/ukm-sasar-lebih-ramai-pelajar-cemerlang-sabah-sertai-fakulti-undang-undang/feed/ 0 72554
Pasukan pelajar UKM cemerlang di ‘Piala Dunia’ Undang-Undang, tumpaskan juara dnia https://sabahmedia.com/2025/04/10/pasukan-pelajar-ukm-cemerlang-di-piala-dunia-undang-undang-tumpaskan-juara-dnia/ https://sabahmedia.com/2025/04/10/pasukan-pelajar-ukm-cemerlang-di-piala-dunia-undang-undang-tumpaskan-juara-dnia/#respond Thu, 10 Apr 2025 09:56:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71723
Read Time:1 Minute, 32 Second

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengukir nama di pentas antarabangsa apabila pasukan pelajarnya mencatatkan pencapaian membanggakan dalam pertandingan berprestij Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition 2025, yang turut digelar sebagai ‘Piala Dunia’ pelajar undang-undang.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, ia merupakan penyertaan kali ketiga berturut-turut UKM di peringkat antarabangsa, dan sekali lagi mereka membuktikan keupayaan bersaing dengan universiti terbaik dunia apabila berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah dalam pusingan awal. Antara kejayaan terbesar yang dilakar termasuk kemenangan ke atas juara dunia bertahan serta juara kebangsaan dari United Kingdom, Sepanyol dan Taiwan.

Hasil prestasi cemerlang itu, UKM menamatkan pusingan awal di kedudukan ke-11 keseluruhan dalam kejohanan yang disertai oleh ratusan pasukan dari seluruh dunia. Lebih membanggakan, pasukan ini turut menerima Anugerah Alona E. Evans selepas dinobatkan di tempat ke-13 dunia bagi kategori Best Combined Memorials, satu pengiktirafan tertinggi terhadap kualiti penghujahan bertulis pasukan.

Tahun ini juga menyaksikan UKM melakar satu lagi sejarah apabila buat pertama kali mereka layak secara automatik ke Pusingan 32 Terbaik sebagai salah satu daripada 16 pasukan terbaik dunia. Perjalanan mereka di pentas Jessup terhenti selepas satu perlawanan yang cukup sengit menentang pasukan pilihan, Universiti Buenos Aires dari Argentina.

Kejayaan ini jelas membuktikan kemampuan pelajar undang-undang UKM untuk bersaing di tahap tertinggi dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Pasukan yang mewakili UKM dibarisi oleh pelajar Fakulti Undang-Undang, terdiri daripada Prajhessh Magendran, Ng Chin Yang, Lim Zheng Hua, Tan Ian dan Karthiga Elenggo. Mereka menerima bimbingan rapat daripada tiga jurulatih berdedikasi, iaitu Prof. Madya Dr. Haniff Ahamat,  Barvina Punnusamy dan Thenesh Anbalagan.

Pihak UKM berharap kejayaan ini menjadi simbol semangat dan kerja keras yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan, dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada generasi pelajar UKM yang akan datang untuk terus mengejar impian membawa pulang trofi Jessup ke tanah air satu hari nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/10/pasukan-pelajar-ukm-cemerlang-di-piala-dunia-undang-undang-tumpaskan-juara-dnia/feed/ 0 71723
UMS-UKM Meterai LoI, Anjur Bengkel Bersama Tingkat Penerbitan Berimpak Tinggi https://sabahmedia.com/2022/02/25/ums-ukm-meterai-loi-anjur-bengkel-bersama-tingkat-penerbitan-berimpak-tinggi/ https://sabahmedia.com/2022/02/25/ums-ukm-meterai-loi-anjur-bengkel-bersama-tingkat-penerbitan-berimpak-tinggi/#respond Fri, 25 Feb 2022 06:46:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12528
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah mengadakan kolaborasi bersama FSSK Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam usaha meningkatkan penerbitan berimpak tinggi oleh ahli akademik kedua-dua universiti.

Kolaborasi tersebut dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) bersempena Bengkel Perwasitan Artikel Jurnal (Q1-Q4) anjuran bersama kedua-dua universiti di Hotel Promenade, Kota Kinabalu baru-baru ini.

UKM diwakili Dekan FSSK, Prof. Dr. Hazita Azman menandatangani LoI tersebut, manakala UMS diwakili oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSSK, Dr. Syahruddin Ahmad yang mewakili Dekan FSSK, Prof. Madya Dr. Asmady Idris.

Hazita ketika berucap sempena majlis tersebut berkata, jalinan kolaborasi ini sekali gus membantu kedua-dua universiti untuk memenuhi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) seperti yang dituntut oleh Kementerian Pengajian Tinggi ke atas semua Universiti Awam.

“Kolaborasi ini juga akan membuka peluang untuk kerjasama yang erat dalam penyelidikan serantau Asia Tenggara berkaitan Geopolitik, Keselamatan Sempadan Antarabangsa Malaysia, data kebangsaan berkaitan Covid-19, dan kajian Impak Bencana Alam.

“Ini juga akan membawa kepada peluang untuk kedua-dua fakulti mengadakan persidangan flagship bertaraf antarabangsa kelak,” katanya.

Beliau menambah, pengendalian Bengkel Perwasitan Artikel Jurnal (Q1-Q4) juga merupakan satu daripada aktiviti kerjasama yang telah membawa kepada LoI tersebut dan juga Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal ditandatangani UKM Kampus Bangi dalam masa terdekat.

“Besarlah harapan hasil dari bengkel yang dijalankan ini akan menyaksikan peningkatan bilangan penerbitan berimpak tinggi dalam kalangan pensyarah-pensyarah yang terlibat bukan sahaja dari UKM dan UMS tetapi juga UA lain yang turut menyertai bengkel ini,” kata Hazita.

Dalam pada itu, Asmady ketika berucap secara dalam talian pada majlis tersebut berkata, kerjasama yang dijalin itu diharap dapat membantu pensyarah FSSK UMS khususnya untuk menempatkan artikel mereka dalam jurnal berimpak tinggi.

“Kita juga berharap agar melalui kolaborasi ini dapat meningkatkan bilangan sitasi kedua-dua pihak,” ujar Asmady.

Seramai 60 peserta dari UKM, UMS, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Kelantan telah menyertai bengkel selama empat hari yang turut diadakan secara maya.

Perbincangan kedua-dua wakil universiti juga menghasilkan satu deklarasi bagi kolaborasi dalam 10 kluster sub-penyelidikan, iaitu dalam bidang ekonomi, sosial aktiviti, persekitaran, pemetaan, keselamatan, struktur politik, pelancongan, kewarganegaraan, perubahan iklim, dan pengurusan bencana.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul; Ketua Penyelidik Kajian Forensik Sosio-Elektoral, Pembangunan dan Persekitaran FSSK UKM, Prof. Dr. Mohd Fuad Mat Jali; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FSSK UKM, Prof. Madya Dr. Kadaruddin Aiyub; dan  Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Stratergik dan Komunikasi Korporat UMS, Dr. Norhuda Salleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/25/ums-ukm-meterai-loi-anjur-bengkel-bersama-tingkat-penerbitan-berimpak-tinggi/feed/ 0 12528