Ulangtahun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Oct 2021 06:57:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ulangtahun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Berbasikal Sempena Hari Ulangtahun Ke-68 TYT https://sabahmedia.com/2021/10/16/program-berbasikal-sempena-hari-ulangtahun-ke-68-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/10/16/program-berbasikal-sempena-hari-ulangtahun-ke-68-tyt/#respond Sat, 16 Oct 2021 06:47:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7576
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang ketua dan pegawai jabatan-jabatan kerajaan serta persatuan-persatuan menyertai program berbasikal sempena sambutan hari ulangtahun yang ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di sini pagi tadi.

Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni turut serta dalam program tersebut. Kayuhan sejauh 15 kilometer itu bermula daripada bangunan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hingga ke Menara Kinabalu.

Pelepasan (flagged off) dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Ulangtahun TYT pada tahun ini, yang mewakili Ketua Menteri.

Program berbasikal ini dipengerusikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip.

Antara yang hadir semasa program tersebut ialah Menteri Teknologi Sains dan Inivasi, Datuk Yakub Khan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu-Pembantu Menteri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian serta pegawai-pegawai kerajaan.

Turut diadakan di majlis yang sama ialah sesi memotong kek meraihkan hari ulangtahun TYT.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/16/program-berbasikal-sempena-hari-ulangtahun-ke-68-tyt/feed/ 0 7576
Ulangtahun Ke-7 Pengisytiharan Rizab Biosfera Banjaran Crocker Dilancar Secara Maya https://sabahmedia.com/2021/07/07/ulangtahun-ke-7-pengisytiharan-rizab-biosfera-banjaran-crocker-dilancar-secara-maya/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/ulangtahun-ke-7-pengisytiharan-rizab-biosfera-banjaran-crocker-dilancar-secara-maya/#respond Wed, 07 Jul 2021 03:23:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2686
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Program Manusia dan Biosfera atau Man and Biosphere (MAB) merupakan satu program usahasama saintifik antara kerajaan-kerajaan (intergovernmental Scientific Programme) yang telah dilancarkan oleh UNESCO pada tahun 1971, dimana Malaysia merupakan salah satu daripada 196 anggota UNESCO.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Jamili Nais berkata semasa melancarkan Program Ulangtahun Ke-7 Pengisytiharan Rizab Biosfera Banjaran Crocker hari ini, Rizab Biosfera Banjaran Crocker (RBBC) merupakan Rizab Biosfera yang pertama di Negeri Sabah dan merupakan pengiktirafan kedua daripada UNESCO selepas Tapak Warisan Taman Kinabalu yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia atau World Heritage Site pada tahun 2000.

“Pada masa ini Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, melalui Taman-Taman Sabah sedang dalam usaha mengangkat Kinabalu Geopark yang telah menjadi Geopark Kebangsaan pada 18 Mac 2020 sebagai tapak UNESCO Global Geopark.

“Usaha ini adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan Negeri Sabah melalui kementerian saya dalam Program SABAH MAJU JAYA,” kata Dr Jamili ketika melancarkan program tersebut secara maya di sini.

Katanya, Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian beliau memandang serius perlindungan dan pemuliharaan alam semulajadi kerana fungsi perkhidmatan ekosistemnya yang sangat penting, contohnya bekalan air bersih yang berterusan, kepada pembangunan sosio-ekonomi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Taman-Taman Sabah kerana usaha pemeliharaan dan pemuliharaan RBBC berjalan dengan baik hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat seperti Pusat Biodiversiti Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Pejabat-Pejabat Daerah, dan Pemimpin-pemimpin komuniti seiring dengan mandat masing-masing yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Menurutnya, kementeriannya memahami bahawa banyak aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti sosio-ekonomi dan penyelidikan didalam Biosfera ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan pergerakan disebabkan oleh Pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, beliau berharap dengan usaha vaksinasi yang sedang berlangsung di seluruh negeri dapat mencegah penularan Covid-19 secepat yang mungkin dan seterusnya membolehkan aktiviti pengurusan pemuliharaan RBBC berjalan seperti biasa.

Turut hadir semasa pelancaran program secara maya tersebut iaitu Timbalan Pengarah, Taman-Taman Sabah, Rimi Repin, Timbalan Setiausaha, Pusat Biodiversiti Sabah, Ken Kartina Khamis, Senior Programme Specialist, UNESCO Regional Science Bureau for Asia Pacific, Jakarta, Hans Dencker, Penolong Setiausaha, Ketua Unit Tanah Lembap, Bahagian Pengurusan Perhutanan, Kementerian Sumber Tenaga Asli, Malaysia (KeTSA), Atifa Maryam Norbanan, Jeju Island Biosphere Reserve, Korea Selatan Dr. Jung Goon Koh dan Kwang Sub Jang, Ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai dan wakil-wakil Pegawai Daerah, pembentang dan penyampai taklimat atau perkongsian serta pemimpin-pemimpin komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/ulangtahun-ke-7-pengisytiharan-rizab-biosfera-banjaran-crocker-dilancar-secara-maya/feed/ 0 2686