ULAR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Nov 2025 12:36:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ULAR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lingkaran ular sawa batik disangka tali kejutkan penduduk https://sabahmedia.com/2025/11/07/lingkaran-ular-sawa-batik-disangka-tali-kejutkan-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/lingkaran-ular-sawa-batik-disangka-tali-kejutkan-penduduk/#respond Fri, 07 Nov 2025 12:36:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85209
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Raul G

Tuaran: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila menyaksikan seekor ular sawa batik yang disangka tali pada awalnya, bertindak agresif di halaman rumahnya berhampiran Jalan Penempatan Telipok di sini, hari ini.

Pengadu, Ben Hafis, 50, berkata kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedarinya ketika dia meninjau kawasan ternakan ayam selepas mendengar bunyi bising.

“Sambil menyuluh ruangan reban ayam, saya melihat satu lingkaran objek dan saya menyangka ianya tali kapal yang disimpan di sana”.

“Namun, sangkaan saya meleset apabila objek yang mula bergerak itu rupanya seekor ular sawa batik dan bertindak agresif sebaik menyedari kehadiran saya,” katanya.

Bimbang akan keselamatan keluarga, Ben menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Tuaran dan Unit Tamparuli, Nur Azierah Alang, berkata, selepas pihaknya menerima aduan jam 5.20 pagi, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, skuad APM mendapati reptilia berukuran panjang tiga meter itu berada di celah timbunan papan dan bertindak menangkap ular terbabit”.

“Operasi mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap reptilia seberat 13 kilogram terbabit selepas berjaya dijinakkan,” katanya dihubungi.

Tambah Nur Azierah, operasi selesai pada jam 6.52 kemudian manakala reptilia itu dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan rumah penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/lingkaran-ular-sawa-batik-disangka-tali-kejutkan-penduduk/feed/ 0 85209
APM Sandakan tangkap ular sawa seberat 5kg https://sabahmedia.com/2025/10/24/apm-sandakan-tangkap-ular-sawa-seberat-5kg/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/apm-sandakan-tangkap-ular-sawa-seberat-5kg/#respond Fri, 24 Oct 2025 11:37:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84071
Read Time:39 Second

SANDAKAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan berjaya menangkap seekor ular sawa seberat kira-kira lima kilogram di Kampung Batu Putih, di sini, pagi Jumaat.

Pegawai APM Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, pihaknya bertindak pantas selepas menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah mengenai kehadiran reptilia berkenaan.

“Pasukan kami tiba di lokasi dan melakukan pemerhatian sebelum berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat menggunakan peralatan khas. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi,” katanya.

Beliau berkata, ular sepanjang kira-kira dua meter itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asalnya di kawasan hutan berhampiran sebelum operasi ditamatkan.

APM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti APM atau Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya menemui haiwan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/apm-sandakan-tangkap-ular-sawa-seberat-5kg/feed/ 0 84071
Penerbangan dilencongkan selepas ular ditemukan dalam pesawat  https://sabahmedia.com/2022/02/12/penerbangan-dilencongkan-selepas-ular-ditemukan-dalam-pesawat/ https://sabahmedia.com/2022/02/12/penerbangan-dilencongkan-selepas-ular-ditemukan-dalam-pesawat/#respond Sat, 12 Feb 2022 03:09:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12137
Read Time:41 Second

BERNAMA

CYBERJAYA – Satu penerbangan AirAsia ke Tawau dari Kuala Lumpur semalam (Khamis) dilencongkan ke Kuching selepas seekor ular ditemukan dalam pesawat terbabit.

Berdasarkan video yang tular, reptilia itu dilihat bergerak di sebalik panel lampu pesawat.

Ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling yang mengesahkan insiden berkenaan menerusi satu kenyataan hari ini, menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku, namun boleh terjadi kepada mana-mana pesawat.

“Sebaik sahaja kapten penerbangan menyedari perkara itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalankan sanitasi ke atas pesawat berkenaan,” katanya dan menambah bahawa kapten itu telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Keselamatan dan keselesaan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan kami. Keselamatan penumpang dan kru tidak akan sama sekali dibiarkan dalam keadaan berisiko,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/12/penerbangan-dilencongkan-selepas-ular-ditemukan-dalam-pesawat/feed/ 0 12137