ulin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Nov 2025 11:53:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ulin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penyokong GRS perlu kekal kukuh, jangan terpedaya fitnah pihak lawan https://sabahmedia.com/2025/11/19/grs-perlu-kekal-kukuh-jangan-terpedaya-fitnah-pihak-lawan/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/grs-perlu-kekal-kukuh-jangan-terpedaya-fitnah-pihak-lawan/#respond Wed, 19 Nov 2025 11:48:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86405
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN: Timbalan Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Ulin Datuk Pamiang, menegaskan bahawa penyokong calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dipastikan kekal teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pihak lawan.

Beliau berkata kemenangan calon GRS di N.46 Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, bergantung kepada sokongan padu akar umbi yang perlu dipelihara dan dipandu dengan baik oleh jentera parti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Datuk Abdul Ghani perlu diberikan peluang untuk menang sekali lagi supaya semua perancangan projek pembangunan kampung dapat diteruskan,” kata Ulin ketika berucap pada sesi kempen calon GRS N.42 di PDM Sibangali, Pensiangan pada Selasa.

Ulin mengingatkan penyokong supaya tidak mudah terpedaya dengan janji kosong atau isu yang direka pihak lawan bagi meraih sokongan.

Beliau menambah bahawa menerima kunjungan parti lain bukan satu masalah, namun apa jua isu yang dibangkitkan perlu diteliti dan tidak diterima secara membuta tuli.

“Jangan sekali-kali terima bulat-bulat, isu-isu yang mereka bangkitkan, ia perlu ditapis” jelasnya.

Beliau turut menyeru jentera kempen untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada golongan muda mengenai kepentingan menyokong calon GRS, serta memastikan penyokong tetap setia kepada parti.

“Pertahankan kemenangan Datuk Abdul Ghani di PDM Sibangali dan pastikan GRS turut meraih kemenangan di PDM Saliliran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/grs-perlu-kekal-kukuh-jangan-terpedaya-fitnah-pihak-lawan/feed/ 0 86405