ultraungu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Aug 2026 06:57:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ultraungu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kota Kinabalu catat indeks UV paras ekstrem, orang ramai dinasihat berwaspada https://sabahmedia.com/2026/08/28/kota-kinabalu-catat-indeks-uv-paras-ekstrem-orang-ramai-dinasihat-berwaspada/ https://sabahmedia.com/2026/08/28/kota-kinabalu-catat-indeks-uv-paras-ekstrem-orang-ramai-dinasihat-berwaspada/#respond Fri, 28 Aug 2026 06:46:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102378
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Kota Kinabalu sekali lagi merekodkan Indeks Ultraungu (UV) pada paras ekstrem melebihi indeks 12 antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang tadi, berdasarkan data pemantauan stesen Brewer di seluruh negara.

Data berkenaan menunjukkan radiasi UV berada pada tahap tinggi dan ekstrem di beberapa kawasan, terutama sekitar pertengahan hari ketika pancaran matahari berada pada tahap paling terik.

Berdasarkan bacaan stesen pemantauan Brewer Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat jam 2 petang, Kota Kinabalu melalui stesen Brewer #231 mencatat bacaan UV tertinggi dengan indeks melebihi 12, sekali gus berada dalam kategori ekstrem.

Kota Bharu pula melalui stesen Brewer #234 mencatat bacaan pada tahap sangat tinggi hingga ekstrem, dengan bacaan puncak melebihi indeks 11 sekitar jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.

Sementara itu, Senai melalui stesen Brewer #237 menunjukkan peningkatan mendadak sehingga mencapai tahap sangat tinggi dengan bacaan sekitar indeks 9 pada jam 2 petang.

Sibu (Brewer #230) pula berada pada tahap tinggi dengan bacaan puncak sekitar indeks 8.5 menjelang jam 1 tengah hari, manakala Petaling Jaya (Brewer #233) mencatat bacaan indeks 8 pada jam 2 petang.

Tiada bacaan cerapan aktif direkodkan pada graf pemantauan bagi Bayan Lepas (Brewer #238) dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya di kawasan yang mencatatkan indeks UV sangat tinggi dan ekstrem seperti Kota Kinabalu serta Kota Bharu dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada sinaran UV.

Orang ramai disaran mengehadkan aktiviti luar antara jam 11 pagi hingga 3 petang, terutama ketika sinaran matahari berada pada tahap paling terik.

Mereka yang perlu berada di luar rumah pula digalakkan menggunakan pelindung matahari, memakai topi bertepi lebar serta cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan UV.

Selain itu, pakaian berlengan panjang yang longgar dan berwarna cerah turut disarankan bagi membantu mengurangkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari.

Orang ramai juga perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengekalkan hidrasi, khususnya ketika cuaca panas, sekali gus mengurangkan risiko dehidrasi dan strok haba. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/28/kota-kinabalu-catat-indeks-uv-paras-ekstrem-orang-ramai-dinasihat-berwaspada/feed/ 0 102378