Ulu Padas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Mar 2025 03:56:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ulu Padas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Tangki Simpanan Air Ulu Padas dimulakan April, jamin bekalan air jangka panjang https://sabahmedia.com/2025/03/04/projek-tangki-simpanan-air-ulu-padas-dimulakan-april-jamin-bekalan-air-jangka-panjang/ https://sabahmedia.com/2025/03/04/projek-tangki-simpanan-air-ulu-padas-dimulakan-april-jamin-bekalan-air-jangka-panjang/#respond Tue, 04 Mar 2025 03:36:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69783
Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Majlis pecah tanah bagi pembinaan tangki simpanan Skim Bekalan Air Ulu Padas (Upper Padas) dijangka berlangsung pada April ini di Kinarut, menandakan permulaan projek strategik untuk menjamin bekalan air jangka panjang di Pantai Barat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, berkata projek ini dijangka siap dalam tempoh lima tahun dengan kapasiti bekalan air yang mampu bertahan lebih 50 tahun.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan RM320 juta pada Jun 2023, dengan kelulusan akhir diperoleh pada Oktober 2024.

“Ketika ini, Jabatan Air dan Kementerian Kewangan Negeri Sabah sedang dalam proses perolehan, dengan beberapa pakej daripada keseluruhan 18 pakej dijangka bermula sebelum suku pertama tahun ini berakhir.

“Selebihnya akan menyusul dalam suku kedua dan mungkin suku ketiga tahun ini,” katanya selepas merasmikan majlis Aneka Rasa Sutera, juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di Pan Pacific Sutera Harbour, malam tadi.

Jelas Shahelmey lagi, peruntukan itu turut digunakan untuk menggantikan paip lama, membaik pulih pam rosak, menaik taraf ‘booster pump’, serta menukar genset bagi mengurangkan masalah tekanan air.

Dalam perkembangan berkaitan, pemasangan paip bagi Projek Telibong 2 Fasa 2 dijangka siap antara Jun hingga Julai tahun ini, membolehkan loji rawatan air yang siap pada hujung 2023 menyalurkan 80 juta liter air sehari ke kawasan terlibat.

Shahelmey turut memaklumkan bahawa Skim Bekalan Air Segera (UWSS) di Kasingui dengan kapasiti lima juta liter sehari dijangka siap Mei ini, memberi manfaat kepada kawasan Putatan. Sementara itu, Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon di Papar yang dijangka siap tahun depan akan menampung keperluan air di Papar Utara dan sebahagian Putatan.

“Apabila semua projek ini siap, kita dapat menstabilkan bekalan air di kawasan seperti Kota Kinabalu Utara, Putatan dan Pantai Barat Sabah,” tambahnya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut melaksanakan program khusus bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang kini berada pada 56 peratus, dengan sasaran mendapatkan kembali 10 juta liter air sehari.

Ditanya mengenai pemasangan lampu jalan di sepanjang lebuh raya Pan Borneo, Shahelmey menjelaskan kerajaan negeri juga sedang berunding dengan Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk pemasangan lampu jalan di sepanjang lebuh raya Pan Borneo, terutama di kawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Dewan Aneka Rasa Sutera, pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa disajikan sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, pada majlis pelancaran juadah berbuka puasa itu, seramai 36 anak-anak dari Rumah Anak Yatim As Sakinah, Lok Kawi menerima sumbangan berupa duit raya dan sumbangan baju raya daripada Kain Mewah Emadira.

Selain tetamu juga disajikan lebih 100 hidangan berbuka puasa yang menarik ala tradisional tempatan dan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/04/projek-tangki-simpanan-air-ulu-padas-dimulakan-april-jamin-bekalan-air-jangka-panjang/feed/ 0 69783
Projek Hidroelektrik Ulu Padas, usaha kerajaan tangani masalah elektrik di Sabah https://sabahmedia.com/2023/12/07/projek-hidroelektrik-ulu-padas-usaha-kerajaan-tangani-masalah-elektrik-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/12/07/projek-hidroelektrik-ulu-padas-usaha-kerajaan-tangani-masalah-elektrik-di-sabah/#respond Thu, 07 Dec 2023 03:44:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46156
Read Time:1 Minute, 54 Second

TENOM: Projek Hidroelektrik Ulu Padas bakal menjana tenaga elektrik sebanyak 187.5 megawatt (MW) sekali gus akan menyumbang secara signifikan kepada grid bekalan tenaga Sabah dengan penambahan sebanyak 15 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata projek ini bukan saja untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah tetapi ia adalah antara usaha penyelesaian jangka panjang yang mampan kepada negeri ini.

Katanya, sebagai penyumbang utama kepada campuran tenaga boleh diperbaharui, empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka boleh memenuhi peningkatan tenaga elektrik Sabah apabila siap nanti.

“Ini bukan sahaja akan dapat memenuhi peningkatan permintaan tenaga kita tetapi juga kritikal untuk Pembangunan Minyak dan Gas Sabah dan Taman Perindustrian Kota
Kinabalu, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi dalam negeri kita.

“Selain itu, satu kajian juga sedang dijalankan agar empangan ini berpotensi untuk membekalkan aliran air bersih dan stabil kepada pengguna sehingga 6,000 juta liter
sehari (JLH),” katanya sempena Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas
di Kampung Kungkular, dekat sini pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan majlis pecah tanah projek berkenaan.

Hajiji berkata, projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas adalah perkembangan penting dalam pembangunan infrastruktur demi menjamin keterjaminan tenaga elektrik untuk
penduduk Sabah.

“Ini juga merupakan satu langkah ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan
kesediaan kita untuk memacu Sabah ke era kemajuan baru.

“Projek ini akan memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi tempatan dari segi
peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan rakyat dan keusahawanan,” katanya.

Menurutnya, dengan memanfaatkan potensi hidro negeri yang sedia ada, projek Hidroelektrik Ulu Padas dijangka dapat memacu perubahan dan menjadi pemangkin
kepada transformasi yang luas kepada negeri Sabah.

“Sektor tenaga merupakan pemacu penting dan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Sabah sejak beberapa dekad yang lalu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus memperkasakan pengurusan sumber tenaga di Sabah dengan melancarkan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) pada bulan September lalu.

Menurutnya, majlis pecah tanah projek itu merupakan tanda ikatan kerjasama strategik
institusi awam dan swasta. Pihak pemaju projek, Upper Padas Power Sdn Bhd, adalah hasil dari ikatan kerjasama dengan kerajaan negeri melalui Sabah Energy Corporation
Sdn Bhd dan sektor swasta iaitu Gamuda Berhad dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn
Bhd.

“Kehadiran Perdana Menteri yang melakukan upacara pecah tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas, jelas melambangkan sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Sabah, dalam usaha membangunkan infrastruktur asas demi manfaat rakyat di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/07/projek-hidroelektrik-ulu-padas-usaha-kerajaan-tangani-masalah-elektrik-di-sabah/feed/ 0 46156