Umat islam beraya rabu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Apr 2024 12:29:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Umat islam beraya rabu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Umat Islam sambut Hari Raya Aidilfitri esok https://sabahmedia.com/2024/04/09/umat-islam-sambut-hari-raya-aidilfitri-esok/ https://sabahmedia.com/2024/04/09/umat-islam-sambut-hari-raya-aidilfitri-esok/#respond Tue, 09 Apr 2024 12:19:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52428
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Umat Islam di Malaysia akan mula menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 10 April 2024,” katanya.

Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/09/umat-islam-sambut-hari-raya-aidilfitri-esok/feed/ 0 52428