Umat Islam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Feb 2025 13:13:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Umat Islam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Umat Islam tahu jaga akidah, tidak perlu garis panduan – PM Anwar https://sabahmedia.com/2025/02/07/umat-islam-tahu-jaga-akidah-tidak-perlu-garis-panduan-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/02/07/umat-islam-tahu-jaga-akidah-tidak-perlu-garis-panduan-pm-anwar/#respond Fri, 07 Feb 2025 12:41:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68195
Read Time:1 Minute, 25 Second

Gombak: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing selain tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam.

Katanya, kunjungan itu dibolehkan selagi niatnya untuk menyantuni masyarakat lain yang berbilang agama dan bangsa.

Tambahnya lagi, mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini telah memutuskan tiada keperluan untuk mengeluarkan garis panduan yang spesifik.

“Saya berpendapat (garis panduan) tidak perlu kerana orang Islam tahu garis dia. Dia datang macam saya ke acara ini saya bukan masuk upacara agama … (Menteri Digital) Gobind Singh, dia sering ke masjid di kawasan dia tapi (bukan) upacara agama. Jadi kita biasa.

“Jadi jangan jangan persulitkan, jangan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat ini. ini Saya nak tegaskan keputusan muktamad Jemaah Menteri pagi tadi,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika temui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kuil Batu Caves di sini hari ini.

Beliau menegaskan, biarpun Perlembagaan telah menggariskan Islam sebagai agama persekutuan, namun semua pihak perlu dijaga demi keharmonian negara.

Katanya, keputusan Jemaah Menteri akan dipersembahkan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan bersama berkata, dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Mereka berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa JAKIM boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini, namun nasihat itu tidak bersifat dasar. FOTO FB PMX

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/07/umat-islam-tahu-jaga-akidah-tidak-perlu-garis-panduan-pm-anwar/feed/ 0 68195
Israk Mikraj: Umat Islam diseru pupuk semangat kerja lebih kuat https://sabahmedia.com/2025/01/27/israk-mikraj-umat-islam-diseru-pupuk-semangat-kerja-lebih-kuat/ https://sabahmedia.com/2025/01/27/israk-mikraj-umat-islam-diseru-pupuk-semangat-kerja-lebih-kuat/#respond Mon, 27 Jan 2025 03:51:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67547
Read Time:1 Minute, 2 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini diseru membugarkan pengalaman unik yang dialami Nabi Muhamad SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj dengan memupuk semangat bekerja lebih kuat dan berdisiplin bagi mencapai “itqan fil amal” serta teguh terhadap pengabdian penuh kepada Allah SWT.  

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan spiritual itu hadir bersama amanah solat, meninggalkan kesan yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.

“Simbol kepimpinan Baginda Rasulullah SAW mengetuai solat dalam kalangan para Rasul yang lain jua menggambarkan kepentingan umat Islam yang dipayungi oleh Rasulullah SAW,” kata beliau dalam hantaran menerusi media sosial bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj hari ini.

Anwar berkata pengajaran daripada peristiwa besar ini juga penting dalam konteks sejarah umat Islam khususnya peranan dua kota suci Makkah dan Baitulmuqaddis.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata ingatan dan doa kepada nasib rakyat Palestin yang tertindas dan terus mengalami penjajahan harus menjadi sebahagian daripada sikap konsisten rakyat dalam memperjuangkan maruah dan keadilan untuk rakyat Palestin.

Israk Mikraj yang disambut umat Islam seluruh dunia pada 27 Rejab dalam setiap tahun kalendar Hijrah, memperingati peristiwa penting apabila solat waktu difardukan dan Nabi Muhammad SAW menyaksikan sendiri kebesaran Allah. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/27/israk-mikraj-umat-islam-diseru-pupuk-semangat-kerja-lebih-kuat/feed/ 0 67547
Umat Islam perlu tingkatkan daya saing dan inovasi https://sabahmedia.com/2023/03/03/umat-islam-perlu-tingkatkan-daya-saing-dan-inovasi/ https://sabahmedia.com/2023/03/03/umat-islam-perlu-tingkatkan-daya-saing-dan-inovasi/#respond Thu, 02 Mar 2023 23:06:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30230
Read Time:2 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini perlu melipatgandakan usaha dengan meningkatkan daya saing dan inovasi dalam pelbagai sektor, untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam konteks ini, beliau yakin dengan penghayatan terhadap al-Quran, umat Islam akan menjadi umat yang dinamik, progresif dan cemerlang.

“Sesungguhnya kitab suci al-Quran mengandungi begitu banyak pengajaran dan panduan yang sepatutnya kita manfaatkan untuk menjadi sebuah bangsa dan umat
yang berjaya dalam semua aspek kehidupan.

“Islam amat menggalakkan umatnya mengamalkan semangat berlumba-lumba dan bersaing dalam semua bidang untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. Ia adalah resepi membangunkan masyarakat yang bersemangat untuk maju, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi turut digabungkan dengan nilai-nilai keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Penyampaian Hadiah dan Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini, pada Khamis.

Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyampaikan hadiah kepada Nabilah Syafawati Sapari yang mewakili pedalaman atas, yang muncul Johan Qariah Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma MUIS di Kota Kinabalu pada Khamis. – Foto ihsan JKM
.

Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan Perutusan Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah.

Turut hadir Isteri Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan negeri komited untuk membawa negeri Sabah ke tahap yang lebih baik dan maju sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan.

Komitmen ini katanya, diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi penekanan kepada aspek pemerkasaan pendidikan dan latihan, pengupayaan sektor ekonomi dan pengukuhan hubungan serta persefahaman antara masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini.

“Kita sesungguhnya amat bersyukur kerana Sabah diberikan sumber rezeki yang melimpah ruah. Selain rezeki berupa tanaman dan ternakan, tanah bertuah ini juga dilimpahi dengan nikmat alam sekitar yang cantik selain sumber alam lainnya seperti minyak dan gas.

“Dengan segala nikmat ini, kita perlu menguruskan segala sumber kekayaan itu dengan penuh amanah. Justeru, semua pihak mesti berjiwa besar untuk menerapkan kebijaksanaan serta kemahiran bagi mengoptimumkan keupayaan dalam meneroka dan memanfaatkan potensi sumber kekayaan itu.

“Segala hasil pertanian, ternakan, hutan, petroleum, gas dan sebagainya itu tidak akan memberi sebarang keuntungan dan manfaat jika manusia tidak tahu dan mahu mengambil inisiatif mengubah diri sendiri untuk menghargai serta mensyukuri nikmat
secara positif, kreatif dan inovatif,” katanya.

Katanya, selain daripada memulihara sumber huluan yang ada rakyat harus bijak dan kreatif mempelbagaikan industri hiliran sebagai upaya memberi nilai tambah kepada hasil ada.

“Keupayaan ini tentunya hanya mampu dilakukan menerusi penguasaan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang relevan seperti bidang sains dan teknologi, kejuteraan dan matematik.

“Dalam konteks negeri Sabah, kita bersyukur kerana disebalik pelbagai cabaran yang dihadapi sama ada di peringkat global mahu pun di peringkat domestik, usaha untuk membangunkan negeri dalam pelbagai sektor menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kini berada di landasan yang betul.

“Justeru seluruh rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira bangsa dan anutan agama harus menyokong usaha yang boleh mengukuhkan perpaduan,” katanya.

Sementara itu, Hamdi Yusop @ Yusof yang mewakili pantai barat selatan, muncul johan Qari Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sabah manakala Nabilah Syafawati Sapari yang mewakili pedalaman atas johan Qariah Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/03/umat-islam-perlu-tingkatkan-daya-saing-dan-inovasi/feed/ 0 30230