umrah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Jan 2022 04:52:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png umrah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Tangguh Sementara Perjalanan Umrah, 1,306 Jemaah Dikesan Positif https://sabahmedia.com/2022/01/01/kerajaan-tangguh-sementara-perjalanan-umrah-1306-jemaah-dikesan-positif/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/kerajaan-tangguh-sementara-perjalanan-umrah-1306-jemaah-dikesan-positif/#respond Sat, 01 Jan 2022 04:52:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10524
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini dan tiada sebarang perjalanan mengerjakan umrah selepas tarikh itu sehingga dimaklumkan kemudian.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan seramai 1,306 daripada 11,108 jemaah umrah yang tiba di Malaysia telah dikesan positif COVID-19 setakt 30 Disember 2021 lalu.

“Daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif pada ujian pertama semasa hari ketibaan di Malaysia.

“Tetapi paling membimbangkan adalah sebanyak 714 kes dikesan positif COVID-19 pada ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Khairy berkata, bagi tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu, ia ditangguhkan berkuatkuasa 1 Januari.

Katanya, jemaah yang akan belepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022 adalah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

“Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila tiba di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka akan dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19.

Katanya, langkah itu juga diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti umrah boleh dibenarkan semula.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan semua jemaah yang baru  pulang dari Tanah Suci dan sedang menjalani kuarantin di rumah atau kediaman, supaya mematuhi SOP dan tatacara kuarantin yang ditetapkan termasuk tempat dan tempoh kuarantin.

“Individu yang dikuarantin tidak dibenarkan menerima kunjungan daripada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga semasa dalam tempoh kuarantin bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga, dan seterusnya kepada komuniti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/kerajaan-tangguh-sementara-perjalanan-umrah-1306-jemaah-dikesan-positif/feed/ 0 10524
Arab Saudi rekod 744 kes baharu COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/12/30/arab-saudi-rekod-744-kes-baharu-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/arab-saudi-rekod-744-kes-baharu-covid-19/#respond Thu, 30 Dec 2021 05:04:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10458
Read Time:36 Second

RIYADH: Kes harian COVID-19 di Arab Saudi melepasi angka 700 kes buat pertama kali pada Rabu dengan 744 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes baharu di negara itu hanya sekitar 50 dengan jangkitan menurun di bawah atau meningkat sedikit melebihi paras itu sepanjang minggu lalu, sebelum meningkat melebihi 500 baru-baru

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jangkitan baharu menjadikan kes meningkat kepada 554,665 kes dengan 8,874 kes kematian.

Menurut kementerian itu, seramai 231 orang pulih daripada jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 541,388.

Daripada jumlah kes aktif, 43 daripadanya dalam keadaan kritikal. – AGENSI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/arab-saudi-rekod-744-kes-baharu-covid-19/feed/ 0 10458
Umat Islam Dijangka Dapat Kembali Tunai Umrah Selewatnya Hujung Tahun Ini https://sabahmedia.com/2021/08/06/umat-islam-dijangka-dapat-kembali-tunai-umrah-selewatnya-hujung-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/umat-islam-dijangka-dapat-kembali-tunai-umrah-selewatnya-hujung-tahun-ini/#respond Fri, 06 Aug 2021 09:47:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4147
Read Time:1 Minute, 6 Second

MARANG : Umat Islam di negara ini dijangka dapat kembali menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hasrat tersebut boleh direalisasikan seawal dua bulan lagi sekiranya kadar vaksinasi nasional meningkat dan pada masa sama, kes positif Covid-19 dapat diredakan.

“Kita harap isu berkaitan dengan penyebaran Covid-19 ini dapat diredakan dengan sebaik mungkin, pada masa sama vaksinasi dapat diperbanyakkan lagi.

“Kalau hal ini dapat diselesaikan dengan baik, insyaAllah rakyat Malaysia dapat mengunjungi rumah Allah (Kaabah) dalam tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas memantau pembinaan Madrasah Darul Quran, Rusila di sini hari ini.

Zulkifli berkata, kebenaran umah Islam di negara ini untuk menunaikan ibadah umrah masih bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Tambah beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini, kebenaran itu bergantung kepada situasi Covid-19 di negara ini dan negara yang hendak dikunjungi iaitu Arab Saudi.

Kosmo! semalam melaporkan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saed Qattan mengesahkan Malaysia tersenarai antara 49 buah negara yang diberi kelulusan bagi tujuan pelancongan termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu.

Zulkifli berkata, walaupun kes jangkitan positif Covid-19 masih tinggi, Malaysia diberi kepercayaan oleh Arab Saudi untuk membuka pintu negaranya bagi tujuan pelancongan disebabkan kadar vaksinasi yang amat pantas. – K! ONLINE

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/umat-islam-dijangka-dapat-kembali-tunai-umrah-selewatnya-hujung-tahun-ini/feed/ 0 4147