Ums air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 May 2025 08:14:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan sedia tambah peruntukan atasi isu bekalan air UMS https://sabahmedia.com/2025/05/30/kerajaan-sedia-tambah-peruntukan-atasi-isu-bekalan-air-ums/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/kerajaan-sedia-tambah-peruntukan-atasi-isu-bekalan-air-ums/#respond Fri, 30 May 2025 08:14:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74838
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang: Peruntukan tambahan sedia disalurkan bagi mengatasi isu bekalan air yang kembali menjejaskan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak beberapa bulan lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak berdiam diri terhadap isu itu dan sebaliknya berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya.

“Tadi saya bincang dengan Ketua Menteri sebab dia katakan air di UMS. Saya sampai dulu, dua tahun lebih dulu bagi RM3 juta immediate, selesai sekejap, dia bocor lagi. 

“Kemudian anak-anak, mahasiswa anak kita rasa gelisah. Negeri, cari semua maklumat penyelesaiannya. Di luar semua baik ada air, dalam kadang tersangkut air. 

“Jadi kita maknanya kita dengar cuba selesaikan dengan sebaik mungkin dan saya beritahu kepada Ketua Menteri kalau dikatakan perlu tambahan peruntukan saya bagi, kerana ini anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Anwar berkata, perkara itu dapat dilaksanakan dengan adanya kerjasama dan muafakat di antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Jadi saudara-saudara, saya nak tekankan di sini, betapa perlu bila kita berpakat, muafakat, kerjasama kita boleh angkat martabat negara kita. 

“Apakah semuanya sempurna? Belum. Bagilah berapa bilion ringgit pun baiki jalan, masih ada satu dua tempat yang masih lubang-lubang. Jadi kita harus terus prihatin, dengar dan cuba selesaikan,” katanya.

Beliau menekankan, soal besar boleh dibicarakan tetapi kerajaan juga mesti menyelesaikan soal-soal rakyat yang di bawah. 

“Umpamanya, di antara isu dibangkitkan selain daripada jalan ialah beberapa kampung, desa pedalaman yang gelap gelita waktu malam. 

“Ya, kita fikir kalau bagi lampu besar-besar, mahal-mahal, tak upaya negara. Dia kena ada rencana 5 tahun, 10 tahun. Tapi saya nak segera, segerakan, maka cari,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/kerajaan-sedia-tambah-peruntukan-atasi-isu-bekalan-air-ums/feed/ 0 74838
UMS disaran naik taraf sistem pengepaman air, atasi gangguan bekalan https://sabahmedia.com/2025/05/29/ums-disaran-naik-taraf-sistem-pengepaman-air-atasi-gangguan-bekalan/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/ums-disaran-naik-taraf-sistem-pengepaman-air-atasi-gangguan-bekalan/#respond Thu, 29 May 2025 12:03:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74770
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) digesa untuk menaik taraf sistem pengepaman air di kampus induk itu ekoran gangguan bekalan air yang berterusan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Chee Chun Chieh berkata, tangki R13 yang terletak dalam kawasan kampus dilihat mampu membekalkan lebih daripada lima juta liter air sehari dab mencukupi bagi keperluan harian universiti tersebut.

“Jika pam sedia ada tidak lagi dapat menampung permintaan, UMS seharusnya mempertimbangkan penggantian kepada unit pam yang berkapasiti lebih tinggi atau lebih cekap,” katanya lapor portal FMT

Beliau berkata demikian susulan laporan media yang memetik Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, sebagai berkata, gangguan air yang berpanjangan di UMS berpunca daripada kebergantungan kepada sistem telaga tiub, yang hanya mampu membekalkan sekitar satu juta liter air sehari, jauh lebih rendah daripada keperluan sebenar universiti.

Mustapha turut memaklumkan bahawa beliau telah meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, agar mengarahkan JANS untuk memastikan bekalan air ke kampus UMS tidak terganggu.

Kerajaan negeri pada masa ini dalam usaha mempercepatkan pembinaan saluran paip dari Loji Rawatan Air (LRA)’Telibong sebagai langkah jangka panjang untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat di kawasan tersebut.

Namun, beliau mengakui bahawa pembinaan saluran paip tersebut mengalami kelewatan berikutan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang giat dijalankan di kawasan terbabit.

Sebelum ini, Yayasan Pengguna Negara Malaysia (NCFM) cawangan Sabah turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu gangguan bekalan air di UMS, dengan menyifatkannya sebagai satu kegagalan kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan asas dibekalkan secara konsisten kepada institusi penting seperti universiti awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/ums-disaran-naik-taraf-sistem-pengepaman-air-atasi-gangguan-bekalan/feed/ 0 74770
Sabar, jangan burukkan nama universiti – Mustapha https://sabahmedia.com/2025/04/15/sabar-jangan-burukkan-nama-universiti-mustapha/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/sabar-jangan-burukkan-nama-universiti-mustapha/#respond Tue, 15 Apr 2025 07:55:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72009
Read Time:2 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) diingatkan untuk bersabar dan tidak memburukkan nama universiti berikutan isu kekurangan bekalan air yang berlaku di kampus induk UMS sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya melalui Pejabat Parlimen Sepanggar dan pengurusan universiti sedang berusaha untuk membantu mengatasi masalah itu secepat mungkin.

Katanya, Pejabat Parlimen Sepanggar juga akan menghantar bekalan air tangki dan air minuman jika ada keperluan mendesak untuk keselesaan pelajar. 

“Saya mohon supaya janganlah ada pelajar yang cuba memburukkan institusi sendiri, kita kena promosikan UMS ini sebaik mungkin.

“Jangan kita pula menjadi penghalang untuk pendidikan generasi yang menyebabkan pelajar lain tidak berminat pula untuk datang ke UMS ini. 

“Jadi saya harap supaya pelajar jangan gunakan platform media sosial untuk memburukkan institusi yang kita sayangi. Ini adalah idea besar untuk kita mendidik generasi di Sabah ini, kita kena jaga UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau isu bekalan air di universiti itu, di sini, semalam.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya turut memberi jaminan sebarang masalah yang dihadapi di UMS boleh diurus dan dibantu untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, lapan telaga tiub yang dibina di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang siap pada tahun lalu sudah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menangani isu kekurangan bekalan air di universiti itu.

Katanya, semua telaga tiub terbabit berfungsi dengan baik untuk membekal air ke kediaman pelajar, namun kapasiti yang dikeluarkan tidak mampu menampung keperluan.

Menurutnya, kemudahan itu memerlukan tempoh pemulihan yang agak lama, iaitu antara empat hingga enam jam setelah air yang dipam habis digunakan, sebelum ia dapat dipam semula untuk diproses dan di salurkan ke kediaman pelajar.

“Telaga tiub berfungsi dengan baik, cuma ia ada ‘recovery rate’ dan sekarang ini ada beberapa tempat memang bergantung dengan bekalan air dari telaga tiub itu. 

“Jadi kadang-kadang sumber airnya pun habis dan perlu pemulihan dalam masa hingga enam jam supaya dapat diisi balik dan ia adalah untuk digunakan pelajar,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan masalah air kembali menghantui pelajar UMS hingga terpaksa menadah air hujan untuk mandi dan mencuci berikutan bekalan air yang disalurkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak sampai secukupnya untuk menampung keperluan ribuan warga kampus UMS.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, berkata tinjauannnya bersama Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, semalam mendapati tangki utama yang menempatkan air disalurkan JANS pada paras yang rendah.

“Daripada lawatan kami di tangki utama memang bekalan air agak kurang. Jadi saya mohon kepada pihak JANS supaya memberi keutamaan kepada UMS dalam pengagihan bekalan air.

“Sebab sekarang ini pelajar sudah kembali selepas curi Hari Raya. Jadi proses pengajaran, pendidikan akan berterusan dan kita minta supaya bekalan air ke UMS diutamakab untuk keselesaan pelajar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/sabar-jangan-burukkan-nama-universiti-mustapha/feed/ 0 72009
Isu bekalan air UMS: KPT gesa Jabatan Air Sabah beri keutamaan  https://sabahmedia.com/2025/04/12/isu-bekalan-air-ums-kpt-gesa-jabatan-air-sabah-beri-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2025/04/12/isu-bekalan-air-ums-kpt-gesa-jabatan-air-sabah-beri-keutamaan/#respond Sat, 12 Apr 2025 06:43:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71816
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh FLORIETA DIET

SEPANGGAR:  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan akan mengambil tindakan segera berhubung isu gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlarutan selama seminggu baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya telah berhubung secara langsung dengan Jabatan Air Sabah untuk memastikan masalah tersebut ditangani dengan segera, khususnya dengan memberi keutamaan kepada keperluan warga kampus UMS yang telah kembali menjalani sesi pengajian.

“Bekalan air di kampus itu terjejas apabila berlaku peningkatan penggunaan air mendadak semasa perayaan Hari Raya dan acara-acara tertentu, ia memberi kesan terus kepada UMS. Saya telah minta supaya isu catuan ini dilihat kembali dan UMS diberikan keutamaan,” katanya.

Mustapha Sakmud

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri bersama agensinya dan kerjasama Parlimen Sepanggar serta DUN Inanam.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pelajar UMS terpaksa menadah air hujan selepas seminggu bekalan air di kampus itu terjejas.

Telaga tiub yang telah dibina di kampus itu juga tidak dapat menampung ratusan penghuni kampus.

Dalam masa yang sama beliau juga menyeru ibu bapa dan pelajar di seluruh Sabah untuk merebut peluang menghadiri program ‘JOM Masuk U’ yang akan berlangsung di dua lokasi utama bulan ini dan hadapan.

Program tersebut dijadualkan pada 19 dan 20 April di Sandakan, serta 10 dan 11 Mei di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu. 

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah mengenai pelbagai kursus pengajian tinggi yang ditawarkan oleh institusi awam dan swasta di seluruh negara.

“Kita mahu semua warga Sabah, terutama dari kawasan Sepanggar, datang ke program ini dan melihat sendiri apakah kursus yang sesuai untuk anak-anak mereka,” katanya.

Menurut beliau, antara tumpuan program kali ini adalah untuk membantu pelajar dari golongan B40, dengan pelbagai insentif yang disediakan bagi memudahkan akses kepada pendidikan tinggi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/12/isu-bekalan-air-ums-kpt-gesa-jabatan-air-sabah-beri-keutamaan/feed/ 0 71816