ums alumni – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Oct 2025 00:25:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums alumni – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Alumni UMS diseru sebar naratif positif tentang universiti https://sabahmedia.com/2025/10/31/alumni-ums-diseru-sebar-naratif-positif-tentang-universiti/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/alumni-ums-diseru-sebar-naratif-positif-tentang-universiti/#respond Fri, 31 Oct 2025 00:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84536
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Mahasiswa dan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) diseru agar memainkan peranan aktif dalam menyebarkan cerita positif tentang universiti di media sosial bagi memastikan institusi itu kekal relevan, utuh dan terus menyemarak dalam dunia pendidikan tinggi.

Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji merangkap alumni kohort ketiga UMS (1998), Datuk Nurlaila Said, berkata warga UMS perlu menjadi duta yang membawa imej baik universiti melalui naratif positif yang dikongsikan kepada masyarakat.

“Kita semua adalah duta kepada alma mater kita. Apa sahaja yang kita kongsikan di media sosial mencerminkan siapa kita dan dari mana kita datang. 

“Sebarkan perkara yang baik tentang UMS supaya universiti ini terus menjadi kebanggaan bersama,” katanya semasa Sesi Bicara Inspirasi Alumni UMS sempena Program Baca@Borneo 2025 di Koleksi Perdana, Perpustakaan UMS, di sini baru-baru ini.

Beliau turut mengimbau kenangan semasa menuntut di UMS pada era awal penubuhannya, sambil berkongsi bahawa cabaran hidup mahasiswa ketika itu menjadikan mereka lebih tabah dan menghargai nilai kesabaran serta kesyukuran.

Dalam perkongsian tersebut,  Nurlaila yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMS dari 15 November 2016 hingga 14 November 2022 turut memperkenalkan konsep ‘Reflect, Relearn, Reconnect’ sebagai panduan kepada mahasiswa dan alumni dalam memupuk semangat kekitaan serta memperkukuh hubungan dengan alma mater.

“Kita perlu sentiasa muhasabah tentang perjalanan hidup kita (reflect), belajar semula untuk berkembang (relearn) dan menyambung semula hubungan dengan UMS serta sesama alumni (reconnect). 

“Saya lihat ramai alumni hebat, tetapi jiwa mereka agak ‘disconnected’ dan ini yang perlu diperbaiki,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar UMS terus berkembang dan kekal berperanan sebagai institusi ilmu yang melahirkan lebih ramai insan berbakti kepada negeri dan negara.

“Saya ingin lihat UMS kekal wujud sekurang-kurangnya 50 tahun lagi, dan kalau boleh, 80 peratus daripada pelajar yang ada hari ini akan kembali suatu hari nanti untuk menabur bakti kepada alma mater tercinta,” katanya.

Sesi Bicara Inspirasi Alumni UMS itu merupakan sebahagian daripada pengisian Program Baca@Borneo 2025 anjuran Jabatan Perpustakaan UMS.

Sesi itu dikendalikan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Anna Michael dan turut dihadiri Ketua Pustakawan UMS, Haji Zawawi Tiyunin, barisan pengurusan tertinggi perpustakaan, pustakawan, kakitangan serta mahasiswa universiti berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/alumni-ums-diseru-sebar-naratif-positif-tentang-universiti/feed/ 0 84536
Alumni UMS digesa kekalkan hubungan rapat, bantu tingkat imej pendidikan universiti https://sabahmedia.com/2023/10/09/alumni-ums-digesa-kekalkan-hubungan-rapat-bantu-tingkat-imej-pendidikan-universiti/ https://sabahmedia.com/2023/10/09/alumni-ums-digesa-kekalkan-hubungan-rapat-bantu-tingkat-imej-pendidikan-universiti/#respond Mon, 09 Oct 2023 07:10:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43362
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) amat bertuah kerana memiliki alumni-alumni yang sentiasa proaktif membantu dan menyokong pelbagai aktiviti yang dijalankan pihak universiti.

Naib Canselor UMS Profesir Datuk Dr Kasim Mansor berkata, ia termasuklah pelaksanaan program yang berbentuk pembangunan fizikal, pengupayaan modal insan dan lonjakan akademik.

Katanya, para alumni UMS juga perlu terus mengekalkan hubungan rapat dengan pihak universiti yang pernah menjadi institusi mereka menimba ilmu atau lebih dikenali sebagai alma meter

“Hubungan berterusan ini penting bagi membolehkan para alumni menyumbang kembali kepada UMS dalam meningkatkan lagi kualiti imej pendidikan dan kebajikan universiti.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga menggesa supaya para alumni ini menyumbang semula kepada universiti, jadi kami di UMS menyahut seruan kementerian agar kita mendekatkan alumni-alumni ini dan dapat bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis UMS Alumni Homecoming Dinner 2023 di sini kelmarin.

Dr Kasim berkata, majlis itu diadakan adalah bagi menghimpun dan meraikan alumni daripada kohort 1999 hingga kini selain menjadi platform untuk berkenalan serta mengeratkan silaturahim.

“Selain itu, majlis ini juga dapat bertentang mata antara para alumni dan pentadbiran universiti seterusnya merencana ruang-ruang kerjasama dan program-program yang dapat menambah baik agenda pembangunan universiti.

“Pada hemat saya, majlis pada malam ini bukan sahaja istimewa dalam konteks reunion dan imbasan kenangan warga UMS tetapi lebih dari itu turut signifikan untuk mengekalkan perasaan ‘sense of belonging’ dengan UMS,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu seramai lebih 500 alumni UMS turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. – SABAH MEDIA/ FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/09/alumni-ums-digesa-kekalkan-hubungan-rapat-bantu-tingkat-imej-pendidikan-universiti/feed/ 0 43362