Ums anugerah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Jun 2025 21:46:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums anugerah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS terima pengiktirafan global di WUACD Summit 2025 https://sabahmedia.com/2025/06/26/ums-terima-pengiktirafan-global-di-wuacd-summit-2025/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/ums-terima-pengiktirafan-global-di-wuacd-summit-2025/#respond Wed, 25 Jun 2025 21:46:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76184
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima pengiktirafan global apabila dianugerahkan Anugerah Program Mobiliti sempena World University Association for Community Development (WUACD) Summit 2025 baru-baru ini di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, penganugerahan tersebut adalah sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan aktif UMS melalui IPB khususnya berkaitan bidang pembangunan masyarakat bersama Universitas Airlangga yang merupakan Sekretariat WUACD sepanjang tahun 2024. 

“Sejak menjadi ahli WUACD pada tahun 2022, UMS telah giat melaksanakan program mobiliti yang memberi fokus kepada Pembangunan Masyarakat bersama Universitas Airlangga.

“Antaranya adalah UMS-Airlangga University Joint Community Programme 2024, sesi lawatan fasiliti, aktiviti bersama komuniti Darau Wetland Eco-Tourism, Kampung Darau, Menggatal, dan aktiviti bersama komuniti Bombon Kg. Marakau, Ranau.

“Dengan pengiktirafan ini, UMS akan terus komited untuk meneruskan pelaksanaan program bersama ahli-ahli WUACD dalam memartabatkan Pembangunan kepada Masyarakat berterusan,” menurut kenyataan itu di sini.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Presiden WUACD, Prof. Dr. Mohammad Nasih yang juga merupakan Rektor Universitas Airlangga kepada Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri UMS, Prof. Dr. ChM. Ts. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk. Dr. Kasim Mansor.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/ums-terima-pengiktirafan-global-di-wuacd-summit-2025/feed/ 0 76184
386 siswa cemerlang FSSA UMS dirai pada majlis anugerah dekan https://sabahmedia.com/2025/02/01/386-siswa-cemerlang-fssa-ums-dirai-pada-majlis-anugerah-dekan/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/386-siswa-cemerlang-fssa-ums-dirai-pada-majlis-anugerah-dekan/#respond Sat, 01 Feb 2025 02:04:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67807
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu:  Seramai 386 pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan Semester 2, Sesi 2023/2024 yang berlangsung di Bankuasi, Dewan Canselor UMS baru-baru ini.

Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang para pelajar yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam bidang pengajian mereka, termasuk 18 pelajar yang meraih Purata Nilai Gred Semester (PNGS) 4.0, sekali gus membuktikan kecemerlangan akademik yang dicapai di UMS.

Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau, dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan para pelajar, terutamanya ibu bapa serta tenaga pengajar fakulti.

Beliau turut menekankan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan pelajar sentiasa relevan dan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

“Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih para pelajar, tetapi juga dedikasi dan sokongan daripada pensyarah serta ahli keluarga. 

“Saya berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dijadikan inspirasi serta pemangkin semangat kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan,” katanya.

Pada majlis tersebut, dua wakil pelajar cemerlang, Arman Idlan Haidis dari Program Bioteknologi dan Yvone Tse Iyi Wen dari Program Sains Marin, turut berkongsi pengalaman serta cabaran yang mereka hadapi sepanjang pengajian.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Darmesah Gabda; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Chee Fuei Pien; Ketua Pentadbiran FSSA, Aidah Noordin; dan Pengarah Majlis Anugerah Dekan, Ts. Dr. Abu Bakar Abd Rahman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/386-siswa-cemerlang-fssa-ums-dirai-pada-majlis-anugerah-dekan/feed/ 0 67807