Ums asaon matunggung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 May 2026 09:46:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums asaon matunggung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan ‘Suara Mahasiswa UMS’ tidak mewakili pendirian rasmi universiti – UMS https://sabahmedia.com/2026/05/20/tindakan-suara-mahasiswa-ums-tidak-mewakili-pendirian-rasmi-universiti-ums/ https://sabahmedia.com/2026/05/20/tindakan-suara-mahasiswa-ums-tidak-mewakili-pendirian-rasmi-universiti-ums/#respond Wed, 20 May 2026 09:45:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97039
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Tindakan sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung isu pertindihan tanah di Kampung Asaon, Matunggong tidak mewakili pendirian rasmi UMS.

UMS menerusi kenyataan media pada Rabu memaklumkan bahawa pihak pengurusan universiti mengambil maklum mengenai aktiviti turun padang dan kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan mahasiswa tidak berdaftar itu.

Menurut kenyataan tersebut, segala kenyataan, tindakan dan pendirian yang dizahirkan oleh kumpulan berkenaan dibuat atas kapasiti peribadi mereka sendiri.

“Justeru, kenyataan dan tindakan tersebut tidak mewakili pendirian rasmi, dasar mahupun pandangan pengurusan tertinggi UMS, termasuk lebih 22,000 mahasiswa aktif UMS.

“Seiring dengan komitmen UMS dalam menjunjung kematangan intelektual serta menghormati kepelbagaian pandangan, UMS sentiasa menghormati hak kebebasan bersuara dan kebebasan akademik dalam kalangan warganya.

“Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab selaras dengan peruntukan undang-undang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta peraturan-peraturan universiti yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

UMS sentiasa mengingatkan mahasiswa agar setiap program aktivisme, kesedaran awam atau khidmat komuniti yang dilaksanakan di luar kampus hendaklah berpaksikan fakta yang sahih, mematuhi lunas undang-undang negara serta memelihara tatatertib dan nama baik universiti. 

Pada masa yang sama, mahasiswa juga diseru agar sentiasa menghormati adat resam setempat, menyantuni sensitiviti masyarakat serta memelihara keharmonian dan kesejahteraan komuniti yang telah sekian lama terbina.

UMS menyeru seluruh warga mahasiswa agar terus mengamalkan sikap berdisiplin, berintegriti dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan, selaras dengan nilai universiti serta peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa. 

“Pada masa yang sama, semua pihak diingatkan untuk menghormati peranan institusi penguatkuasa dalam memastikan ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” tambah kenyataan itu lagi. – .SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/20/tindakan-suara-mahasiswa-ums-tidak-mewakili-pendirian-rasmi-universiti-ums/feed/ 0 97039