Ums buli – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 Aug 2025 21:33:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums buli – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS perkenal program ‘Kampus Anti-Buli’, lancar kempen #UMSBebasBuli https://sabahmedia.com/2025/08/29/ums-perkenal-program-kampus-anti-buli-lancar-kempen-umsbebasbuli/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/ums-perkenal-program-kampus-anti-buli-lancar-kempen-umsbebasbuli/#respond Thu, 28 Aug 2025 21:33:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80253
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan komitmennya untuk mewujudkan kampus yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk perundungan melalui pelancaran Program ‘Kampus Anti-Buli’.

Inisiatif tersebut diumumkan sempena Program Solidariti UMS untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, sebagai usaha memperkukuh tindakan pencegahan terhadap isu buli yang kian membimbangkan di institusi pendidikan.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program tersebut akan memberi fokus kepada pendidikan karakter, pengukuhan tindakan disiplin dan pemerkasaan budaya prihatin sesama warga kampus.

“Program ‘Kampus Anti-Buli’ merupakan tekad UMS untuk memastikan setiap pelajar dan staf merasakan kampus sebagai tempat yang selamat, dihormati dan bebas daripada ancaman buli, sama ada secara fizikal, psikologi mahupun siber.

“Marilah kita bersama menyalakan sinar harapan baru dimana kebebasan, keselamatan dan keharmonian mewarnai setiap langkah warga UMS,” katanya.

Program tersebut turut disokong dengan pelaksanaan kempen “UMS Sayang Semua’’ dan inisiatif “Speak Up, Save A Life’’ yang juga merupakan satu bentuk usaha UMS dalam memelihara keselamatan, maruah dan kesejahteraan setiap warganya. 

“Bagi memperluas keberkesanan inisiatif, UMS juga melancarkan kempen digital #UMSBebasBuli yang digerakkan melalui media sosial sebagai wadah menyebarkan mesej positif, sokongan rakan sebaya dan penolakan budaya buli. 

“Kempen ini menekankan bahawa suara kolektif warga kampus mampu mencetus perubahan budaya yang lebih selamat.

“Pelancaran program dan kempen ini diharap menjadi titik tolak kepada pembentukan budaya kampus yang lebih positif, selain menjadi contoh kepada institusi lain dalam usaha membanteras perundungan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/ums-perkenal-program-kampus-anti-buli-lancar-kempen-umsbebasbuli/feed/ 0 80253
Prinsip undang-undang boleh digunakan tangani kes buli di sekolah – Pensyarah UMS https://sabahmedia.com/2025/08/15/prinsip-undang-undang-boleh-digunakan-tangani-kes-buli-di-sekolah-pensyarah-ums/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/prinsip-undang-undang-boleh-digunakan-tangani-kes-buli-di-sekolah-pensyarah-ums/#respond Thu, 14 Aug 2025 21:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79259
Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu : Dua prinsip undang-undang ‘tort, in loco parentis’ dan liabiliti ketat (strict liability) yang boleh digunakan dalam menangani kes buli di sekolah.

Pensyarah undang-undang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Marja Azlima Omar berkata, prinsip ‘in loco parentis’, yang berasal daripada istilah Latin bermaksud mengambil tempat ibu bapa, meletakkan tanggungjawab undang-undang kepada guru dan pihak sekolah untuk bertindak demi kepentingan terbaik pelajar, terutamanya dalam aspek keselamatan dan pengawasan.

“Sejak dahulu lagi, pelbagai kes mahkamah telah mengukuhkan prinsip ini. Dalam konteks buli di sekolah, tanggungjawab ini meliputi penyediaan persekitaran yang selamat serta mengambil langkah proaktif bagi mencegah bahaya, kecederaan atau tragedi,” katanya.

Menurut beliau, di bawah undang-undang tort, pelanggaran tanggungjawab menjaga kebajikan boleh dianggap sebagai kecuaian. 

Namun katanya,  bagi kes buli yang berulang atau diketahui sering berlaku di sesebuah sekolah, konsep liabiliti ketat juga boleh dipertimbangkan.

Tambahnya, liabiliti ketat membolehkan sesuatu pihak dipertanggungjawabkan atas kemudaratan yang berlaku tanpa memerlukan bukti kecuaian atau kesalahan. 

Katanya, dalam konteks pendidikan, ini bermakna jika kejadian buli terbukti berlaku secara berleluasa, pihak sekolah boleh dipertanggungjawabkan walaupun telah mengambil langkah penjagaan sewajarnya.

“Secara mudahnya, apabila terbukti buli berlaku di persekitaran sekolah, undang-undang boleh meletakkan tanggungjawab kepada institusi tersebut. Ini mengubah fokus daripada hanya menyalahkan pelaku kepada turut menilai sistem perlindungan dan prosedur keselamatan yang diamalkan,” katanya.

Sementara itu, Marja turut menegaskan bahawa pendekatan ini selaras dengan Artikel 19 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang telah diratifikasi oleh Malaysia. 

”Artikel ini mewajibkan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan bagi melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan, penderaan, pengabaian atau eksploitasi.

“Komitmen antarabangsa ini memperkukuhkan lagi kewajipan sekolah untuk bertindak secara proaktif dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan mereka,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tujuan penjelasan ini bukan untuk menuduh atau menyalahkan mana-mana sekolah secara khusus, sebaliknya untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kerangka undang-undang dan berasaskan hak yang sedia ada bagi melindungi pelajar.

“Buli tidak boleh diterima atau dianggap sebagai tradisi. Apabila undang-undang mengiktiraf tanggungjawab menjaga kebajikan, konsep seperti liabiliti ketat dan kewajipan di bawah Artikel 19, ia memberi masyarakat alat untuk memastikan sekolah kekal sebagai ruang selamat untuk semua pelajar,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/prinsip-undang-undang-boleh-digunakan-tangani-kes-buli-di-sekolah-pensyarah-ums/feed/ 0 79259