Ums canselor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Nov 2025 08:15:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums canselor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Musa dilantik sebagai Canselor UMS https://sabahmedia.com/2025/11/02/tun-musa-dilantik-sebagai-canselor-ums/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/tun-musa-dilantik-sebagai-canselor-ums/#respond Sun, 02 Nov 2025 08:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84780
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, hari ini menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu berlangsung di Balai Istiadat Istana Seri Kinabalu di sini, pada Ahad. 

Majlis bersejarah itu turut dihadiri isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Pelantikan itu menjadikan Tun Musa sebagai Canselor keempat universiti berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 1994.

Tempoh pelantikan Tun Musa sebagai Canselor adalah selama tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025 sehingga 31 Disember 2028.

Sementara itu, Zambry menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pelantikan Tun Musa sebagai Canselor UMS yang keempat adalah selaras dengan Subseksyen 10(1) Perlembagaan UMS, yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Ketua Universiti dan bertanggungjawab mempengerusikan Majlis Konvokesyen Universiti.

“Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghormatan serta menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas memperkenankan pelantikan ini.

“Ia mencerminkan penghargaan terhadap kepimpinan dan pengalaman luas Tun Musa Aman dalam membangunkan negeri Sabah dan negara termasuk peranan beliau sebelum ini sebagai Ketua Menteri Sabah serta memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negara dan negeri,” katanya.

Menurutnya, pelantikan itu diyakini akan terus memperkasa agenda pendidikan tinggi negara, khususnya dalam mengangkat UMS dan Negeri Sabah sebagai hab ilmu dan inovasi terbaik di rantau ini terutamanya sebagai ‘The Brain of Borneo’. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/tun-musa-dilantik-sebagai-canselor-ums/feed/ 0 84780
Pemasyhuran Canselor UMS baharu selepas Hari Raya Aidilfitri https://sabahmedia.com/2025/01/28/pemasyhuran-canselor-ums-baharu-selepas-hari-raya-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2025/01/28/pemasyhuran-canselor-ums-baharu-selepas-hari-raya-aidilfitri/#respond Tue, 28 Jan 2025 00:01:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67595
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Pemasyhuran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata perlantikan tersebut secara tradisinya selepas Tun Musa dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Selepas Hari Raya nanti, pemasyhuran Tun Musa sebagai Canselor UMS yang keempat akan dilaksanakan dan kita akan mengadakan satu program dan acara yang gilang-gemilang untuk meraikannya.

“Di Sabah secara tradisinya, Tuan Yang Terutama Tun adalah Canselor UMS yang turut memberikan reputasi yang baik bagi UMS dan juga mengangkat martabat Tun Musa sebagai ketua negeri, menjadi payung dan sebagai seorang yang boleh memberikan bimbingan terhadap perkembangan UMS.

“Di samping itu, saya percaya beliau mampu membantu UMS mencapai prestasi yang lebih baik di masa yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, kunjungan hormat berkenaan bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Musa berkenaan proses pelantikan sebagai Canselor serta permahsyuran.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata pelbagai perancangan dilakukan oleh UMS pada tahun ini dan berhasrat untuk menubuhkan program baharu, fakulti Seni Bina yang akan ditawarkan pada September depan.

“UMS juga merancang untuk membuka program veterinary disebabkan kekurangan ahli-ahli di Sabah.

“Di samping itu, kita berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mendapatkan beberapa tanah untuk kita majukan dalam agenda keterjaminan makanan yang dikendalikan oleh Fakulti Pertanian Lestari dan Institut Penyelidikan Marin Borneo, pada tahun ini kita akan komersialkan produk-produk marin,” katanya.

Tambahnya, UMS telah dianugerahkan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang marine borneo dan pada tahun ini kita akan mula komersialkan hasil-hasil pendidikan di Institut Penyelidikan Marin Borneo pada tahun lepas.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/28/pemasyhuran-canselor-ums-baharu-selepas-hari-raya-aidilfitri/feed/ 0 67595