ums china – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Mar 2025 22:48:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums china – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS ‘terbang’ ke China, tawar program pesisir Asasi Sains Sosial https://sabahmedia.com/2025/03/17/ums-terbang-ke-china-tawar-program-pesisir-asasi-sains-sosial/ https://sabahmedia.com/2025/03/17/ums-terbang-ke-china-tawar-program-pesisir-asasi-sains-sosial/#respond Sun, 16 Mar 2025 22:48:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70528
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Hubungan diplomatik Malaysia dan China yang telah wujud sejak lima dekad bukan hanya melibatkan pembangunan ekonomi dan perdagangan malah pendidikan.

Terbaharu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memperkukuh hubungan menang-menang Malaysia dan China menerusi pembangunan program pesisir Sijil Asasi Sains Sosial.

Menurut Pensyarah Kanan Program Komunikasi UMS, Dr. Intan Soliha Ibrahim, usaha tersebut penting dalam memperkukuh dan memartabatkan bidang kepakaran Sains Sosial di dua buah universiti di China.

Katanya,  bagi peringkat awal, dua buah universiti terlibat dengan program Asasi Sains Sosial iaitu Ocean University of China dan Weifang Vocational College of Food Science and Technology.

“Kerjasama antara UMS Flexible Education Centre (UMSFLEC) dan Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) UMS telah membawa kepada pembangunan program Asasi Sains Sosial.

“Seramai 39 kakitangan akademik UMS dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Pengajian Ekonomi dan Perniagaan (FPEP) serta Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) terlibat dalam pembangunan program ini,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Program Asasi Sains Sosial UMS, Dr. Mivolil Duinong berkata usaha menawarkan program asasi di China telah mempelbagaikan penawaran program asasi di UMS, selain program asasi sains yang ditawarkan di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS.

“PPST bertanggungjawab dalam menjamin dan menjaga kualiti program asasi. Selain program asasi sains sosial, PPST UMS turut menawarkan program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Agrisains yang masing-masing mula ditawarkan pada tahun 2010, 2020 dan 2024.

“Dengan adanya Asasi Sains Sosial di China ia dijangka dapat menggalakkan pemahaman mengenai budaya antara dua negara dan perkongsian pengetahuan,” katanya.

Program persisir Sijil Asasi Sains Sosial UMS di China mula ditawarkan pada bulan Oktober 2024 dan telah menerima seramai 99 pelajar bagi pengambilan pertama.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/17/ums-terbang-ke-china-tawar-program-pesisir-asasi-sains-sosial/feed/ 0 70528
UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China https://sabahmedia.com/2024/11/23/ums-jadi-universiti-awam-pertama-malaysia-terima-biasiswa-kedutaan-china/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/ums-jadi-universiti-awam-pertama-malaysia-terima-biasiswa-kedutaan-china/#respond Sat, 23 Nov 2024 03:41:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64251
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpilih sebagai penerima pertama Biasiswa Kedutaan China.

Para penerima yang terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti menerima biasiswa tersebut daripada Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dalam satu majlis yang berlangsung di UMS.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, sumbangan biasiswa tersebut menjadikan UMS sebagai universiti awam pertama di Malaysia menerima Biasiswa Kedutaan China. 

“Pemberian biasiswa daripada Kedutaan Besar China di Malaysia merupakan satu pengiktirafan kepada UMS dalam mengukuhkan hubungan akademik antara kedua-dua negara.

“Biasiswa yang ditawarkan bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan tetapi membuka pintu kepada peluang untuk pertukaran budaya dan kerjasama antarabangsa.

“Kita memang ada hubungan yang baik dengan China, jadi dengan pemberian biasiswa ini akan merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Biasiswa Kedutaan China kepada pelajar UMS.

Katanya, ini sekali gus merupakan sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia kerana UMS mempunyai kepakaran, sumber, kapasiti untuk melahirkan graduan bakal pemimpin masa depan, inovator, dan penyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Sokongan daripada pihak kedutaan bakal memastikan pelajar terpilih, terutamanya daripada keluarga B40, berpeluang untuk mengejar impian mereka tanpa bebanan atau kekangan kewangan.

“Justeru, UMS merakamkan penghargaan kepada pihak Kedutaan China kerana telah memilih UMS dan kita mengharapkan pada tahun hadapan lebih ramai lagi pelajar akan mendapat biasiswa seumpama ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shifang; Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Komuniti) UMS, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd. Nazri; dan Pengarah Confucius Institute UMS, Dr. Chiew Tung Moi (Malaysia) dan Profesor Madya Dr Huang Yuehuwa (China).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/ums-jadi-universiti-awam-pertama-malaysia-terima-biasiswa-kedutaan-china/feed/ 0 64251
UMS, China raikan hubungan tanda persahabatan https://sabahmedia.com/2024/11/01/ums-china-raikan-hubungan-tanda-persahabatan/ https://sabahmedia.com/2024/11/01/ums-china-raikan-hubungan-tanda-persahabatan/#respond Fri, 01 Nov 2024 00:52:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63130
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China sebagai tanda persahabatan, terutama dalam bidang pendidikan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, UMS sendiri telah mencapai kejayaan yang ketara sejak tiga dekad lalu.

“Komitmen terhadap kecemerlangan akademik terbukti dalam rangkaian program kami yang pelbagai, yang memenuhi keperluan lebih 22,000 pelajar dari pelbagai latar belakang.

“Perkongsian kami dengan institusi tempatan dan antarabangsa telah memudahkan pelbagai usaha penyelidikan, menyumbangkan pandangan berharga kepada kedua-dua ahli akademik dan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 UMS dan Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Antara Malaysia dan China di Dewan Resital, UMS.

Kasim berkata, UMS telah menerima pakai dasar pengantarabangsaan yang telah meningkatkan kedudukan global universiti.

“Dasar ini bukan sahaja menggalakkan kerjasama rentas sempadan dan pertukaran pelajar, tetapi juga menarik fakulti dan penyelidik antarabangsa ke kampus kami.

“Melalui perkongsian dengan institusi akademik di seluruh dunia, termasuk China, kami telah mengukuhkan program dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pertukaran budaya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa UMS telah memantapkan dirinya sebagai hab penyelidikan termaju, terutama dalam bidang seperti sains marin, biodiversiti, dan pembangunan mampan.

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkaya komuniti akademik, tetapi juga telah menyumbang secara signifikan kepada landskap pengetahuan dan inovasi yang lebih luas.

“Perkongsian ini telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti Cina, sama ada di dalam atau di luar negara.

“Dari segi budaya, pertukaran yang dijalankan telah memupuk pemahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap kekayaan warisan yang dimiliki oleh Malaysia dan China.

“Acara, pertukaran pelajar dan inisiatif bersama telah membuka pintu untuk dialog dan persahabatan, mewujudkan perkongsian pengalaman yang memperkayakan kampus kita,” tambah beliau.

Ujar Kasim, tema sambutan tersebut iaitu “Perpaduan dalam Sambutan: 30 Tahun Kecemerlangan, 50 Tahun Persahabatan” menyerlahkan lagi hubungan yang berakar umbi antara kedua-dua negara, memupuk persefahaman dan kerjasama bersama.

Pada majlis tersebut, lebih 500 hadirin menyaksikan persembahan nyanyian, permainan alat muzik tradisional, orkestra Cina, persembahan muzikal dan lukisan, serta acara mendeklamasi sajak yang menggabungkan elemen kebudayaan Malaysia dan China.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/01/ums-china-raikan-hubungan-tanda-persahabatan/feed/ 0 63130