Ums kanak-kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Jun 2024 08:42:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums kanak-kanak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS dekati kanak-kanak berkeperluan khas, beri pengalaman berharga https://sabahmedia.com/2024/06/06/ums-dekati-kanak-kanak-berkeperluan-khas-beri-pengalaman-berharga/ https://sabahmedia.com/2024/06/06/ums-dekati-kanak-kanak-berkeperluan-khas-beri-pengalaman-berharga/#respond Thu, 06 Jun 2024 08:42:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55591
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program ‘The Shining Stars’ di Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Tanjung Aru, di sini baru-baru ini.

Ketua Program PAKK UMS, Dr. Juppri Bacotang berkata, program tersebut bertujuan menjalankan aktiviti intervensi terhadap kanak-kanak berkeperluan khas, dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang hak kanak-kanak berkeperluan khas.

Katanya ia juga memberi peluang kepada pelajar UMS untuk memupuk sikap kepimpinan, pengurusan masa dan gerak kerja, dan seterusnya saling bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.

“Program ini melibatkan 30 pelajar PAKK (Semester 6) sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana program yang diketuai oleh Sunita George dan Sunriani Abd Jutup, ibu bapa, petugas PDK, dan 30 orang kanak-kanak berkeperluan khas dari PDK Tanjung Aru. 

“Pada program ini, sesi ceramah tentang Hak Kanak-kanak Berkeperluan Khas telah diadakan yang disampaikan oleh Ketua Pusat Pembelajaran Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu, Petty Paul Lisa. 

“Beliau telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri kepada ibu bapa tentang kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down dan Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),” katanya.

Antara pengisian menarik pada program tersebut termasuklah aktiviti senamrobik dan sukaneka seperti bola ping pong dalam sudu, lari dalam gelung, isi air dalam botol, dan sambut belon berair menggunakan kain sarung yang disertai oleh kanak-kanak berkeperluan khas. 

Menurut Petty, ibu bapa harus melatih anak-anak agar mereka mempunyai keberanian dan boleh berdikari.

“Ibu bapa perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Jangan terlalu manjakan mereka sehingga mereka tidak dapat berdikari sendiri. 

“Saya juga suka menyeru kepada ibu bapa agar terus bekerjasama dengan guru dan tidak meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik dan menjaga anak-anak kepada para guru sahaja. 

“Kerjasama ini penting untuk anak-anak terus berkembang dengan lebih baik lagi,” katanya.

Hadir sama Penyelia PDK Tanjung Aru, Valentina Sho. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/06/ums-dekati-kanak-kanak-berkeperluan-khas-beri-pengalaman-berharga/feed/ 0 55591
UMS anjur program pupuk kesedaran hak kanak-kanak https://sabahmedia.com/2024/02/23/ums-anjur-program-pupuk-kesedaran-hak-kanak-kanak/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/ums-anjur-program-pupuk-kesedaran-hak-kanak-kanak/#respond Fri, 23 Feb 2024 05:16:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49960
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program ‘Fun Day Kids 2023’ bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai hak kanak-kanak.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPP, Dr. Roslee Talip berkata, penganjuran program itu juga bagi memberi peluang kepada para pelajar UMS untuk menganjurkan program yang melibatkan pihak luar. 

“Melalui program ini, para pelajar UMS dapat memupuk sikap kepimpinan, pengurusan masa dan gerak kerja, dan seterusnya saling bekerjasama untuk menjayakan program tersebut,” katanya. 

Beliau berkata terdapat tiga aspek perkembangan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang, iaitu melalui penguasaan kognitif, afektif dan psikomotor. 

“Kanak-kanak juga harus mengetahui dan belajar tentang langkah-langkah menjaga keselamatan diri apabila berada di sesebuah tempat. Pendidikan seksual dapat memperkasakan kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan serta melindungi hak mereka.

“Program ini juga merupakan usaha yang baik oleh para pelajar UMS untuk memberikan kesedaran sosial kepada kanak-kanak supaya dapat menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, permuafakatan dan interaksi dengan membentuk sahsiah diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang diadakan di UMS baru-baru ini. 

Untuk rekod, seramai 50 kanak-kanak Tabika KEMAS Bolong Baru A dan Baru B Tuaran Sabah serta 32 pelajar PAKK UMS terlibat menjayakan program tersebut. 

Hadir sama bagi menjayakan program ini, ialah Ketua Program PAKK FPP UMS Dr. Juppri Bacotang; Prof. Madya Dr. Abdul Said Ambotang dan Saturia Amiruddin.

Antara pengisian menarik program ini ialah aktiviti senamrobik, sukaneka, aktiviti mewarna serta sesi ceramah berkaitan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) untuk kanak-kanak yang disampaikan oleh Pengetua Tadika Elit Ceria Q-Dees Putatan, Prisca Caroline Pius. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/ums-anjur-program-pupuk-kesedaran-hak-kanak-kanak/feed/ 0 49960