Ums kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 11 Sep 2025 21:54:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS himpun 32 pemimpin kesihatan planet dari enam negara https://sabahmedia.com/2025/09/12/ums-himpun-32-pemimpin-kesihatan-planet-dari-enam-negara/ https://sabahmedia.com/2025/09/12/ums-himpun-32-pemimpin-kesihatan-planet-dari-enam-negara/#respond Thu, 11 Sep 2025 21:52:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81028
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan International Borneo One Health Summer Camp 2025 kali ketiga yang menghimpunkan 32 peserta dari enam negara.

Negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Indonesia, Brunei, Bangladesh, Vietnam dan Filipina.

Program anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS itu berlangsung dari 31 Ogos hingga 7 September sebagai usaha melahirkan pemimpin muda dalam bidang kesihatan planet.

Sebelum itu, sesi pembelajaran dalam talian diadakan pada 23 dan 24 Ogos bagi memberi pendedahan awal kepada para peserta.

Sepanjang program, peserta menjalani aktiviti lapangan melibatkan lawatan ke Rainforest Discovery Centre, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Borneo Sun Bear Conservation Centre.

Pengarah program, Dr. Zulkhairul Naim Sidek berkata, kemahiran kepimpinan dalam bidang kesihatan planet amat penting dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran.

“Program ini memberikan peluang kepada peserta untuk merasai sendiri keadaan di lapangan, sekali gus memberi impak besar kepada pemahaman mereka terhadap isu kesihatan dan alam sekitar,” katanya.

Majlis penutupan program tersebut disempurnakan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan FPSK, Datuk Dr. Mohd Yusof Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau berkata tema program bertepatan dengan keperluan global semasa dan selaras dengan komitmen UMS terhadap kelestarian alam serta kesihatan sejagat.

Peserta dari Indonesia, Luthfi Ahmad Muchlashi menyifatkan penyertaan itu memberi pengalaman bermakna kerana dapat membina jaringan antarabangsa dan meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan serta alam sekitar rantau ini.

Program berkenaan turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan memperkukuh kefahaman serta kerjasama serantau dalam menangani isu kesihatan, persekitaran dan kesejahteraan komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/12/ums-himpun-32-pemimpin-kesihatan-planet-dari-enam-negara/feed/ 0 81028
UMS promosi gaya hidup sihat di Kg. Long Pasia https://sabahmedia.com/2024/06/15/ums-promosi-gaya-hidup-sihat-di-kg-long-pasia/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/ums-promosi-gaya-hidup-sihat-di-kg-long-pasia/#respond Sat, 15 Jun 2024 00:38:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56001
Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi usaha pelajar pascasiswazah Program Sarjana Kesihatan Awam [MPH] Sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program Sihat Sinergi bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat yang diadakan di Kg. Long Pasia, Sipitang baru-baru ini.

Penganjuran ini dijayakan dengan kerjasama daripada KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital UMS dan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS4WDVC). 

Seramai 90 peserta menyertai program ini dan kira-kira 200 penduduk kampung dan murid sekolah terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof berkata,  program ini adalah satu inisiatif penting yang diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sabah khususnya di Kg. Long Pasia.

“Penyakit tidak berjangkit semakin menular dalam masyarakat kita seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan obesiti bukan sahaja memberi impak negatif kepada kesihatan individu tetapi juga menjejaskan produktiviti dan kesejahteraan keluarga serta komuniti.

“Langkah-langkah pencegahan melalui amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang adalah amat penting untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. 

“Amalan gaya hidup sihat yang perlu dilakukan adalah seperti pemakanan seimbang, bersenam serta mengelakkan pengambilan gula, garam dan lemak tepu yang berlebihan,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Shahril berkata, terdapat satu cara pengambilan makanan harian secara sihat iaitu dengan konsep suku-suku separuh. 

Katanya, separuh daripada pinggan makanan kita haruslah dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, suku lagi dengan protein seperti ikan, ayam atau kekacang dan suku yang terakhir dengan karbohidrat seperti nasi, ubi atau roti gandum.

“Aktiviti senaman fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari boleh mengekalkan berat badan yang ideal, menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Pilihlah aktiviti yang kita suka seperti berjalan kaki cepat, berbasikal, berkebun atau berenang.

“Kesihatan adalah harta yang paling berharga dan setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

“Sehubungan itu, UMS sebagai salah satu universiti awam di negeri Sabah yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu, antaranya ilmu perubatan boleh menerajui aktiviti pencegahan penyakit tidak berjangkit kepada komuniti desa,” katanya.

Beliau juga berharap agar warga Kampung Long Pasia mengambil kesempatan ini untuk menimba pengetahuan dan kesedaran untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. 

“Dengan adanya kesedaran mengenai penjagaan kesihatan yang tinggi, kita mampu membentuk komuniti yang sihat dan produktif,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat dijalankan seperti sesi interaktif pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak, remaja, dan dewasa; pemeriksaan kesihatan; pemeriksaan gigi; pemeriksaan mata; kios gaya hidup sihat; pertandingan mewarna kanak-kanak; pertandingan memasak makanan tradisional serta menggunting rambut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/ums-promosi-gaya-hidup-sihat-di-kg-long-pasia/feed/ 0 56001