Ums ndrc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Sep 2024 01:52:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums ndrc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 NDRC UMS sedia kolaborasi bersama agensi lain dalam pengurusan bencana https://sabahmedia.com/2024/09/05/ndrc-ums-sedia-kolaborasi-bersama-agensi-lain-dalam-pengurusan-bencana/ https://sabahmedia.com/2024/09/05/ndrc-ums-sedia-kolaborasi-bersama-agensi-lain-dalam-pengurusan-bencana/#respond Thu, 05 Sep 2024 01:52:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60195
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada peserta aktiviti Asean Emergency Operations Centre (EOC) Network, National Emergency Operations Centre Exercise (NEOCX) dan Sepanggar Simulation Exercise (SSE) 2024, baru-baru ini.

Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, lawatan yang diadakan ke NDRC UMS itu bertujuan mengenal pasti fungsi dan kajian yang dijalankan oleh NDRC secara mendalam serta meneroka peluang kolaborasi dalam pengurusan bencana.

“NDRC UMS mengalu-alukan kunjungan daripada KKM serta hasrat untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan bencana negara terutamanya di Sabah. 

“Kunjungan seumpama ini dilihat dapat menggalakkan kolaborasi pihak akademia serta menerokai persefahaman pintar antara pihak NDRC UMS dengan agensi kerajaan seperti KKM ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara.

“NDRC UMS merupakan focal point untuk semua penyelidikan di UMS berkaitan dengan bencana alam di Sabah dan merupakan pusat yang aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui penyelidikan dan program kesedaran awam termasuklah program kesedaran pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti di Sabah,” katanya. 

Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. Hazlina Yahya dan disertai oleh kira-kira 50 orang pakar daripada pelbagai bidang.

“Delegasi berkesempatan melawat Stesen Tolok Pasang Surut (Tsunami), MET Malaysia di jeti UMS dan Sistem Pemantauan Gempa Bumi, SEISCOMP3 di Makmal NDRC. Penerangan mengenai fungsi teknikal Tolok Pasang Surut (Tsunami) dan SEISCOMP3 ini telah disampaikan oleh Dr. Chai Mui Fatt,” tambah Carolyn.

Hadir sama dalam lawatan tersebut Ketua Kluster Gempa Bumi NDRC UMS Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith; Ketua Kluster Hakisan Pantai dan Sungai NDRC UMS Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh; Timbalan Pengarah I, Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah MET, Dr. Chai Mui Fatt serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Maria Suleiman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/05/ndrc-ums-sedia-kolaborasi-bersama-agensi-lain-dalam-pengurusan-bencana/feed/ 0 60195
NDRC UMS giat usaha tingkat aspek pengurusan bencana negara https://sabahmedia.com/2023/12/08/ndrc-ums-giat-usaha-tingkat-aspek-pengurusan-bencana-negara/ https://sabahmedia.com/2023/12/08/ndrc-ums-giat-usaha-tingkat-aspek-pengurusan-bencana-negara/#respond Fri, 08 Dec 2023 02:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46227
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus giat dalam usaha meningkatkan pelbagai aspek dalam pengurusan bencana negara. 

Terbaru, NDRC UMS telah terlibat dalam bengkel komuniti bertajuk Basic Social and Behaviour Change (SBC): Latihan Jurulatih (Training for Trainers, TOTs), anjuran UMS – UNICEF – Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D) yang berlangsung di sini, baru-baru ini. 

Pengarah NDRC, UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus berkata, bengkel tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan latihan serta gambaran keseluruhan terhadap pendekatan dalam Proses Perubahan dalam SBC bagi menggalakkan perubahan positif dalam tingkah laku dalam kalangan masyarakat terutamanya berkaitan pengurangan dan pengurusan risiko bencana di negeri Sabah.

“Usaha seperti ini perlu kerana terdapatnya keperluan penggunaan dan penyelarasan komunikasi yang lebih strategik serta berkesan untuk memastikan agar mesej, makluman serta tujuan sebenar sesuatu program yang dijalankan dapat tercapai daripada peringkat individu, komuniti, perkhidmatan sehingga ke pembuat dasar.

“Daripada pendekatan SBC ini, dapat dilihat kaedah ini mampu menggalakkan perubahan yang positif bukan hanya dari segi pengetahuan, sikap, norma, kepercayaan masyarakat, tetapi juga terhadap perubahan tingkah laku untuk bertindak dengan lebih betul terutamanya semasa berlakunya bencana,” katanya. 

Ujar beliau, ini juga penting kepada komuniti kerana pengetahuan terhadap risiko bencana dan kesiapsiagaan orang awam yang diperoleh daripada pendekatan komunikasi yang strategik serta berkesan pada akhirnya akan membantu mengurangkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan serta kerugian kos yang tinggi kepada negara.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu diketuai oleh Ketua C4D, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Dr. Lai Che Ching @ Abdul Latif.

Antara peserta yang hadir pada bengkel tersebut adalah wakil-wakil dari UNICEF-Malaysia, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), WH Medicare Sdn. Bhd., dan beberapa pakar penyelidik UMS dari FSSK dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), UMS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/08/ndrc-ums-giat-usaha-tingkat-aspek-pengurusan-bencana-negara/feed/ 0 46227