ums pelajar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Oct 2025 01:04:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums pelajar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembelajaran universiti bina pemikiran kritis, kreatif dan matang – Kasim Mansor https://sabahmedia.com/2025/10/01/pembelajaran-universiti-bina-pemikiran-kritis-kreatif-dan-matang-kasim-mansor/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/pembelajaran-universiti-bina-pemikiran-kritis-kreatif-dan-matang-kasim-mansor/#respond Wed, 01 Oct 2025 01:04:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82279
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pembelajaran di universiti tidak seharusnya dilihat sekadar usaha untuk lulus peperiksaan, sebaliknya satu perjalanan penting untuk membina pemikiran kritis, kreatif dan matang.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, selain mengejar kecemerlangan akademik, universiti juga bermatlamat untuk membentuk pelajar holistik yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan sosial.

“Mahasiswa juga perlu berdisiplin, berintegriti serta memikul amanah dengan penuh tanggungjawab,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baharu UMS Sesi 2025/2026 di Dewan Canselor, di sini pada Selasa.

Beliau turut menggalakkan mahasiswa untuk memanfaatkan sepenuhnya semua peluang yang terhidang sepanjang melanjutkan pengajian di universiti itu.

“Gunakan masa anda di universiti bukan sekadar mengejar segulung ijazah, tetapi untuk membina peribadi dan sahsiah jati diri.

“Jauhi perkara negatif seperti sikap malas, buli dan salah guna kebebasan yang boleh merugikan diri sendiri serta mengecewakan harapan ibu bapa.

“Sertailah persatuan, sukan, kebudayaan dan kerja-kerja sukarela. Di situlah anda akan belajar tentang kepimpinan, persahabatan, kesabaran dan empati,” katanya.

Naib Canselor UMS yang ketujuh itu turut mengingatkan para mahasiswa bahawa pensyarah hanya membuka pintu ilmu, manakala mereka perlu melangkah masuk dengan sikap proaktif, berani bertanya serta merebut peluang.

“Apabila tiba saat berdiri di pentas konvokesyen kelak, biarlah anda mampu berkata dengan bangga bahawa anda telah menunaikan janji kepada universiti, keluarga dan negara,” katanya lagi.

Untuk rekod, UMS menerima kemasukan 5,123 pelajar baharu bagi sesi 2025/2026. Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi UMS serta pegawai-pegawai kanan universiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/pembelajaran-universiti-bina-pemikiran-kritis-kreatif-dan-matang-kasim-mansor/feed/ 0 82279
UMS sambut 5,123 pelajar baharu sesi akademik 2025/2026, pendaftaran bermula esok https://sabahmedia.com/2025/09/26/ums-sambut-5123-pelajar-baharu-sesi-akademik-2025-2026-pendaftaran-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2025/09/26/ums-sambut-5123-pelajar-baharu-sesi-akademik-2025-2026-pendaftaran-bermula-esok/#respond Fri, 26 Sep 2025 00:03:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82010
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU  : Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia sepenuhnya menerima kemasukan pelajar baharu bagi sesi akademik 2025/2026 yang memulakan pendaftaran bermula esok hingga Ahad.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, universiti telah membuat pelbagai persiapan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran serta Minggu Suai Mesra (MSM) yang berlangsung sehingga 01 Oktober depan. 

“Saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu UMS. 

“Kami akan berusaha memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan semua pelajar dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam suasana kampus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Dr. Kasim turut mengingatkan agar para pelajar, ahli keluarga atau penjaga yang hadir pada hari pendaftaran dapat mematuhi peraturan dan petugas lalu lintas semasa ketibaan di kampus bagi melancarkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan.

“UMS juga telah menugaskan pasukan urus setia, sukarelawan dan Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bersedia membantu semasa proses pendaftaran dan sepanjang MSM.

“UMS sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan para pelajarnya melalui pelbagai kemudahan serta sokongan yang disediakan bagi memastikan pengalaman pembelajaran dan kehidupan kampus berjalan dengan lancar,” katanya.

Untuk rekod, seramai 5,123 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian di UMS bagi sesi akademik kali ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/26/ums-sambut-5123-pelajar-baharu-sesi-akademik-2025-2026-pendaftaran-bermula-esok/feed/ 0 82010
Manfaatkan peluang pengajian di universiti sebaiknya https://sabahmedia.com/2024/07/28/manfaatkan-peluang-pengajian-di-universiti-sebaiknya/ https://sabahmedia.com/2024/07/28/manfaatkan-peluang-pengajian-di-universiti-sebaiknya/#respond Sun, 28 Jul 2024 00:10:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58167
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Pelajar baharu Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS Sesi Akademik 2024/2025 diseru agar memanfaatkan peluang menyambung pengajian di UMS bagi menambah ilmu pengetahuan serta mempelajari aspek kehidupan di dalam kampus.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kehadiran para pelajar bagi menjalani program Asasi di UMS merupakan satu titik permulaan dalam perjalanan hidup mereka sebagai seorang pelajar universiti.

“Pengajian Asasi UMS ini adalah bagi memperkukuh asas dalam bidang sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran ke program ijazah di UMS, sejajar dengan misi dan visi penubuhan PPST, UMS.

“Selain itu, kehadiran anda di sini juga merupakan satu proses peralihan dari alam persekolahan ke alam universiti sebelum peringkat ijazah kelak.

“Saya berharap agar pengajian di Asasi UMS ini akan menjadi suatu memori indah bagi mengorak langkah sebagai seorang pakar yang dapat menyumbang kepada negara sama ada dalam bidang sains ataupun teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan penutupan Minggu Suai Mesra (MSM) Asasi UMS Sesi 2024/2025 kali ke-15.

Dr Kasim turut mengingatkan para pelajar bahawa kewujudan universiti adalah  disebabkan permintaan masyarakat sekeliling yang ingin melihat perubahan hidup menerusi tahap pendidikan tinggi.

“Selain bekalan transkrip akademik yang dibawa untuk memasuki alam pekerjaan, aspek-aspek lain seperti keterlibatan dalam aktiviti universiti juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.

“Sehubungan itu, suka saya mengingatkan, ikuti dan sertailah segala program kurikulum dan kokurikulum serta saya doakan agar anda semua mampu memperkukuhkan iltizam dan menzahirkan usaha dalam menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh demi melakar masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 468 pelajar program Asasi UMS, yang terdiri daripada 332 pelajar Asasi Sains, 96 pelajar Asasi Teknologi Maklumat, dan 40 pelajar Asasi Agrisains membacakan lafaz ikrar di hadapan para pegawai utama dan kanan universiti.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; dan Pengarah PPST, ChM. Dr. Newati Wid.  – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/28/manfaatkan-peluang-pengajian-di-universiti-sebaiknya/feed/ 0 58167