Ums penyelidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 20 Dec 2024 00:30:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums penyelidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar https://sabahmedia.com/2024/12/20/penubuhan-cedp-komitmen-ums-pacu-penyelidikan-bagi-bantu-pembangunan-dasar/ https://sabahmedia.com/2024/12/20/penubuhan-cedp-komitmen-ums-pacu-penyelidikan-bagi-bantu-pembangunan-dasar/#respond Fri, 20 Dec 2024 00:30:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65709
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Penubuhan Pusat Pembangunan dan Dasar Ekonomi (CEDP) di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan komitmen UMS dalam memacu penyelidikan yang mempunyai hasil yang ketara dan bermakna.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, CEDP mempunyai kedudukan unik untuk menyediakan input penyelidikan kritikal bagi meningkatkan penggubalan dasar di peringkat negeri dan Malaysia secara amnya.

“Pusat ini perlu mengembangkan perkongsiannya dengan agensi kerajaan, pemain industri dan institusi antarabangsa untuk mewujudkan ekosistem teguh yang memacu penyelesaian yang memberi kesan untuk Sabah dan Malaysia.

“Saya mempunyai harapan yang tinggi untuk CEDP agar ia menjadi pemangkin untuk pemikiran inovatif, penyelidikan kolaboratif dan pembangunan dasar berasaskan bukti,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran CEDP dan Seminar Mengenai Ekonomi Kontemporari di Hotelab, FPEP.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd. Karim.

Mengulas berkenaan penganjuran seminar ekonomi, Kasim berkata inisiatif tersebut mewakili penumpuan idea, usaha dan aspirasi untuk menangani cabaran ekonomi yang mendesak pada zaman ini.

“Sabah berhadapan pelbagai cabaran ekonomi termasuk kemiskinan dan keperluan untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Ini adalah peluang untuk membincangkan cabaran ekonomi baru, idea baharu dan membentuk kerjasama yang akan membantu menghadapi perubahan landskap ekonomi,” katanya. 

Ujarnya lagi, usaha ini turut berpotensi untuk merapatkan jurang antara penyelidikan dan dasar yang boleh diambil tindakan dalam menangani isu-isu yang dibincangkan. 

Pada majlis tersebut, turut berlangsung Diskusi Panel yang melibatkan dua ahli panel jemputan, iaitu Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Datuk Seri Panglima Hashim Paijan dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Tseu Kei Yue.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/20/penubuhan-cedp-komitmen-ums-pacu-penyelidikan-bagi-bantu-pembangunan-dasar/feed/ 0 65709
UMS jadikan penyelidikan sebagai alat perbaiki kualiti hidup masyarakat https://sabahmedia.com/2024/10/03/ums-jadikan-penyelidikan-sebagai-alat-perbaiki-kualiti-hidup-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2024/10/03/ums-jadikan-penyelidikan-sebagai-alat-perbaiki-kualiti-hidup-masyarakat/#respond Thu, 03 Oct 2024 01:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61608
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus berusaha menjadikan penyelidikan serta inovasi sebagai alat memperbaiki kualiti hidup masyarakat setempat.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penyelidikan merupakan salah satu usaha secara langsung yang dapat memberikan impak yang positif dan nyata dalam kehidupan.

Katanya, penyelidikan bertujuan mengenal pasti keperluan dan cabaran yang dihadapi di samping mencari solusi yang inovatif dan praktikal.

“Hari ini kita dapat saksikan bagaimana penyelidikan serta inovasi dalam bidang pertanian, kesihatan, pendidikan dan sumber asli boleh membantu meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

“Contohnya, penyelidikan dalam teknik pertanian moden boleh membantu meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan penggunaan bahan kimia yang berbahaya,” katanya.

Kasim berkata, UMS sentiasa komited untuk memastikan hasil penyelidikan tidak terperuk dalam laporan akademik sahaja bahkan manfaatnya akan dikongsi kepada masyarakat.

“Di sinilah pentingnya peranan penyelidikan dan inovasi kerana dengan menerapkan pendekatan penyelidikan yang berfokus pada cabaran-cabaran ini, kita dapat mencari solusi mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan daya saing perdagangan dalam negeri.

“Misalnya dalam sektor pertanian, penyelidikan kita boleh memfokuskan kepada pembangunan teknik pertanian yang lebih efisien dan mampan.

“Ini termasuk penggunaan teknologi baru yang boleh meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kos operasi, seperti penggunaan baja dan racun yang lebih efisien, serta sistem pengairan yang lebih canggih,” katanya.

Tambah beliau cara tersebut dapat mengurangkan kos pengeluaran serta membantu menurunkan harga barangan keperluan dan meningkatkan pendapatan para petani.

Beliau berkata demikian pada Program Khidmat Masyarakat Berteraskan Penyelidikan Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, baru-baru ini.

Program Khidmat Masyarakat Berteraskan Penyelidikan dianjurkan bersempena Simposium Penyelidikan UMS-RES 2 Tahun 2024 yang turut membentangkan sebanyak 57 kertas penyelidikan.

Simposium Penyelidikan UMS-RES 2 Tahun 2024 merupakan kesinambungan dari penganjuran tahun lalu yang berlangsung di Kudat sebagai usaha berterusan Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS mengadakan Pemantauan Geran Dalaman bagi geran UMS Great.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/03/ums-jadikan-penyelidikan-sebagai-alat-perbaiki-kualiti-hidup-masyarakat/feed/ 0 61608
UMS, RHB Islamic Bank Berhad meterai kolaborasi pemuliharaan ekosistem marin dan kelestarian alam sekitar https://sabahmedia.com/2023/12/06/ums-rhb-islamic-bank-berhad-meterai-kolaborasi-pemuliharaan-ekosistem-marin-dan-kelestarian-alam-sekitar/ https://sabahmedia.com/2023/12/06/ums-rhb-islamic-bank-berhad-meterai-kolaborasi-pemuliharaan-ekosistem-marin-dan-kelestarian-alam-sekitar/#respond Wed, 06 Dec 2023 03:34:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46111
Read Time:1 Minute, 56 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama RHB Islamic Bank Berhad bagi kolaborasi berkaitan aktiviti pemuliharaan ekosistem marin dan kelestarian alam sekitar.

Kolaborasi tersebut dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani MoU antara kedua-dua pihak yang berlangsung di The Magellan Sutera Harbour Resort baru-baru ini. 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor menandatangani MoU tersebut bagi pihak UMS, sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia UMS, Sirahim Abdullah. 

Manakala RHB Islamic diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Adissadikin Ali, sambil disaksikan oleh Ketua Strategi dan Inovasi RHB Islamic Bank, Roshan Jaffar.

IPMB dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi MoU tersebut, kedua-dua pihak akan mengadakan kerjasama  dalam program dan aktiviti yang berkaitan dengan promosi kesedaran dan pemuliharaan ekosistem marin dan kelestarian alam sekitar melalui dua projek utama iaitu Projek Nutri-Sea dan Ocean Harmony.

“Projek Nutri-Sea adalah inisiatif IPMB UMS dalam penyelidikan akuakultur, keterjaminan makanan laut dan kelestarian alam sekitar, manakala Ocean Harmony merupakan sebahagian dari agenda “Pengantaraan Berasaskan Nilai” (Value-based Intermediation) oleh RHB Islamic di bawah ekosistem yang dinamakan RHB Harmoni.

“MoU ini tidak terhad kepada dua program utama tersebut, malah UMS dan RHB Bank Berhad juga berbesar hati untuk meneroka peluang dan berkolaborasi untuk kerjasama seterusnya yang mendukung usaha-usaha ke arah matlamat pembangunan lestari,” demikian menurut kenyataan tersebut. 

Dalam pada itu, Rosalam pada majlis tersebut berkata, UMS selaku antara universiti terbaik di Borneo komited untuk terus menawarkan informasi, penyelidik yang berkepakaran tinggi, kemudahan fasiliti yang lengkap dan pelajar-pelajar yang berdedikasi.

“Dengan usaha sama penyelidik UMS dan pakar dari RHB, kami menjangkakan hasil yang dapat memacu kemajuan teknologi, pengembangan ekonomi dan penyelesaian yang mampan kepada cabaran yang dihadapi oleh masyarakat hari ini terutamanya di Sabah,” jelas beliau.

Adissadikin dalam ucapannya turut menyokong usaha UMS tersebut, sambil menyangkal tanggapan bahawa pihak bank adalah institusi yang bersandarkan kepada keuntungan semata-mata.

“RHB Islamic amat peka terhadap perkembangan dari segi kelestarian dan telah mengadaptasikan Sustainable Financing Framework (Rangka Kerja Perbankan Mampan) dalam operasi kami.  

“Justeru, sebagai institusi perbankan yang bertanggungjawab kami juga memberikan keutamaan dalam mewujudkan kesan positif kepada masyarakat dan alam sekitar semasa menjalankan perniagaan perbankan,” ujar beliau. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/06/ums-rhb-islamic-bank-berhad-meterai-kolaborasi-pemuliharaan-ekosistem-marin-dan-kelestarian-alam-sekitar/feed/ 0 46111