ums sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 11 Jul 2025 07:04:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jaga imej UMS sebagai lambang kecemerlangan – Naib Canselor https://sabahmedia.com/2025/07/11/jaga-imej-ums-sebagai-lambang-kecemerlangan-naib-canselor/ https://sabahmedia.com/2025/07/11/jaga-imej-ums-sebagai-lambang-kecemerlangan-naib-canselor/#respond Fri, 11 Jul 2025 07:04:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77101
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) diingatkan agar sentiasa menjaga imej universiti yang menjadi lambang kepada kecemerlangan dan kebanggaan rakyat di negeri ini.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, para pelajar juga dinasihatkan untuk memperkukuh iltizam serta menzahirkan usaha dalam menuntut ilmu dengan menyertai program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan.

’’Sebagai pelajar universiti sama ada di peringkat asasi, sarjana muda mahupun sarjana doktor falsafah, anda adalah ejen dan duta kecil UMS. Kalau anda berada di luar, anda membawa imej universiti.

’’Bagaimana gerak geri anda sebagai pelajar universiti, ia mewakili keseluruhan pelajar UMS. Janganlah disebabkan tindak tanduk di luar sebagai pelajar, anda tidak berlaku adil kepada pelajar yang lain di UMS yang semuanya fokus kepada kecemerlangan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Lafaz Ikrar dan Perasmian Penutupan Minggu Suai Mesra Pelajar Baharu Program Asasi UMS sesi 2025/2026 di Dewan Canselor UMS pada Khamis.

Kasim berkata, UMS turut bertekad untuk menjadi pusat penyebaran ilmu pengajian pendidikan tinggi yang berkualiti kepada para pelajar serta melahirkan graduan yang bukan sahaja mengkhusus tetapi seimbang dan berketerampilan.

’’Universiti wujud disebabkan permintaan masyarakat sekeliling yang ingin melihat perubahan hidup menerusi pendidikan tinggi.

’’Selain bekalan transkrip akademik yang bakal dibawa untuk memasuki alam pekerjaan, aspek-aspek lain seperti keterlibatan dalam aktiviti universiti juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri,’’ katanya.

Terdahulu, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, ChM. Dr. Newati Wid berkata pihaknya komited untuk meneruskan misi menyediakan lebih ramai pelajar program prasiswazah pada masa akan datang.

’’Tahun ini program Asasi UMS sesi 2025/2026 menerima seramai 566 pelajar melibatkan pelajar Asasi Sains (430), Asasi Teknologi Maklumat (56), Asasi Agrisains (28) dan program baharu Asasi Sains Sosial (53).

’’Ke semua program asasi adalah satu proses peralihan yang akan ditempuh oleh para pelajar, peralihan daripada budaya persekolahan kepada budaya pembelajaran kendiri di peringkat universiti.

’’Kita akui bahawa para pelajar bakal berdepan dengan pelbagai cabaran baharu. Oleh yang demikian, gunakanlah fasa pengajian selama setahun ini untuk meneroka dan mempelajari sebanyak mungkin ilmu demi menyahut misi UMS untuk mewujudkan universiti dengan teras keilmuan, inovasi dan kemanusiaan,’’ katanya.

Lafaz ikrar pelajar baharu program Asasi UMS diketuai oleh Jeremy Landa Juil. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/11/jaga-imej-ums-sebagai-lambang-kecemerlangan-naib-canselor/feed/ 0 77101
UMS kampus induk ungguli Kejohanan SUIPTS 2025 https://sabahmedia.com/2025/06/16/ums-kampus-induk-ungguli-kejohanan-suipts-2025/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/ums-kampus-induk-ungguli-kejohanan-suipts-2025/#respond Mon, 16 Jun 2025 11:38:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75655
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus induk muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Sabah (SUIPTS) yang berakhir di sini pada Ahad.

UMS kampus induk berjaya membawa pulang 29 pingat emas; 10 pingat perak dan tiga pingat gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pungutan pingat sebanyak 42 pingat.

Mengikuti rapat UMS kampus induk adalah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang membawa pulang empat pingat emas; 14 perak dan sembilan gangsa dengan jumlah keseluruhan pungutan pingat sebanyak 27 pingat.

Manakala tempat ketiga dimenangi UMS Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) yang membawa pulang tiga emas; satu perak dan empat gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pungutan sebanyak lapan pingat.

Kejohanan yang diadakan selama empat hari berakhir pada Ahad itu dirasmikan penutupan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Sukan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dr Hanafiah Ayub.

Penganjuran kejohanan pada kali ini menyaksikan penyertaan yang membanggakan apabila sebanyak 19 buah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan lebih 1,300 atlet telah bertanding dalam 10 acara yang dipertandingkan. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/ums-kampus-induk-ungguli-kejohanan-suipts-2025/feed/ 0 75655
UMS rentas sempadan, anjur pertukaran kuliah online bersama UPI https://sabahmedia.com/2025/06/06/ums-rentas-sempadan-anjur-pertukaran-kuliah-online-bersama-upi/ https://sabahmedia.com/2025/06/06/ums-rentas-sempadan-anjur-pertukaran-kuliah-online-bersama-upi/#respond Fri, 06 Jun 2025 02:09:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75124
Read Time:2 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus meluaskan budaya perkongsian ilmu serantau dengan menganjurkan pertukaran kuliah bagi program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bersama Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Ketua Program PAKK, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) UMS, Dr. Juppri Bacotang berkata program tersebut bertujuan berkongsi kepakaran para pensyarah UMS dan UPI berkaitan topik-topik khusus bagi kursus yang ditawarkan pada semester semasa.

Katanya antara kuliah yang disampaikan adalah berkaitan pendidikan abad ke-21, pedagogi PAKK, Pengurusan Pusat PAKK, kualiti guru PAKK, isu semasa PAKK dan perkembangan awal kanak-kanak.

“Ini merupakan program pertukaran kuliah yang pertama dianjurkan oleh Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) bersama universiti lain khususnya universiti luar negara. 

“PAKK FPPS juga bercadang untuk meneruskan program ini bersama UPI pada masa akan datang, serta melibatkan lebih banyak lagi universiti dalam dan luar negara,” katanya.

Juppri berkata program tersebut juga memberi peluang kepada para pensyarah dalam menyampaikan kuliah kepada para pelajar secara interaktif dan menekankan komunikasi dua hala.

“Seramai 500 pelajar serta 14 pensyarah terlibat dalam pertukaran kuliah kali ini dengan masing-masing menyampaikan kuliah dengan sangat berkesan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Prodi Program Studi Pendidikan Guru Pendidikan Awal Usia Dini (PGPAUD), Fakultas Ilmu Pendidikan (FIP) UPI, Dr. Yeni Rachmawati berkata program seumpama itu amat signifikan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk menimba ilmu daripada pelbagai sumber dan kepakaran.

“Program ini juga dapat meneroba perbandingan kurikulum dan amalan dalam PAKK yang ditekankan di Malaysia dan Indonesia.

“UPI berharap kerjasama dengan UMS ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, bukan sahaja dalam aspek akademik, malah dalam aspek penyelidikan, penerbitan, perundingan, dan khidmat masyarakat.

“Program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah, dan perkongsian pintar ini dapat memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Nusantara yang lebih mampan dan berkualiti,” katanya.

Menurut salah seorang pelajar PAKK UMS, Syah Azreeq Sahminan, program tersebut bukan sahaja memfokuskan kepada akademik pelajar sahaja, malah dapat menyokong pembangunan sahsiah pelajar dalam aspek kepimpinan, keyakinan dan pengurusan program.

“Program ini dapat mengasah bakat saya menjadi moderator yang melibatkan penceramah dari luar negara. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi moderator bagi program seumpama ini, dan saya sangat bersyukur kerana dapat melaksanakannya dengan baik dan lancar.

“Selain itu juga, melalui program ini kami sebagai peserta dapat mempelajari pelaksanaan pendekatan projek dalam pendidikan awal kanak-kanak yang membantu mereka mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dunia sebenar, meningkatkan motivasi dan keterlibatan aktif mereka dalam pembelajaran.

“Pendekatan projek juga sangat penting kerana dapat membantu kanak-kanak belajar dengan lebih aktif dan seronok. Melalui projek, kanak-kanak juga dapat berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah dan bekerja dengan rakan-rakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/06/ums-rentas-sempadan-anjur-pertukaran-kuliah-online-bersama-upi/feed/ 0 75124
Insiden berlaku di luar kawasan UMS, tidak melibatkan warga universiti https://sabahmedia.com/2025/04/05/insiden-berlaku-di-luar-kawasan-ums-tidak-melibatkan-warga-universiti/ https://sabahmedia.com/2025/04/05/insiden-berlaku-di-luar-kawasan-ums-tidak-melibatkan-warga-universiti/#respond Sat, 05 Apr 2025 01:09:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71484
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Kejadian penemuan mayat lelaki yang dilaporkan ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan lereng bukit disahkan berlaku di luar sempadan kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perkara itu dinyatakan UMS dalam satu kenyataan di sini berhubung sebuah laporan berita yang disiarkan media tempatan kelmarin.

Menurut UMS, kejadian itu juga tidak melibatkan mana-mana pelajar atau kakitangan universiti berkenaan.

“UMS telah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak UMS menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan,” menurut kenyataan itu lagi.

Semalam, seorang lelaki ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan lereng bukit, menghala ke Kampung Kibagu, di sini.

Mayat lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu ditemui pada jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tergantung dengan tali. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/05/insiden-berlaku-di-luar-kawasan-ums-tidak-melibatkan-warga-universiti/feed/ 0 71484
Pelajar kejuruteraan UMS diberi pendedahan praktikal dalam dunia pembinaan https://sabahmedia.com/2025/01/31/pelajar-kejuruteraan-ums-diberi-pendedahan-praktikal-dalam-dunia-pembinaan/ https://sabahmedia.com/2025/01/31/pelajar-kejuruteraan-ums-diberi-pendedahan-praktikal-dalam-dunia-pembinaan/#respond Fri, 31 Jan 2025 03:24:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67778
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai 61 pelajar tahun dua program Kejuruteraan Awam dari Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai aktiviti ‘On-Site Learning’ di Sandakan baru-baru ini.

Pensyarah FKJ, Dr. Asmawan Mohd Sarman berkata, aktiviti tersebut antara lain mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya dan Kompleks Latihan Untuk Orang Kurang Upaya.

“Program lawatan ini bertujuan memperkenalkan konsep 3D, iaitu Sukar (Difficult), Bahaya (Dangerous), dan Kotor (Dirty) dalam industri pembinaan.

“Dengan pengalaman ini, mereka dapat menggambarkan suasana sebenar dalam pelaksanaan projek dan bersedia menghadapi cabaran kerjaya mereka nanti,” katanya. 

Pengarah program, Atalarick Firman Syach Suhaini turut berkongsi bahawa aktiviti tersebut memberikan nilai tambah kepada pelajar melalui interaksi dengan jurutera profesional di tapak pembinaan. 

Program tersebut yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandaraya Sandakan, Babankong Sdn Bhd dan Rigi Development Sdn Bhd. memberi peluang kepada peserta untuk mendapat penerangan dan perkongsian pengalaman sendiri daripada jurutera yang terlibat dalam projek pembinaan. 

Program itu turut melibatkan aktiviti jejak alumni menerusi kehadiran Jurutera JKR Bandaraya Sandakan, Nur Elfira Afifa Mansor dan Azamawi yang merupakan alumni FKJ UMS.

Kedua-dua mereka berkesempatan menyampaikan perkongsian pengalaman dan memberi nasihat kepada pelajar tentang persiapan kerjaya dalam industri pembinaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/31/pelajar-kejuruteraan-ums-diberi-pendedahan-praktikal-dalam-dunia-pembinaan/feed/ 0 67778
Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi https://sabahmedia.com/2024/10/04/program-rakan-borneensis-2024-pupuk-kelestarian-alam-semula-jadi/ https://sabahmedia.com/2024/10/04/program-rakan-borneensis-2024-pupuk-kelestarian-alam-semula-jadi/#respond Thu, 03 Oct 2024 23:36:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61652
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Program Rakan BORNEENSIS 2024 anjuran Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini merupakan usaha berterusan institut tersebut dalam memupuk usaha kelestarian alam sekitar khususnya dalam kalangan generasi muda.

Pengarah IBTP, Profesor Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim berkata, program ini merupakan salah satu daripada Indeks Prestasi Utama (KPI) tahunan untuk Sektor BORNEENSIS di IBTP, yang mencerminkan komitmen berterusan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai pemuliharaan biodiversiti kepada generasi muda di Sabah.

“Program ini antara lain bertujuan untuk memupuk kesedaran dan kefahaman tentang kekayaan alam semula jadi serta peranan setiap individu dalam pemeliharaan warisan biodiversiti yang unik.

“Ini adalah juga bagi memberi pendedahan kepada para pelajar di Sabah tentang agenda global pembangunan lestari dalam kehidupan seharian,” katanya dalam ucapan sempena perasmian program tersebut.

Beliau turut memaklumkan, program yang berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya menghimpunkan peserta seramai 13 orang dari Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

“Menerusi program ini, peserta akan didedahkan tentang kepentingan memelihara alam semula jadi di samping menambah pengetahuan tentang kepelbagaian flora dan fauna di Sabah.

“Program ini menggalakkan para peserta untuk menghargai khazanah alam semula jadi Borneo dan memikul tanggungjawab terhadap kelestarian ekosistem tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Program, Petherine Jimbau, berharap program ini dapat menanamkan semangat cintakan alam sekitar dalam diri peserta muda, serta dapat membina generasi yang lebih bertanggungjawab dan berdaya tahan terhadap cabaran perubahan alam sekitar.

“Ini adalah peluang penting untuk membangunkan pemimpin muda yang memahami nilai warisan semula jadi dan menyumbang kepada pemeliharaannya,” katanya.

Pelbagai aktiviti pembelajaran dijalankan sepanjang program tersebut antaranya  Night Walk, Bird Watching, Nature Explorace & Survival Skills, Mini Project dan Malam Kebudayaan.

Turut diadakan sesi perkongsian ilmu bersama para pakar dari IBTP dengan tajuk-tajuk perkongsian seperti Nocturnal Animals, Mushroom Foray, Youths in Building a Sustainable Society for the World, dan Diagnostic and Prognostic Sustainability Action Planning.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/04/program-rakan-borneensis-2024-pupuk-kelestarian-alam-semula-jadi/feed/ 0 61652
KoSiMM inisiatif HUMS tingkat kesedaran kesihatan mata dan telinga https://sabahmedia.com/2024/08/22/kosimm-inisiatif-hums-tingkat-kesedaran-kesihatan-mata-dan-telinga/ https://sabahmedia.com/2024/08/22/kosimm-inisiatif-hums-tingkat-kesedaran-kesihatan-mata-dan-telinga/#respond Thu, 22 Aug 2024 01:52:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59477
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Hospital UMS (HUMS) terus menggiatkan usaha bagi meningkatkan kesedaran berkaitan kesihatan mata dan telinga menerusi inisiatif penganjuran Program Komuniti Sihat Melihat dan Mendengar (KoSiMM).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program KoSiMM yang dilaksanakan sejak tahun 2021 telah memberikan impak signifikan kepada peningkatan taraf kesihatan komuniti luar bandar di Sabah.

“Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam komuniti tentang peri pentingnya pemeriksaan kesihatan terutamanya mata dan telinga secara berkala untuk mencegah masalah kesihatan yang lebih teruk.

“Selain itu, program ini turut menyediakan akses mudah pemeriksaan awal mata dan telinga dalam komuniti untuk mengenal pasti masalah pada peringkat awal, seterusnya merujuk kepada pakar sekiranya perlu.

“Alhamdulillah, UMS dan Hospital UMS mendapat maklum balas yang sangat positif berhubung dengan penganjuran program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian program tersebut yang disampaikan oleh wakil beliau, Penasihat Undang-Undang UMS, Awang Suhaizam Bungso di Pusat Islam UMS.

Beliau turut memaklumkan, menerusi program tersebut, seramai 10 pelajar dari SK Rampayan akan menerima bantuan kaca mata, selain tiga pesakit dari Hospital Queen Elizabeth yang mengalami masalah pendengaran yang akan menerima alat bantuan pendengaran.

“Saya juga difahamkan staf HUMS akan ke Pulau Mantanani bagi program jangkauan (outreach) untuk pelajar dan penduduk di sana.

“Melalui program ini dan saringan yang dilakukan, kaca mata dan alat bantu dengar boleh disumbangkan lebih awal kepada komuniti tanpa perlu menunggu bantuan kerajaan seperti dari JPA, Kebajikan ataupun Zakat.

“Hal yang demikian kerana apabila masalah kurang dengar dikesan lebih awal, intervensi dan terapi dapat dilakukan segera agar perkembangan pendengaran dan pertuturan tidak terganggu,” katanya.

Tambah Kasim, usaha sebegini dapat memastikan golongan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tidak tercicir dalam pendidikan.

“Kolaborasi pihak HUMS bersama Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA), Sekolah Kebangsaan Pulau Mantanani, dan pihak JSK Mantanani Island Resort diharap dapat memberikan impak yang baik kepada semua.

“Saya percaya, keberhasilan program ini tidak mungkin tanpa usaha bersama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Awang Suhaizam menyempurnakan penyampaian kaca mata dan alat bantuan pendengaran kepada penerima.  – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/22/kosimm-inisiatif-hums-tingkat-kesedaran-kesihatan-mata-dan-telinga/feed/ 0 59477
UMS, CF Learning tawar kursus jangka pendek https://sabahmedia.com/2024/05/30/ums-cf-learning-tawar-kursus-jangka-pendek/ https://sabahmedia.com/2024/05/30/ums-cf-learning-tawar-kursus-jangka-pendek/#respond Thu, 30 May 2024 09:01:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55286
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Pendidikan Fleksibel Universiti Malaysia Sabah (UMSFLEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CF Learning Services Sdn Bhd (CF Learning), baru-baru ini.

Melalui MoU tersebut, UMS bakal meluaskan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program berteraskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata kolaborasi tersebut mendorong matlamat bagi membuka peluang kerjasama untuk menawarkan program PSH seperti Kursus Jangka Pendek dan Micro-credentials yang mampu menjana masyarakat berilmu.

“Peluang PSH ini terbuka luas untuk setiap masyarakat dalam menambah ilmu. Terdapat pelbagai bidang pengajian yang boleh dipelajari selain kemahiran baharu.

“Permintaan global terhadap kursus jangka pendek sememangnya tinggi malah universiti terkemuka seperti Harvard University juga aktif menawarkannya.

“Justeru, penawaran kursus jangka pendek ini boleh dijalankan bersama antara Universiti Awam dengan Kementerian dan pemain industri lain mengikut bidang nic masing-masing,” ujarnya.

Tambah beliau, kerjasama silang bidang dan silang kepakaran perlu dilakukan agar mampu menghasilkan kerjasama yang sempurna.

“Saya yakin melalui MoU ini, UMS mampu menyediakan pelbagai program kursus jangka pendek yang memenuhi pasaran kerja.

“Dengan penawaran kursus-kursus ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya mereka mudah untuk merebut peluang pekerjaan ataupun menjadi usahawan yang mampu menyediakan peluang kerja,” katanya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Kasim bersama Ketua Pegawai Eksekutif CF Learning, Grace Chin dan disaksikan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/30/ums-cf-learning-tawar-kursus-jangka-pendek/feed/ 0 55286
UMS tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Universiti Awam https://sabahmedia.com/2024/05/06/ums-tuan-rumah-bengkel-strategik-majlis-universiti-awam/ https://sabahmedia.com/2024/05/06/ums-tuan-rumah-bengkel-strategik-majlis-universiti-awam/#respond Mon, 06 May 2024 02:59:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54005
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tuan rumah Bengkel Strategik Majlis Alumni Universiti Awam (MAlumni) 2024 yang telah berlangsung baru-baru ini. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS merangkap Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata bengkel tersebut memfokuskan agenda dan perbincangan bagi memperkukuh fungsi serta peranan MAlumni Universiti-universiti Awam Malaysia. 

Menurut beliau lagi, bengkel tersebut turut mengemaskini program yang akan dianjurkan pada tahun ini iaitu Majlis Anugerah Alumni (MAL23).

“Bengkel strategik ini telah berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 April dan dihadiri oleh pengarah-pengarah dan wakil pusat alumni universiti masing-masing.

“Antara perkara yang menjadi topik pada bengkel tersebut adalah memurnikan teras utama MAlumni, semakan semula buku panduan pengurusan alumni serta perancangan program berimpak tinggi yang bakal dijalankan pada tahun ini dan tahun hadapan.

“MAlumni merupakan satu platform bagi semua Pusat Alumni universiti awam menggembleng usaha ke arah memperkasakan alumni di seluruh negara,” katanya. 

Bengkel yang diadakan di Bangunan Canselori UMS itu turut dihadiri Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif Kamisan Pusiran serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Nurul Aida Mohd Nordin dan Penolong Pengarah Unit Khidmat Pengurusan BHEP KPT, Idura Yaakup. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/06/ums-tuan-rumah-bengkel-strategik-majlis-universiti-awam/feed/ 0 54005
UMS anjur bengkel iOTB, perkasa dan tingkatkan kualiti hasil pembelajaran https://sabahmedia.com/2023/11/18/ums-anjur-bengkel-iotb-perkasa-dan-tingkatkan-kualiti-hasil-pembelajaran/ https://sabahmedia.com/2023/11/18/ums-anjur-bengkel-iotb-perkasa-dan-tingkatkan-kualiti-hasil-pembelajaran/#respond Sat, 18 Nov 2023 01:20:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45345
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Pusat e-Pembelajaran (PEP) dan Jabatan Teknologi Komunikasi Maklumat (JTMK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Inclusive Open Textbook (iOTB) dengan kerjasama strategik antarabangsa bersama Commonwealth of Learning (COL), Canada. 

Bengkel tersebut bertujuan memperkasa penggunaan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menggalakkan inovasi, seterusnya meningkatkan kualiti hasil pembelajaran.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penganjuran tersebut bukan sekadar untuk penerbitan buku teks terbuka, malah ia adalah komitmen UMS terhadap ekuiti dan keterangkuman dalam bidang pendidikan. 

Katanya, ia juga selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan, UNESCO yang keempat (SDG4) iaitu memastikan pendidikan berkualiti secara inklusif dan saksama, dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat. 

“Bengkel ini memberi ruang kepada para peserta untuk melibatkan diri dalam perbincangan, pencerahan dan kerjasama dengan pakar disiplin masing-masing serta memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghasilkan buku teks terbuka yang berkualiti tinggi. 

“Usaha ini adalah bukti dedikasi kita untuk menjadikan pendidikan sebagai hak sejagat dan bukan satu keistimewaan,” katanya. 

Tambah beliau, penganjuran bengkel tersebut berpotensi untuk menyumbang kepada perubahan sistem pendidikan di Malaysia.

“Dengan membangunkan buku teks terbuka ini, kita dapat memperkasa para pelajar dan pendidik dengan menyediakan bahan pembelajaran secara percuma, mudah diakses dan bersesuaian. 

“Penganjuran progam ini juga adalah selari dengan aspirasi UMS ke arah pengiktirafan di persada antarabangsa. Hasil bengkel ini akan membolehkan penerbitan bahan pembelajaran inklusif dapat diterbitkan secara digital dalam pelantar Pressbook UMS kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian bengkel iOTB yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Bilik SmartSpace JTMK UMS, baru-baru ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai Maklumat UMS, Profesor Dr. Ag Asri Ag Ibrahim.

Bengkel iOTB tersebut telah disertai oleh 33 peserta yang terdiri daripada kakitangan UMS, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, ia turut dihadiri oleh peserta dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan The Southest Asia Minister of Education Organization Regional Centre for Special Education Needs (SEAMEO SEN). 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/18/ums-anjur-bengkel-iotb-perkasa-dan-tingkatkan-kualiti-hasil-pembelajaran/feed/ 0 45345