ums stem ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Jul 2024 05:50:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums stem ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS tampil perkasa pelajar B40 dengan inovasi STEM https://sabahmedia.com/2024/07/16/ums-tampil-perkasa-pelajar-b40-dengan-inovasi-stem/ https://sabahmedia.com/2024/07/16/ums-tampil-perkasa-pelajar-b40-dengan-inovasi-stem/#respond Tue, 16 Jul 2024 05:50:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57606
Read Time:1 Minute, 9 Second

Tuaran: Universiti Malaysia Sabah terus berusaha memperkasa bidang inovasi dalam kalangan masyarakat dengan menganjurkan Hari Bioteknologi sempena Karnival SENADI 2024 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Bioteknologi UMS dan Persatuan Himpunan Ilmuan UMS (HiUMS) tersebut bertujuan menarik minat pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah ke arah bidang STEM.

Penyelaras program, Profesor Madya Dr. Mohd Khalizan Sabullah berkata, Karnival SENADI 2024 merupakan salah satu program SULAM (Servis Learning Malaysia and University for Society) untuk mempererat hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

“Program ini sebagai salah satu usaha UMS memperkasa peranan universiti dalam pembangunan masyarakat dengan memperkenalkan para peserta kepada aplikasi praktikal sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. 

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar UMS untuk mempraktikkan teori dalam konteks sebenar kepada masyarakat di samping mengembangkan keterampilan diri dalam memperkukuh kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan komunikasi,” katanya.

Katanya, melalui program itu juga para pelajar UMS dapat meningkatkan kesedaran sosial serta peka kepada isu-isu keperluan komuniti setempat. 

“Program ini melibatkan 69 pelajar UMS yang menjalani kursus Rekabentuk Projek dalam Bioteknologi dan disertai oleh para pelajar dalam golongan keluarga B40 SMK Badin.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran kelestarian alam, teknologi hijau dan keselamatan makanan, latihan berkumpulan serta senamrobik,” katanya.

Majlis perasmian karnival tersebut disempurnakan oleh Pengetua SMK Badin, Awang Seman Awang Tahir.   – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/16/ums-tampil-perkasa-pelajar-b40-dengan-inovasi-stem/feed/ 0 57606
Karnival STEM usaha UMS menginspirasi bakat muda minat bidang STEM https://sabahmedia.com/2023/12/22/karnival-stem-usaha-ums-menginspirasi-bakat-muda-minat-bidang-stem/ https://sabahmedia.com/2023/12/22/karnival-stem-usaha-ums-menginspirasi-bakat-muda-minat-bidang-stem/#respond Thu, 21 Dec 2023 16:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46963
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu: Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini merupakan usaha berterusan UMS untuk menginspirasi bakat-bakat muda mengembangkan minat mereka dalam bidang STEM.

Menurut kenyataan dari FPP, penganjuran karnival tersebut selari dengan hasrat UMS melalui slogan “Leading Towards Innovative Societies” yang diperkenalkan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor yang antara lain mahu memartabatkan bidang sains dan teknologi melalui pelbagai inisiatif.

“Karnival ini memberi ruang kepada pelajar untuk mengutarakan idea inovatif dan dalam penyelesaian  masalah yang berkesan melalui beberapa aktiviti dan pertandingan.

“Selain itu, para peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah, sekolah menengah mahupun orang awam juga mendapat pendedahan berkaitan bidang STEM menerusi siri ceramah dan perkongsian oleh penceramah jemputan,” demikian kenyataan dari FPP.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan, dalam siri ceramah bersama Pengerusi National STEM Movement, Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris misalnya banyak mengupas berkaitan penekanan keperluan guru untuk menjadi kreatif dalam mencipta peluang agar anak murid boleh melakukan eksplorasi seperti seorang saintis, selain menekankan bahawa pendedahan terhadap bidang STEM perlu bermula seawal usia bayi dan prasekolah sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka menjelajah dengan deria mereka.

“Selain itu, perkongsian daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru Kent, Dr. Chiam Sun May berkaitan amalan terbaik pendidikan STEM di IPG juga sedikit sebanyak memberi gambaran kepada para pendidik dan bakal pendidik berkaitan kaedah untuk menyesuaikan sistem pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran STEM.

“Turut diadakan dalam program ini pertandingan TikTok Innovation Challenge 2023 yang menjadi platform terbaik kepada peserta muda untuk mengetengahkan pemahaman terhadap bidang STEM menerusi daya kreativiti,” jelas kenyataan tersebut.

Penganjuran karnival tersebut turut selari dengan fokus pihak kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi dalam membentuk masyarakat yang mampan, inklusif dan saintifik ke arah negara berteknologi tinggi.

Pihak FPP selaku penganjur turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik yang terdiri daripada Jesselton University College (JUC), LTT STEM Career, Matroll Solutions dan Institute For Development Studies (IDS) di atas pelbagai sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan karnival tersebut, serta berharap kejayaan penganjurannya dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat lebih tinggi, mendengar perkembangan STEM dalam negara dan memupuk minat terhadap STEM melalui aktiviti yang dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/22/karnival-stem-usaha-ums-menginspirasi-bakat-muda-minat-bidang-stem/feed/ 0 46963