Ums stem – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 22 Jan 2026 02:04:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ums stem – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS perkasa pendedahan awal STEM murid sekolah Di Membakut https://sabahmedia.com/2026/01/22/ums-perkasa-pendedahan-awal-stem-murid-sekolah-di-membakut/ https://sabahmedia.com/2026/01/22/ums-perkasa-pendedahan-awal-stem-murid-sekolah-di-membakut/#respond Thu, 22 Jan 2026 02:04:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90140
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam memperkukuh pendedahan awal terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus diperkasakan menerusi penganjuran Program STEM@SK Kg Brunei, Membakut baru-baru ini. 

Program yang melibatkan seramai 71 murid Tahun Empat hingga Enam di SK Kg Brunei itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Professor@SchoolUMS sempena Program STI 100³ Tahun 2026 anjuran U-Science, UMS.

Program yang mendapat kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UMS itu antara lain bertujuan mendekatkan golongan akademik universiti dengan komuniti sekolah khususnya di kawasan luar bandar.

Menerusi program tersebut, Pensyarah Program Kimia Industri FST UMS, Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohd Sani Sarjadi telah menyampaikan ceramah siri pertama yang membawakan tajuk “Wow! Ini Semua Kimia Rupanya!”.

Menggunakan pendekatan interaktif, bahan visual menarik serta bahasa mudah difahami murid sekolah rendah, beliau menjelaskan kimia sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan seharian walaupun sering dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan abstrak.

“Malah kimia sebenarnya bermula daripada aktiviti harian seperti memberus gigi, mandi, makan sehinggalah penggunaan teknologi moden.

“Kimia bukan hanya di makmal, sebaliknya wujud dalam hampir setiap aspek kehidupan seharian,” katanya semasa sesi ceramah tersebut.

Sepanjang sesi itu, murid didedahkan kepada pelbagai contoh aplikasi kimia termasuk dalam bahan kebersihan diri, makanan harian, proses dalam tubuh badan, fenomena alam sekitar serta teknologi moden bagi membantu mereka memahami bahawa kimia sentiasa wujud di sekeliling.

Beliau turut menekankan bahawa pemahaman asas kimia mampu memupuk pemikiran saintifik, kemahiran berfikir kritis serta rasa ingin tahu dalam kalangan murid melalui proses bertanya dan membuat pemerhatian.

Mohd Sani turut menyentuh isu penggunaan plastik sekali guna dan kewujudan mikroplastik yang berpotensi memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar, selain menekankan kepentingan amalan pengurangan penggunaan plastik dan kitar semula sejak usia muda.

Beliau juga menarik perhatian murid terhadap penggunaan bahan pewarna dalam makanan ringan, sambil menegaskan kepentingan membuat pilihan makanan secara sederhana dan berhemah berdasarkan pemahaman sains asas.

Program itu turut dihadiri Pengarah U-Science UMS Md Sazali Md Salleh serta mendapat sokongan pihak pentadbiran sekolah dan barisan guru dalam memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Secara keseluruhan, Program STEM@SK Kg Brunei Membakut berjaya menyemai minat murid terhadap bidang STEM melalui pendekatan pembelajaran yang santai, menyeronokkan dan interaktif, selari dengan aspirasi melahirkan generasi celik sains serta berdaya saing pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/22/ums-perkasa-pendedahan-awal-stem-murid-sekolah-di-membakut/feed/ 0 90140
Seminar STEM platform pertukaran akademik https://sabahmedia.com/2024/10/16/seminar-stem-platform-pertukaran-akademik/ https://sabahmedia.com/2024/10/16/seminar-stem-platform-pertukaran-akademik/#respond Wed, 16 Oct 2024 05:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62285
Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu :  Seminar Sains, Teknologi , Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) Kali ke-4 anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu menjadi wadah perkongsian akademik dalam usaha mengembangkan bidang STEM.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, usaha itu penting kerana bidang STEM dilihat merupakan teras utama dalam menyelesaikan sesebuah masalah pada masa hadapan.

“Seminar STEM ini tidak hanya sebagai platform untuk pertukaran akademik, tetapi juga adalah ruang dalam meletakkan asas untuk inovasi masa depan yang boleh mengubah industri, masyarakat dan ekonomi.

“Justeru, ini merupakan peluang kita untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar, untuk menyumbang kepada perbincangan yang akan membentuk masa depan sains dan teknologi, dan mencabar diri untuk berfikir secara kritis mengenai pelbagai isu semasa dunia hari ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian seminar tersebut di PPST UMS. 

Kasim menambah, UMS sentiasa komited dalam mengembangkan ilmu yang bukan sahaja inovatif tetapi memberi impak

“Universiti ini telah berkembang  menjadi sebuah institusi terkemuka bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini, dengan program penyelidikan dan akademik bagi menangani cabaran global dalam bidang seperti biodiversiti, sains marin dan tenaga boleh diperbaharui.

“Pertukaran idea, penyelidikan yang dibentangkan dan kerjasama yang dibentuk akan menyumbang kepada ekosistem pengetahuan memacu inovasi yang memacu inovasi, meningkatkan kehidupan dan mencipta perubahan jangka panjang.

“Melalui inisiatif ini, kita dapat memperkasakan pelajar dan penyelidik untuk bergerak melangkaui sempadan”, katanya lagi.

Terdahulu, Pengarah PPST, ChM. Dr. Newati Wid dalam ucapannya berkata penganjuran seminar STEM yang bertemakan “Memperkasakan Idea Untuk Hari Esok Yang Lebih Baik” tepat pada masanya dan penting dalam membincangkan cabaran dan peluang yang semakin berkembang yang ditawarkan dalam bidang STEM. 

“Format penganjuran seminar ini secara maya juga membolehkan pelbagai pihak untuk berhubung merentasi sempadan serta menyediakan ruang yang inklusif untuk pertukaran pengetahuan. 

“Harapan saya agar seminar ini akan menjadi pemangkin kepada perbincangan menyeluruh, penyelidikan inovatif, dan perkongsian merentasi sempadan,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly;  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof; dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin. 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/16/seminar-stem-platform-pertukaran-akademik/feed/ 0 62285