ums sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Jul 2026 03:14:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program SULAM PEAK 2026 tingkat kesedaran nutrisi dalam kalangan atlet muda https://sabahmedia.com/2026/07/01/program-sulam-peak-2026-tingkat-kesedaran-nutrisi-dalam-kalangan-atlet-muda/ https://sabahmedia.com/2026/07/01/program-sulam-peak-2026-tingkat-kesedaran-nutrisi-dalam-kalangan-atlet-muda/#respond Wed, 01 Jul 2026 03:14:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99172
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh pembangunan atlet muda di Sandakan menerusi penganjuran Program SULAM PEAK 2026: Fueling the Champions yang memberi penekanan terhadap kepentingan nutrisi sukan dalam meningkatkan prestasi dan kesihatan atlet.

Program yang berlangsung di Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan itu melibatkan seramai 61 pelajar Tahun Tiga Program Sains Sukan bersama atlet muda daripada Musketeers Football Academy.

Pengarah program, Prisyla Vivianne Porin berkata program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran atlet muda mengenai amalan pemakanan seimbang sebagai asas penting dalam menyokong prestasi sukan.

“Pemakanan yang betul membantu atlet meningkatkan tahap tenaga, mempercepatkan proses pemulihan dan mengoptimumkan prestasi semasa latihan serta pertandingan.

“Kami juga mahu atlet memahami kepentingan memilih makanan yang sesuai sebelum, semasa dan selepas latihan supaya amalan pemakanan sihat dapat diterapkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Program itu merupakan sebahagian daripada kursus PZ30503 Nutrisi Sukan Gunaan yang dikendalikan pensyarah kursus, Dr. Zuliana Bacho, menerusi pendekatan Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM).

Menerusi pendekatan berkenaan para pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang nutrisi sukan secara langsung melalui penglibatan bersama komuniti atlet bola sepak akar umbi.

Antara pengisian program ialah pengukuran komposisi badan, temu bual dietari menerusi aktiviti My Fuel Check, bengkel nutrisi sukan, enam stesen pembelajaran interaktif dikenali sebagai The Performance Stations, selain sesi maklum balas bersama atlet dan jurulatih.

Sementara itu, Zuliana berkata pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti membolehkan pelajar menghubungkan teori dengan amalan sebenar di lapangan.

“Program ini bukan sahaja mengukuhkan pengetahuan pelajar dalam nutrisi sukan, malah membina kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah yang amat diperlukan dalam alam pekerjaan.

“Pada masa sama, pelajar dapat memahami keperluan sebenar komuniti melalui interaksi secara langsung bersama atlet, jurulatih dan ibu bapa,” ujarnya.  

Menerusi program tersebut, data berkaitan komposisi badan serta tahap pengetahuan nutrisi sukan turut dikumpulkan bagi membantu memperkukuh pembangunan modul dan program pendidikan nutrisi sukan pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/01/program-sulam-peak-2026-tingkat-kesedaran-nutrisi-dalam-kalangan-atlet-muda/feed/ 0 99172
Tiga atlet UMS terima insentif, beraksi ke WUG https://sabahmedia.com/2025/07/08/tiga-atlet-ums-terima-insentif-beraksi-ke-wug/ https://sabahmedia.com/2025/07/08/tiga-atlet-ums-terima-insentif-beraksi-ke-wug/#respond Tue, 08 Jul 2025 00:31:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76908
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Tiga atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima insentif khas sebagai penghargaan dan dorongan sebelum menyertai kejohanan berprestij Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman.

Kejohanan berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai ini akan diwakili Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial); Farrel Glenn Felix Jurus (Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan) dan ⁠Hizilawanty Jamain (Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan).

Majlis penyerahan insentif disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor di Bangunan Canselori di sini pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah Pusat Sukan
Ahmadi Nurdin dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS, Prof. Dr. Ismail Ali.

{“remix_data”:[],”remix_entry_point”:”challenges”,”source_tags”:[],”origin”:”unknown”,”total_draw_time”:0,”total_draw_actions”:0,”layers_used”:0,”brushes_used”:0,”photos_added”:0,”total_editor_actions”:{},”tools_used”:{},”is_sticker”:false,”edited_since_last_sticker_save”:false,”containsFTESticker”:false}

Dr. Kasim berkata, pemberian insentif itu adalah sebagai tanda sokongan universiti kepada atlet yang berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa, selain menjadi pembakar semangat buat atlet lain di kampus.

“Kejohanan ini dianjurkan secara dwi tahunan dan menghimpunkan atlet universiti dari seluruh dunia.

“Kita berharap mereka bukan sahaja membawa pulang pengalaman berharga, tetapi juga mengharumkan nama negara dan universiti,” katanya.
Sukan Universiti Dunia merupakan antara platform tertinggi bagi atlet universiti menonjolkan potensi mereka di pentas global – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/08/tiga-atlet-ums-terima-insentif-beraksi-ke-wug/feed/ 0 76908
UMS,Beta Maju Sdn. Bhd. jalin kerjasama strategik dalam sains sukan https://sabahmedia.com/2024/12/06/umsbeta-maju-sdn-bhd-jalin-kerjasama-strategik-dalam-sains-sukan/ https://sabahmedia.com/2024/12/06/umsbeta-maju-sdn-bhd-jalin-kerjasama-strategik-dalam-sains-sukan/#respond Fri, 06 Dec 2024 01:16:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64931
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) telah memeterai satu kerjasama strategik dengan Beta Maju Sdn. Bhd sebagai usaha mengembangkan bidang sains sukan.

Kerjasama tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani Surat Niat (LOI) antara kedua-dua pihak di FPPS, UMS.

Dekan FPPS, Prof. Madya Dr. Soon Singh mewakili UMS menandatangani LoI tersebut, manakala Beta Maju diwakili oleh Pengarah Urusan, Fadzrul Dullie.

Menerusi LoI tersebut, kedua-dua pihak bakal memperkukuh kolaborasi dalam penyelidikan ergogenik pemakanan, pembangunan produk makanan prestasi, dan pemasaran sains sukan.

Dalam pada itu, Soon Singh berkata kerjasama tersebut merupakan langkah strategik yang menghubungkan kepakaran akademik UMS dengan industri menerusi rangkaian Eureka Drinks yang dipasarkan syarikat tersebut.

“LOI ini bukan sekadar kolaborasi dalam penyelidikan tetapi merangkumi pemasaran produk dan pelaksanaan projek berkaitan sains sukan.

“Selain itu, ia memberi fokus kepada hubungan antara universiti dan industri, menyediakan peluang latihan industri kepada pelajar sains sukan serta potensi kerjasama dalam bidang lain,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama tersebut dijangka membuka dimensi baharu dalam pembangunan sains sukan di Malaysia, selain memberikan impak positif kepada pelajar, universiti, dan industri. 

“Aspirasi bersama ini diyakini mampu memacu kemajuan dalam penyelidikan dan inovasi serta memperkukuhkan hubungan antara universiti dan sektor swasta,” katanya.

Sementara itu, Fadzrul turut menyatakan keyakinan beliau terhadap sinergi yang bakal dilaksanakan kedua-dua pihak kelak.

“Kami menyambut baik kerjasama ini, terutamanya selepas melihat fasiliti dan kepakaran FPPS.

“Sebelum ini, kami telah bekerjasama dalam beberapa projek sebagai penaja, dan ini memperkukuhkan keyakinan kami terhadap peluang situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/06/umsbeta-maju-sdn-bhd-jalin-kerjasama-strategik-dalam-sains-sukan/feed/ 0 64931