ums timor leste – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Feb 2024 06:08:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ums timor leste – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertemuan santai alumni Timor-Leste pupuk hubungan berkekalan bersama UMS https://sabahmedia.com/2024/02/13/pertemuan-santai-alumni-timor-leste-pupuk-hubungan-berkekalan-bersama-ums/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/pertemuan-santai-alumni-timor-leste-pupuk-hubungan-berkekalan-bersama-ums/#respond Tue, 13 Feb 2024 06:08:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49416
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Bagi memupuk hubungan berkekalan antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama para alumni luar negara, Pusat Alumni UMS telah mengadakan sesi perjumpaan santai bersama alumni negara Timor-Leste di Dili, baru-baru ini.

Perjumpaan tersebut berjaya menghimpunkan graduan dari pelbagai tahun pengajian sejak UMS menerima pelajar kumpulan pertama dari Timor-Leste pada 2015.

Menurut Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif Kamisan Pusiran, acara perjumpaan itu berperanan sebagai platform untuk mengemas kini data para alumni dalam sistem universiti.

“Perjumpaan ini juga peluang untuk para alumni menjalin hubungan bersama komuniti universiti menjelang sambutan ulang tahun penubuhan UMS ke-30 pada tahun ini.

“Pada perjumpan tersebut, seramai 30 orang alumni UMS di Timor-Leste hadir memeriahkan program ini yang berlangsung di Hotel Esplanada.

“Bagi kebanyakan alumni yang hadir, program ini merupakan pertemuan pertama mereka dengan alma mater selepas menamatkan pengajian masing-masing,” katanya.

UMS menerima seramai 15 pelajar kumpulan pertama dari Timor-Leste pada tahun 2015 yang mengikuti program Diploma Minyak dan Gas melalui Fakulti Kejuruteraan.

Acara perjumpaan itu turut dihadiri Duta Malaysia ke Timor-Leste, Amarjit Singh Sarjit Singh; Timbalan Dekan (Akademik dan Anatarabangsa) Pusat Pengajian Pascasiswazah, Profesor Madya Dr. Asmahani Awang, Timbalan Pengarah Pusat Luar UMS (Kewangan), Zallifah Shadan dan Ketua Pentadbiran Pusat Alumni UMS, Syed Mahyuddin Syed Satri. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/pertemuan-santai-alumni-timor-leste-pupuk-hubungan-berkekalan-bersama-ums/feed/ 0 49416