Umum – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Oct 2023 06:02:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Umum – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri umum lima inisiatif majukan KTYS https://sabahmedia.com/2023/10/10/kerajaan-negeri-umum-5-inisiatif-majukan-ktys/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/kerajaan-negeri-umum-5-inisiatif-majukan-ktys/#respond Tue, 10 Oct 2023 05:54:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43414
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan lima inisiatif penting untuk memastikan kejayaan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dalam persada pendidikan tinggi dan melahirkan belia yang terjamin masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata inisiatif pertama ialah Kerajaan Negeri melalui Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) akan memberikan bantuan bulanan sebanyak RM500,000 bersamaan RM 6 juta pada tahun 2024, seperti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

Katanya, inisiatif kedua ialah Kerajaan Negeri melalui ICSB bersetuju memberikan Geran Khas sebanyak RM10 juta untuk kos operasi dan utiliti KTYS bagi tahun 2024.

Menurutnya, inisiatif ketiga ialah Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) akan memberi peruntukan khas sebanyak RM3 juta setahun kepada KTYS untuk menjalankan kursus-kursus jangka pendek yang bersesuaian dengan keperluan kerajaan negeri.

“Sebagai permulaan kursus tersebut ialah scuba diving, bekam dan refleksologi, teknologi dron, bahasa Korea dan Mandarin yang akan dilaksanakan pada tahun 2024”, katanya pada Istiadat Konvokesyen KTYS Ke-26 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, inisiatif keempat ialah Kerajaan Negeri melalui ICSB bersetuju memberi bonus tahunan kepada kakitangan KTYS sebanyak RM600 seorang dan pemberian ini akan dibayar bersama gaji pada bulan Disember 2023.

Menurutnya, inisiatif lain ialah Kerajaan Negeri akan membina sebuah dewan
serbaguna di Kampus Induk KTYS, Sembulan dengan kos sebanyak RM450,000.

“Semoga dengan inisiatif-inisiatif ini, KTYS mampu melahirkan graduan yang memenuhi permintaan pasaran industri masa kini. Pendekatan digital dan teknologi perlu diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kefahaman, kemahiran serta pengaplikasian ilmu dalam kehidupan sebenar.

“Pemerkasaan sahsiah dan ilmu juga perlu diterapkan kepada generasi terkini agar seimbang keduanya. Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan belia”, tegasnya.

Hajiji berkata, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang kini menerima pelaburan asing berimpak tinggi memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang mempunyai kemahiran teknikal termasuk dari KTYS untuk bekerja dalam sektor pembuatan dan perindustrian.

Malah katanya, usaha Kerajaan Negeri untuk menambah dua lagi taman perindustrian di Sabah amat memerlukan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan terus melabur dalam infrastruktur pendidikan, menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak, serta memupuk perkongsian antara institusi pendidikan dan industri.

“Semua inisiatif kerajaan ini untuk memastikan rakyat Sabah berpeluang meneruskan persekolahan hingga ke tahap lebih tinggi, selain membantu mengurangkan beban ibu bapa dan keluarga pelajar daripada golongan B40. Kita tidak mahu ada yang terpinggir daripada menerima pendidikan di negeri ini”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan “Human Capital Development Blue Print for Sabah” (2021- 2035) bagi memastikan sukatan pelajaran, ilmu kemahiran dan kepakaran belia serta modal insan, sentiasa relevan, selain menjadi garis panduan bagi program pembangunan modal insan secara holistik di negeri ini.

Hajiji percaya dengan bantuan dan peruntukan yang diberikan akan memudahkan laluan dan perjalanan para graduan dalam mendapatkan pendidikan formal dan kemahiran serta akan melahirkan tenaga-tenaga mahir yang boleh menyumbang semula kepada negeri Sabah dan akan mengurangkan kebergantungan negeri kepada tenaga kerja luar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/kerajaan-negeri-umum-5-inisiatif-majukan-ktys/feed/ 0 43414
Pemuda Gagasan Rakyat umum penubuhan skuad GAHMUDA https://sabahmedia.com/2023/05/02/pemuda-gagasan-rakyat-umum-penubuhan-skuad-gahmuda/ https://sabahmedia.com/2023/05/02/pemuda-gagasan-rakyat-umum-penubuhan-skuad-gahmuda/#respond Tue, 02 May 2023 10:06:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33710
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Fairuz Renddan mengumumkan penubuhan skuad GAHMUDA merupakan sebuah pasukan sukarela yang menjadi platform kepada penggerak pemuda dan penyokongnya serta anak muda di negeri ini.

Fairuz berkata, skuad GAHMUDA ditubuhkan bagi menyumbang buah fikiran, tenaga dan masa mencakupi isu kebajikan rakyat, bencana alam, kemalangan, malapetaka dan seumpamanya.

“Setakat ini GAHMUDA menerima 300 permohonan keahlian dan sasaran kami adalah 20 ribu penyertaan dari anak muda Sabah,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat kali pertama di Ibu Pejabat parti di Alamesra, dekat sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Fairuz mengalu-alukan kebersamaan anak muda bagi
sama-sama menyemarakkan semangat kesukarelawanan melalui wadah GAHMUDA.

“Pemuda Gagasan Rakyat akan sentiasa
memperjuangkan isu-isu anak muda Sabah bagi memastikan golongan ini akan sentiasa terbela dan terjaga haknya,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan senarai jawatankuasanya yang menggabungkan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang selaras dengan falsafah perjuangan Gagasan Rakyat.

Dalam mesyuarat itu, Azrul Ibrahim diumumkan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat.

Fairuz menyatakan pelantikan Azrul sebagai Naib Ketua Pemuda adalah berdasarkan pengalaman serta kebolehan beliau menerajui beberapa organisasi termasuk pernah menjadi pemimpin mahasiswa dan Ahli Parlimen Belia Malaysia sebelum ini.

Turut diumumkan pelantikan Khazarudin Kahar sebagai Penolong Setiausaha, Mohammad Ghazali Hajiji Penolong Bendahari dan Barhul Sahibu Ketua Penerangan selain barisan Exco pemuda Gagasan Rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/02/pemuda-gagasan-rakyat-umum-penubuhan-skuad-gahmuda/feed/ 0 33710
Redonah umum barisan exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/#respond Wed, 19 Apr 2023 13:42:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33074
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda pada Isnin lalu mengumumkan barisan exco dan jawatan kuasa sayap parti itu bagi peringkat negeri.

Menurut beliau, jawatan bagi Pengerusi Tetap disandang oleh Sahramah Jamaludin, manakala Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Halijah Din.

Katanya, jawatan Naib Ketua pula disandang oleh Aziah Atoh manakala Penolong Setiausaha (Fahzean Mohiddin).

“Kita berharap barisan exco dan jawatankuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan beramanah dalam membantu parti melaksanakan pelbagai agenda dan program.

“Sebagai sayap parti, kita juga bertanggungjawab membantu kepimpinan kerajaan negeri khususnya dalam memastikan usaha membela nasib rakyat dapat dilaksanakan dengan mencapai sasaran dan matlamat,” katanya semasa perjumpaan khas exco Wanita Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi.

Sementara itu, bagi barisan kepimpinan lain, Penolong Bendahari dipegang Datuk Jamaliah Antalip dan Ketua Penerangan (Annabell@Suzieana Perian)

Bagi ahli jawatankuasa Exco Wanita Gagasan Rakyat negeri ialah Datuk Surinam Sadikun, Datuk Hajah Amelia Ajun, Salmi Sarinoh, Dayang Norhayati Titing, Hasrina Wati Golkhan, Dayang Hairena Awang Basir, Hasma Nurdin, Maria Wahaya dan Saridah Ab. Lakata.

Turut tersenarai, Salmah Sait, Luvita Koisun, Sabini Ansumor, Jahiah@Jalilah Apiang, Erveana Ansari, Kathie Renjus, Aneh Jamri, Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Saturah Jamrah@Masturah, Lailawati Ahmad Bahrom dan Dayang Masni Datu Saribu dan Shazlinah Lai Wun Fong.

Bagi Biro-biro Wanita Gagasan Rakyat, Redonah memegang Biro Politik, Aziah (Biro Keahlian), Fahzean (Biro Latihan), Dr. Davina (Biro Kesihatan) dan Kathie (Biro Kebajikan).

Sementara Jahiah@Jalilah (Biro Pendidikan), Shahlinah (Biro Keusahawan), Lailawati (Biro IT dan Media), Dayang Norhayati (Biro Sukan dan Kebudayaan) dan Dayang Masni (Biro Agama).

Mastura (Biro Wanita dan Masyarakat), Erveana (Biro Undang-undang), Luvita Koisun (Biro Perumahan dan Bandar).

Turut diumumkan ialah Ketua-ketua Penyelaras iaitu Hasrina Golkhan (Kudat, Kota Marudu), Jamaliah Antalip (Kota Belud, Tuaran), Salmi Sarinoh (Sepanggar, Putatan), Salmah Sait (Penampang, Kota Kinabalu) dan Dayang Hairena Awang Basir (Papar, Kimanis).

Sementara Datuk Surinam Sadikun (Beauford, Sipitang), Datuk Amelia Ajun (Keningau, Ranau), Sabini Ansumor (Pensiangan, Tenom), Hasma Nurdin (Batu Sapi, Sandakan, Libaran), Dayang Norhayati Titingan (Kinabatangan, Beluran), Saridah Ab Lakata (Lahad Datu, Semporna), Maria Wahaya (Kalabakan, Tawau).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/feed/ 0 33074
KPM umum peruntukan RM100,000 kepada dua sekolah di KK https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/#respond Tue, 07 Feb 2023 07:46:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29177
Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah SK (C) Anglo Chinese dan SJKC Chung Hwa Likas, masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan baik pulih dan penyelenggaraan sekolah-sekolah tersebut.

Lim (dua dari kiri) bersama Abidin dan Guru Besar SK (C) Anglo Chinese Mok Sun Fu (kanan) semasa melawat keadaan sekolah tersebut.

“Setelah membuat tinjauan bersama pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan sedikit peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan kepada Sekolah SK (C) Anglo Chinese sebanyak RM 100,000.

“Dengan syarat pelaksanaan perlu mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh KPM,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekolah terbabit pada Selasa.

Sementara itu, Lim turut mengumumkan RM100,000 peruntukan sama kepada SJKC Chung Hwa Likas selepas beliau mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada hari sama.

Menurut Lim, kementeriannya akan melawat semua sekolah di seluruh negeri termasuklah menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak

“Tujuan saya mengadakan lawatan hari ini, seperti selaras dengan Menteri Pendidikan kita akan melawat ke semua sekolah seluruh negeri, terutamanya kita akan menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak.

“Jadi sekolah-sekolah yang mana perlukan apa-apa kita titikberatkan terutamanya sekolah-sekolah yang daif dan juga akan menyelesaikan masalah kekurangan murid serta masalah pengurusan sekolah,” jelasnya.

Terdahulu, semasa mendengar taklimat dari Guru Besar SK (C) Anglo Chinese, Mok Sun Fu, beliau sangat kagum dengan pencapaian murid-murid di sekolah tersebut.

“Setelah saya melawat sekolah ini, saya amat kagum dengan pencapaian murid-murid dan dedikasi bersama dengan guru-guru mereka yang telah mencapai pencapaian sangat memberangsangkan, tapi memandangkan ada sedikit masalah di bangunan sekolah, ada anai-anai, ada bumbung yang bocor dan juga kekurangan tandas. Jadi saya mengumumkan satu peruntukan RM100,000 kepada sekolah untuk tengok bagaimana mereka boleh menaiktarafkan bangunan sekolah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Lim juga turut merancang dalam tahun ini, beliau akan pergi ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

“Saya akan serahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk membuat rancangan dengan pejabat saya, memang ini satu rancangan saya nak capai dalam tahun ini untuk pergi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/feed/ 0 29177
Hajiji Umum Bonus RM500 Untuk Penjawat Awam https://sabahmedia.com/2022/04/06/hajiji-umum-bonus-rm500-untuk-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/hajiji-umum-bonus-rm500-untuk-penjawat-awam/#respond Wed, 06 Apr 2022 05:38:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13975
Read Time:21 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembayaran bonus RM500 kepada penjawat awam dalam kategori Gred N54 dan ke bawah sempena sambutan Hari Raya dan Pesta Menuai tahun ini.

“Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan,” katanya semasa majlis penyampaian sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, di Dewan Masyarakat Tawau, pagi ini. (6 April)

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/hajiji-umum-bonus-rm500-untuk-penjawat-awam/feed/ 0 13975
Peter Umum Parti Baharu Kesejahteraan Demokratik Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/02/21/peter-umum-parti-baharu-kesejahteraan-demokratik-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/02/21/peter-umum-parti-baharu-kesejahteraan-demokratik-masyarakat/#respond Mon, 21 Feb 2022 11:46:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12414
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan parti baharunya yang dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Peter berkata, parti KDM ini akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac depan dan ianya telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 18 Februari 2022 lalu di Kuala Lumpur.

Peter semasa sidang media di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi.

“Sudah terjawablah parti ini (KDM) telah diluluskan oleh ROS dan akan bergabung di bawah parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), apa yang penting adalah kerjasama di peringkat Sabah.

“Sekiranya parti-parti politik di Sabah ini bersatu dalam bersama-sama memajukan Sabah, saya ingat ini adalah jalan menyelesaikan pembangunan yang dapat kita kecapi.

“Selaku parti yang kerdil ini kita akan ajukan permohonan untuk bersama-sama dengan GRS untuk bekerjasama termasuk gabungan parti-parti lain dalam GRS ini,” kata Peter semasa sidang Media di ruang ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi. (21 Feb).

Barisan tertinggi Parti KDM ialah Presiden Datuk Peter Anthony, Timbalan Presiden Datuk Juil Nuatim dan Setiausaha Agung Dr. Gaim @ James Lunkapis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/21/peter-umum-parti-baharu-kesejahteraan-demokratik-masyarakat/feed/ 0 12414
Hajiji Umum Penubuhan Syarikat Minyak & Gas Milik Penuh Negeri Sabah – SMJ Petroleum Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/#respond Tue, 07 Dec 2021 09:59:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9493
Read Time:3 Minute, 50 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencatatkan kejayaan bersejarah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri itu – SMJ Petroleum Sdn Bhd.

Penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd adalah keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada Selasa.

“CCA ini adalah dokumen yang paling penting antara Sabah dan PETRONAS sejak 16 Jun 1976, apabila perjanjian pembayaran tunai (royalti) dipersetujui, yang ditandatangani antara Sabah dan PETRONAS. Majlis menandatangani CCA hari ini sememangnya menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas Sabah,” kata Hajiji.

“Sejajar dengan terma dan syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan syarikat milik penuhnya untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.

“Sehubungan itu, saya berasa gembira mengumumkan penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd yang akan menerajui penyertaan komersial negeri dalam industri minyak dan gas serta menyelaras semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang sedia ada bagi memastikan terma dan syarat CCA berjaya dilaksanakan untuk kepentingan Sabah dan rakyatnya,” katanya.

“Adalah menjadi aspirasi rakyat kita bahawa Sabah akan mendapat lebih banyak daripada industri minyak dan gasnya,” katanya.

Ketua Menteri berkata satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan oleh Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 untuk membincangkan penglibatan secara komersial Sabah dalam industri minyak dan gas antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PETRONAS.

Sebelum penubuhan Jawatankuasa Bersama, beliau berkata kerajaan negeri dan PETRONAS telah pun mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan perbincangan bermula 8 Oktober 2021, dan dua bulan kemudian selepas beberapa mesyuarat diadakan, CCA dimuktamadkan.

“Ini menunjukkan PETRONAS dan kerajaan negeri boleh bekerjasama dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

“Komitmen kedua-dua kerajaan negeri dan PETRONAS telah memudahkan Kerajaan Persekutuan kerana hanya satu Mesyuarat Jawatankuasa Bersama untuk kedua-dua pihak mencapai titik persamaan yang ditetapkan dalam CCA,” katanya.

Jawatankuasa Bersama telah diadakan pada 1 Disember 2021, yang mana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengesahkan dan memudahkan penguatkuasaan CCA.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri mengulangi kenyataannya ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah pada Jumaat lalu, bahawa CCA akan membolehkan Sabah mendapat penyertaan perkongsian hasil yang lebih besar dalam perkara berkaitan minyak dan gas melalui rangka kerja perundingan komersial dengan PETRONAS pada masa yang sama memastikan Sabah mengekalkan hak perundangannya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa CCA akan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas di Sabah termasuk luar pesisir dan darat.

“Bersama PETRONAS, Sabah akan membangunkan industri minyak dan gas dengan memastikan situasi menang-menang untuk negeri ini serta mewujudkan imej baharu bagi industri itu,” katanya.

“Kerajaan Negeri Sabah menerusi syarikatnya (SMJ Petroleum Sdn Bhd) akan mendapat bimbingan daripada PETRONAS supaya Sabah boleh menjadi antara pemain industri yang kukuh,” katanya.

Ketua Menteri juga mengumumkan penubuhan beberapa jawatankuasa di bawah kerjasama berkenaan iaitu Dialog Strategik Tahunan (ASD), Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil dalam bidang `Upstream, Domestic Gas Supply, Equity Investments in LNG & Downstream businesses, Oil & Gas Services & Equipment Industry dan Human Captial Development & Other State matters’ akan ditubuhkan yang mana ahlinya adalah daripada kerajaan negeri dan PETRONAS.

Melalui jawatankuasa itu, Sabah akan memastikan penyertaan dan kawalan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui pelan pembangunan dan penyertaan dalam aktiviti minyak dan gas di negeri ini termasuk dalam Pelan Induk Gas Sabah, projek LNG serta penglibatan dalam Product Sharing Contract (PSC).

“Sebagai Ketua Menteri, saya akan bersama-sama mengetuai ASD dengan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato ’ Seri Mohd Bakke Salleh. ASD ialah platform perbincangan tertinggi bagi memastikan Sabah mendapat manfaat sepenuhnya daripada CCA pada masa hadapan,” katanya.

Hajiji berkata PETRONAS juga bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah yang akan memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya.

Selain itu, CCA akan membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor dan PETRONAS akan berusaha untuk memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender, katanya.

Apa yang penting, beliau berkata PETRONAS juga komited untuk membayar tunai royalti minyak dan Cukai Jualan Negeri sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian hasil yang lebih besar.

“Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa CCA akan memelihara hak perundangan negeri dengan menyediakan perlindungan menyeluruh demi kepentingan negeri,” katanya.

Dalam konteks ini, Hajiji berkata kerajaan negeri merakamkan terima kasih atas komitmen Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS yang sentiasa mendengar tuntutan Sabah dari segi hak minyak dan gasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa teknikal CCA yang diketuai oleh Datuk Seri Masidi Manjun untuk kerajaan negeri bersama Ir. Mohamed Firouz Asnan dari PETRONAS serta Datuk Sri Lim Haw Kuang, anak kelahiran Sabah yang merupakan bekas pengerusi Shell Malaysia atas usaha mereka untuk memastikan CCA menjadi kenyataan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/feed/ 0 9493