undang-undang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Mar 2024 10:40:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png undang-undang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah – Azalina https://sabahmedia.com/2024/03/09/malaysia-tidak-layan-tuntutan-remeh-united-tausug-citizens-ke-atas-sabah-azalina/ https://sabahmedia.com/2024/03/09/malaysia-tidak-layan-tuntutan-remeh-united-tausug-citizens-ke-atas-sabah-azalina/#respond Sat, 09 Mar 2024 10:40:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50822
Read Time:1 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) yang mendakwa sebagai “penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu” ke atas Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata UTC meminta kerajaan Malaysia untuk membuat pembayaran segera sebanyak AS$15 bilion yang didakwa mereka sebagai “Cession Money” (Wang Penyerahan Wilayah) dan mengiktiraf UTC sebagai “Kerajaan yang berdaulat dan merdeka”, selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.

“Ini merupakan percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina turut menekankan bahawa Malaysia berjaya mengetepikan cubaan serupa di seluruh Eropah oleh pewaris yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II berdasarkan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh penimbang tara Dr Gonzalo Stampa.

“Kesultanan Sulu sudah tidak wujud selama beberapa dekad dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat atau organisasi antarabangsa,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa penjara enam tahun terhadap Stampa oleh Mahkamah Jenayah Madrid baru-baru ini, serta larangan daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun, adalah bukti penyalahgunaan jenayah terhadap proses timbang tara dan ketidakadilan yang dialami oleh Malaysia, hasil daripada kes tuntutan Sulu.

Beliau mengulangi kedudukan kukuh Sabah di dalam Malaysia, selain menegaskan bahawa kerajaan Malaysia menekankan bahawa penyertaan Sabah untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia adalah fakta undang-undang yang sudah ditetapkan sejak penyahjajahan pada 1963.

Sejak itu, Sabah menjadi sebahagian penting dari Malaysia.

Susulan perkembangan ini, Azalina menekankan bahawa sistem timbang tara perdagangan antarabangsa adalah mekanisme penting dalam penyelesaian pertikaian global dan ia harus dilindungi daripada percubaan tidak sah untuk menuntut negara berdaulat di bawah tuntutan timbang tara.

“Kerajaan Malaysia sedang aktif mencari semua penyelesaian undang-undang terhadap sebarang tuntutan remeh dan tidak berasas untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara sepanjang masa,” katanya.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/09/malaysia-tidak-layan-tuntutan-remeh-united-tausug-citizens-ke-atas-sabah-azalina/feed/ 0 50822
ADUN Kunak akan ambil tindakan undang-undang penyebar video fitnah https://sabahmedia.com/2024/02/15/adun-kunak-akan-ambil-tindakan-undang-undang-penyebar-video-fitnah/ https://sabahmedia.com/2024/02/15/adun-kunak-akan-ambil-tindakan-undang-undang-penyebar-video-fitnah/#respond Thu, 15 Feb 2024 03:37:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49543
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUNAK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Norazlinah Arif mempertimbangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasilkan serta menyebarkan video berunsur fitnah tular di laman sosial media malam tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Kunak, Bahri Lakile berkata ini bertujuan bagi melindungi reputasi dan kredibilitinya Norazlinah Arif selaku Wakil Rakyat.

Katanya, semalam sedang beredar satu klip video yang mendakwa seolah-olah Datuk Norazlinah Arif terlibat dengan satu salahlaku memalsukan dokumen sekali gus sedang dijejaki oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dalam klip video tersebut memaparkan kononnya Norazlinah Arif terlibat memalsukan dokumen berbentuk lesen PUKONSA bagi melaksanakan kerja-kerja kontrak melalui peruntukan ADUN.

“Saya melihat bahawa tuduhan tersebut sangat jelas tidak berasas serta berniat jahat berdasarkan beberapa perkara seperti semua peruntukan kerajaan negeri Sabah adalah diuruskan melalui Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bahri berkata, dalam Jawatankuasa Pejabat Daerah tiada penglibatan ADUN Kunak bagi kendalikan Sebut Harga, Penilai dam Pemutus untuk melantik kontraktor.

“Hasil semakan awal mendapati salinan lesen yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah disahkan benar oleh Pejabat Daerah Kunak.

“Wakil Rakyat Kunak, tidak mempunyai sebarang kepentingan atau kaitan dengan pemilikan lesen yang dimaksudkan.

“Saya yakin dan ingin menegaskan kandungan serta penyebaran video tersebut adalah tidak berasas sekali gus berniat jahat bertujuan menjatuhkan reputasi dan kredibilitinya sebagai wakil rakyat Kunak,” jelas Bahri.

Jelas beliau lagi, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran syarat serta kesalahan dalam urusan tersebut ia sepatutnya dirujuk kepada Pejabat Daerah Kunak yang menerima serta mengesahkan salinan lesen yang dimaksudkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/15/adun-kunak-akan-ambil-tindakan-undang-undang-penyebar-video-fitnah/feed/ 0 49543