undang-undang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Oct 2025 14:06:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png undang-undang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suhaimi jahil undang-undang, tabur fitnah menjelang PRN – Nizam https://sabahmedia.com/2025/10/15/suhaimi-jahil-undang-undang-tabur-fitnah-menjelang-prn-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/suhaimi-jahil-undang-undang-tabur-fitnah-menjelang-prn-nizam/#respond Wed, 15 Oct 2025 14:06:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83374
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menolak sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, yang mendakwa kononnya Datuk Seri Hajiji Noor telah menyalahgunakan kuasa dalam isu Sabah Forest Industries (SFI).

Menurut Nizam, tuduhan tersebut bukan sahaja berniat jahat, malah memperlihatkan kejahilan undang-undang dan percubaan terdesak untuk menabur fitnah menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 ini.

“Untuk makluman umum, saman sivil bernilai RM1.4 bilion yang disebut oleh Suhaimi adalah prosiding sivil yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan bukan sabitan jenayah.

“Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, telah menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah “bukan sahaja remeh dan menyusahkan, malah tidak berasas” kerana melibatkan litigasi yang sedang berlangsung antara pihak-pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nizam turut menegaskan kerajaan negeri akan mengemukakan pembelaan menyeluruh dan yakin kebenaran akan terbukti apabila proses undang-undang selesai.

Katanya, hakikat yang cuba disembunyikan oleh Suhaimi dan sekutunya ialah bahawa kemelut sebenar SFI berpunca daripada pentadbiran Warisan pada tahun 2018. Kegagalan dan kerugian SFI berpunca daripada pentadbiran kerajaan sebelum ini dan bukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

“GRS menegaskan bahawa SFI ialah syarikat swasta yang mana kerajaan negeri hanya memegang dua peratus saham.

“Manakala semua urusan pembayaran gaji dan operasi syarikat tertakluk di bawah undang-undang buruh dan tanggungjawab majikan, bukannya kerajaan negeri,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, GRS melihat kenyataan Suhaimi sebagai percubaan murahan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih perhatian daripada kegagalan UMNO dalam menjaga kepentingan rakyat Sabah selama ini.

“Politik fitnah tidak akan membina Sabah. Datuk Seri Hajiji Noor dan pentadbiran GRS kekal berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti dan tanggungjawab rakyat.

“Kami percaya rakyat Sabah cukup matang untuk menilai siapa yang benar-benar bekerja untuk negeri ini dan siapa yang sekadar menabur dusta demi kepentingan politik peribadi,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/suhaimi-jahil-undang-undang-tabur-fitnah-menjelang-prn-nizam/feed/ 0 83374
YA Wan Ahmad Farid Diumum Sebagai Ketua Hakim Negara https://sabahmedia.com/2025/07/18/ya-wan-ahmad-farid-diumum-sebagai-ketua-hakim-negara/ https://sabahmedia.com/2025/07/18/ya-wan-ahmad-farid-diumum-sebagai-ketua-hakim-negara/#respond Thu, 17 Jul 2025 16:48:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77475
Read Time:48 Second

Putrajaya – Hakim Mahkamah Rayuan, YA Wan Ahmad Farid diumum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu menggantikan Tun Tengku Maimon yang tamat perlantikannya 2 julai lalu.

Turut diumumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah itu malam ini adalah YA Dato’ Abu Bakar bin Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan YA Dato’ Hajah Azizah binti Haji Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang yang bakal bersara.

Menurut kenyataan itu lagi, pelantikan tiga tokoh kehakiman kanan negara ini bagi mengisi jawatan utama dalam badan kehakiman, selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, telah memperkenankan perlantikan berkenaan katanya  melalui satu kenyataan disini, hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, majlis penyampaian watikah pelantikan serta istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/18/ya-wan-ahmad-farid-diumum-sebagai-ketua-hakim-negara/feed/ 0 77475
Arahan bayar pampasan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu tidak sah  https://sabahmedia.com/2022/03/10/arahan-bayar-pampasan-rm62-59-bilion-waris-sultan-sulu-tidak-sah/ https://sabahmedia.com/2022/03/10/arahan-bayar-pampasan-rm62-59-bilion-waris-sultan-sulu-tidak-sah/#respond Thu, 10 Mar 2022 13:17:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12871
Read Time:4 Minute, 11 Second

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, adalah tidak sah kerana ia tidak berlandaskan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

“Malaysia juga tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara itu kerana tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara.

“Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat, tambahan pula identiti penuntut diragui serta belum disahkan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Hassan (WARISAN-Papar) mengenai arahan pembayaran pampasan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan Mahkamah Arbitrasi Paris, dan sama ada Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Peguam Negara sudah menghantar wakil atau melantik peguam di Perancis bagi tujuan bantahan.

https://fb.watch/bFIWB6Aiep/

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol, mengarahkan Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo 

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menjelaskan, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar, sudah melantik peguam di Sepanyol serta Perancis untuk menangani segala tuntutan berkenaan.

Malah, beliau mengulangi penegasan bahawa kerajaan tidak berdiam diri, sebaliknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol, dan Paris itu. 

“Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan ‘Final Award’ yang tidak sah itu mengikut Konvensyen New York jika penuntut pada bila-bila masa dan di mana jua membuat tuntutan, bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara,” katanya.

Wan Junaidi menjelaskan, tuntutan dikemukakan itu adalah susulan tindakan Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan berikutan kes pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 12 Februari 2013.

Susulan itu, beliau berkata, firma guaman yang mewakili warga Filipina mengaku waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878.

“Mereka memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018, dan Mahkamah Madrid memutuskan untuk melantik penimbang tara dengan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

“Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan tidak berdiam diri walaupun tidak mengiktiraf tuntutan itu, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Sabah.

“Waris Sultan Sulu tidak hadir prosiding itu, dan Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu dibawa ke Mahkamah Madrid untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol,” katanya.

Susulan itu, Wan Junaidi berkata, arahan bayaran pampasan yang dikeluarkan penimbang tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan.

Dengan permohonan Malaysia, beliau memaklumkan pada 29 Jun 2021, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan semua tindakan serta keputusan yang dibuat olehnya terbatal.

“Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa ‘Partial Award on Jurisdiction’ yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.

“Namun, penuntut (waris Sultan Sulu) membawa keputusan berkenaan ke Perancis sebelum 13 Oktober 2021 bagi memintas keputusan Mahkamah Madrid itu. 

“Pada 29 September 2021, Mahkamah Perancis, tanpa mengetahui keputusan Mahkamah Madrid yang telah membatalkan pelantikan dan keputusan Dr Stampa, sudah mengeluarkan ‘Exequatur Order’ yang mengiktiraf ‘Partial Award on Jurisdiction’ bertarikh 25 Mei 2020 itu. 

“Berdasarkan Exequatur Order itu, Dr Stampa telah memindahkan tempat timbang tara dari Madrid ke Paris bagi meneruskan prosiding timbang tara berkenaan,” katanya.

Beliau menjelaskan pada 5 November 2021, penuntut memfailkan permohonan Rayuan Perlembagaan ke Mahkamah Perlembagaan di Sepanyol untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia memfailkan aduan jenayah terhadap Dr Stampa, kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Disember 2021 sebagai bantahan kepada tindakan penimbang tara terhadap ketidakpatuhan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, ketidakaturan proses, ketidakadilan serta penghinaan kepada kedaulatan undang-undang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan rayuan untuk membatalkan ‘Exequatur Order’ bertarikh 29 September 2021 dan permohonan menggantung pelaksanaan arahan itu.

“Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia bagi penggantungan ‘Exequatur Order’ yang dikeluarkan pada 29 September 2021.

“Namun, rayuan yang difailkan Malaysia belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Paris,” katanya.

Menjawab soalan itu, Wan Junaidi berkata, kerajaan tidak mengiktiraf keputusan timbang tara di Sepanyol dan Perancis berhubung tuntutan berkenaan.

“Kita tidak mengiktiraf keputusan itu dan tidak mengambil bahagian dalam timbang tara berkenaan, namun beberapa tindakan undang-undang sudah diambil,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/10/arahan-bayar-pampasan-rm62-59-bilion-waris-sultan-sulu-tidak-sah/feed/ 0 12871