Undi awal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Nov 2025 11:55:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Undi awal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 92.5 peratus pengundi awal PRU Sabah tunai tanggungjawab https://sabahmedia.com/2025/11/25/92-5-peratus-pengundi-awal-pru-sabah-tunai-tanggungjawab/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/92-5-peratus-pengundi-awal-pru-sabah-tunai-tanggungjawab/#respond Tue, 25 Nov 2025 11:48:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87030
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU Sabah) berjalan lancar hari ini, apabila 92.5 peratus atau 17,615 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, jumlah itu terdiri daripada anggota tentera, pasangan, anggota polis serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

“Seramai 8,347 orang anggota tentera serta pasangan dan 10,696 orang anggota polis serta Polis PGA dan pasangan layak untuk mengundi awal dalam PRU Sabah kali ini.

“Sejumlah 92.5 peratus atau 17,615 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Polis PGA dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Khairul berkata, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PPPR) dan pasukan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR.

Sebanyak 58 Pusat Mengundi Awal telah dibuka bermula jam 8 pagi di seluruh Sabah dan ditutup pada jam 5 petang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/92-5-peratus-pengundi-awal-pru-sabah-tunai-tanggungjawab/feed/ 0 87030
Proses undi awal lancar di Dewan MES Pegawai Kanan IPK Kepayan https://sabahmedia.com/2025/11/25/proses-undi-awal-lancar-di-dewan-mes-pegawai-kanan-ipk-kepayan/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/proses-undi-awal-lancar-di-dewan-mes-pegawai-kanan-ipk-kepayan/#respond Tue, 25 Nov 2025 04:32:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86965
Read Time:59 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Hujan renyai-renyai sejak awal pagi tidak menghalang kelancaran proses pengundian awal Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 di Dewan MES Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan.

Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba seawal jam 7 pagi untuk melakukan persiapan awal. Suasana luar dewan mula dipenuhi pegawai dan anggota polis yang beratur mengikut saluran masing-masing sebelum pusat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi.

Dengan berpakaian seragam, mereka menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, hadir meninjau perjalanan proses pengundian pada jam 9.30 pagi, sambil menyapa barisan pegawai dan kakitangan sebelum beliau sendiri masuk mengundi.

Menurut Jauteh, seramai 12,729 pegawai dan anggota polis mengundi di 58 pusat pengundian awal di seluruh Sabah hari ini, memandangkan mereka akan bertugas pada hari pengundian rasmi pada 29 November ini.

Sepanjang tinjauan Sabah Media, proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang insiden. Petugas SPR dilihat menjalankan tugas dengan teratur, memberikan arahan jelas kepada pegawai dan anggota yang hadir.

Petugas SPR turut dilihat membantu pengundi berkerusi roda sehingga selesai menunaikan tanggungjawab, menggambarkan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan proses demokrasi berjalan sempurna.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/proses-undi-awal-lancar-di-dewan-mes-pegawai-kanan-ipk-kepayan/feed/ 0 86965
PRU Sabah : Proses pengundian awal di IPD Kota Belud berjalan lancar https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-proses-pengundian-awal-di-ipd-kota-belud-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-proses-pengundian-awal-di-ipd-kota-belud-berjalan-lancar/#respond Tue, 25 Nov 2025 04:09:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86957
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Proses pengundian awal bagi anggota polis dan kakitangan serta pasangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud berjalan lancar dan teratur di sini pada Selasa.

Seawal jam 8 pagi, para pengundi mula memasuki Dewan Seri Nabalu, IPD Kota Belud, yang dijadikan pusat pengundian awal bagi kawasan berkenaan.

Pengundi pertama, Inspektor Arfarizam Berahim, 46, tiba pada jam 8.05 pagi dan menjadi individu terawal melalui laluan yang ditanda dengan pita kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Arfarizam ketika membuang undi di Dewan Seri Nabalu

Beliau menyatakan kepuasan terhadap perjalanan proses undi awal kali ini yang disifatkannya lebih tersusun dan lancar berbanding pilihan raya terdahulu.

Turut hadir menunaikan tanggungjawab ialah Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, yang melaksanakan pengundian dalam suasana yang aman dan terkawal.

Menurut maklumat yang dipaparkan pada papan kenyataan SPR di pintu masuk pusat pengundian, pihak suruhanjaya menjangkakan sebanyak 193 undi, termasuk undi pos, akan diterima sepanjang proses pengundian awal di IPD Kota Belud hari ini.

Suasana sepanjang pagi turut menunjukkan kehadiran anggota yang tersusun mengikut arahan petugas SPR, memastikan segala prosedur dipatuhi bagi menjamin kelancaran dan integriti proses demokrasi tersebut.

Pusat pengundian awal di IPD Kota Belud adalah dibawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-proses-pengundian-awal-di-ipd-kota-belud-berjalan-lancar/feed/ 0 86957
PRU Sabah : 3,153 tentera, pasangan hadir mengundi awal di Sepanggar https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-3153-tentera-pasangan-hadir-mengundi-awal-di-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-3153-tentera-pasangan-hadir-mengundi-awal-di-sepanggar/#respond Tue, 25 Nov 2025 03:22:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86940
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

SEPANGGAR : Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai sejak awal pagi tadi tidak menjejaskan kelancaran proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 yang bermula hari ini.

Tinjauan Sabah Media ke pusat pengundian awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu mendapati anggota tentera dan pasangan mereka mula hadir ke pusat pengundian seawal jam 7.30 pagi.

Panglima Armada timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris membuang undi di SK Pangkalan TLDM KK

Antara individu yang hadir menunaikan tanggungjawab di SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu adalah Panglima Armada timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris kira-kira jam 9.10 pagi.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai Datuk Arshad Idris

Calon GRS DUN Karambunai Datuk Arshad Idris meninjau pusat membuang undi di SK Pangkalan TLDM KK

Seramai 3,153 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan mereka termasuk pesara dan jururawat di pusat itu hadir membuang undi.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal dibuka serentak di seluruh negeri bermula jam 8 pagi dan ditutup secara berperingkat.

Bagaimanapun semua kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian sebenar pada 29 November nanti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-3153-tentera-pasangan-hadir-mengundi-awal-di-sepanggar/feed/ 0 86940
24,426 tentera, polis dan pasangan mengundi awal hari ini. https://sabahmedia.com/2025/11/25/24426-tentera-polis-dan-pasangan-mengundi-awal-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/24426-tentera-polis-dan-pasangan-mengundi-awal-hari-ini/#respond Mon, 24 Nov 2025 23:11:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86922
Read Time:1 Minute, 1 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :  Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semakin dirasai apabila 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi melibatkan anggota polis serta pasangan.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula pada 8 pagi, sebelum ditutup secara berperingkat.

Antara lokasi pusat mengundi awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, ibu pejabat polis daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri. 

Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta, sebaliknya proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada 29 Nov ini. 

Dengan selesainya proses pengundian awal hari ini, tumpuan akan beralih pada hari pengundian yang dijadualkan pada Sabtu ini. 

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya ialah calon yang bertanding atas tiket Bebas.

Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 yang bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/24426-tentera-polis-dan-pasangan-mengundi-awal-hari-ini/feed/ 0 86922