Undi pos – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Nov 2025 08:10:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Undi pos – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : SPR keluarkan 22,881 kertas undi pos https://sabahmedia.com/2025/11/19/pru-sabah-spr-keluarkan-22881-kertas-undi-pos/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/pru-sabah-spr-keluarkan-22881-kertas-undi-pos/#respond Wed, 19 Nov 2025 08:10:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86381
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 22,881 kertas undi pos kepada semua yang layak untuk mengundi sebagai pengundi pos seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata,  pengeluaran kertas undi pos selama dua hari bermula 17 November dijalankan oleh petugas undi pos di semua 73 Bahagian Pilihan Raya Negeri.

Katanya, kesemua 22,881 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 21,362 kertas undi pos bagi kategori  1A (Petugas  Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), 336 kertas undi pos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), dan 1,183 kertas undi pos bagi kategori 1C (Agensi/Organisasi).

Menurutnya, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada parti atau individu yang bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan berkenaan sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 29 November 2025,” katanya dalan kenyataan di sini pada Rabu.

Khairul berkata, pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/pru-sabah-spr-keluarkan-22881-kertas-undi-pos/feed/ 0 86381
PRN17 : SPR buka permohonan undi pos mulai 13 Oktober https://sabahmedia.com/2025/10/10/prn17-spr-buka-permohonan-undi-pos-mulai-13-oktober/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/prn17-spr-buka-permohonan-undi-pos-mulai-13-oktober/#respond Fri, 10 Oct 2025 08:53:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82920
Read Time:53 Second

PUTRAJAYA : Permohonan undi pos bagi semua kategori sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 akan dibuka mulai Isnin, 13 Oktober 2025.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, permohonan undi pos terbuka kepada tiga kategori pemilih.

“Antaranya ialah Kategori 1A  meliputi Anggota Polis, Anggota Tentera, Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR serta Petugas Media.

“Selain itu, turut terlibat Kategori 1B meliputi Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan Kategori 1C (Agensi atau Organisasi yang diiktiraf),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan https://myspr.spr.gov.my dan pemohon perlu mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos.

“Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos digalakkan membuat permohonan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya.

SPR akan memaklumkan tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori pada masa yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7218 bagi sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut berkaitan urusan undi pos. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/prn17-spr-buka-permohonan-undi-pos-mulai-13-oktober/feed/ 0 82920