unduk ngadau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 May 2026 13:28:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png unduk ngadau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gelvia Vanessa Jenny dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2026 https://sabahmedia.com/2026/05/31/gelvia-vanessa-jenny-dinobat-unduk-ngadau-kaamatan-2026/ https://sabahmedia.com/2026/05/31/gelvia-vanessa-jenny-dinobat-unduk-ngadau-kaamatan-2026/#respond Sun, 31 May 2026 12:43:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97565
Read Time:50 Second

Oleh Erdie Ab Wahid / J. Evachel John

PENAMPANG : Finalis Unduk Ngadau mewakili daerah Papar Gelvia Vanessa Jenny berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat negeri 2026.

Gelvia berjaya menewaskan 52 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA) di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Gelvia membawa pulang hadiah wang tunai dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tusin dan turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Tempat kedua berjaya dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Tuaran, Juje Elor @Francis yang turut membawa pulang hadiah wang tunai berserta hadiah iringan.

Bagi pemenang tempat ketiga telah dimenangi wakil Matunggong, Criszelbellkah Lorris dan membawa pulang hadiah wang tunai serta hadiah iringan.

Pemenang tempat keempat dimenangi Unduk Ngadau mewakili Bandaraya Kota Kinabalu Liane Melve Grace Lias dan Kerishine Danil mewakili daerah Pagalungan.

Manakala keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Gadrette Gregory (Penampang) dan Myra Evana Robert (Sook).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/31/gelvia-vanessa-jenny-dinobat-unduk-ngadau-kaamatan-2026/feed/ 0 97565
Sahira dinobat sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan https://sabahmedia.com/2026/05/14/sahira-dinobat-sebagai-unduk-ngadau-kaamatan-nabawan/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/sahira-dinobat-sebagai-unduk-ngadau-kaamatan-nabawan/#respond Thu, 14 May 2026 00:56:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96630
Read Time:57 Second

NABAWAN: Sahira Samson berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan sempena Pesta Kaamatan Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan 2026 yang berlangsung meriah di sini.

Kemenangan itu melayakkan Sahira membawa pulang wang tunai RM8,000, piala dan jambangan bunga, selain diberi tanggungjawab mewakili daerah Nabawan ke pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang pada 31 Mei ini.

Turut mengiringi Sahira ke pertandingan peringkat negeri ialah Kerishine Danil yang muncul sebagai Naib Johan dan akan mewakili Daerah Kecil Pagalungan.

Kerishine menerima hadiah wang tunai RM6,000, manakala Gracesya Norahemelyn yang menduduki tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM4,000.

Sementara itu, Dyeneley Daud dinobatkan sebagai Juara Randawi Tavantang Kaamatan (RTK), diikuti Mascherlyan Masirin sebagai Naib Johan dan Ardy Ardiano Martin di tempat ketiga.

Penyampaian hadiah bagi pertandingan RTK telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, manakala hadiah bagi pertandingan Unduk Ngadau disampaikan oleh isteri beliau, Datin Asiah Doreen Azlan.

Pertandingan tahunan itu bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat dan keyakinan generasi muda, malah berperanan penting dalam memelihara serta memartabatkan warisan budaya masyarakat tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/sahira-dinobat-sebagai-unduk-ngadau-kaamatan-nabawan/feed/ 0 96630
UNK 2026 hanya tampil 25 finalis di peringkat akhir https://sabahmedia.com/2026/04/14/unk-2026-hanya-tampil-25-finalis-di-peringkat-akhir/ https://sabahmedia.com/2026/04/14/unk-2026-hanya-tampil-25-finalis-di-peringkat-akhir/#respond Tue, 14 Apr 2026 11:14:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94878
Read Time:53 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PENAMPANG: Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) pada tahun ini hanya akan menampilkan seramai 25 peserta terbaik untuk bertanding di peringkat akhir pada 31 Mei.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, pemilihan peserta akhir yang dipilih akan melalui sesi pra-penjurian pada 30 Mei sebelum tampil dipentas akhir di Dewan Hongkod Koisaan di sini.

“Pertandingan UNK negeri akan melaksanakan sesi pra-penjurian pada 30 Mei 2026. Seramai 25 peserta terbaik akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir pada 31 Mei 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Pesta Kaamatan bagi tahun 2026 di Dewan Tan Sri Pairin, Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Selasa.

Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah berkata, ia adalah sebagai usaha meningkatkan kualiti dan daya saing pertandingan.

Pesta Kaamatan akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei di Papar, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri acara utama pada 30 Mei, manakala Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman pada 31 Mei. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/14/unk-2026-hanya-tampil-25-finalis-di-peringkat-akhir/feed/ 0 94878
Atitih dinobatkan Unduk Ngadau Negeri Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/31/atitih-dinobatkan-unduk-ngadau-negeri-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/31/atitih-dinobatkan-unduk-ngadau-negeri-sabah-2025/#respond Sat, 31 May 2025 13:51:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74889
Read Time:49 Second

Oleh Erdie Ab Wahid / J. Evachel John

Penampang : Finalis Unduk Ngadau mewakili daerah kecil Tamparuli, Atitih Yatih Robert berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat negeri 2025.

Atitih berjaya menewaskan 50 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA) di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Atitih membawa pulang hadiah wang tunai dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tusin dan turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Tempat kedua berjaya dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Tambunan Elka Alika Pijeh yang turut membawa pulang hadiah wang tunai berserta hadiah iringan.

Bagi pemenang tempat ketiga telah dimenangi wakil Kiulu Celarin Jenny dan membawa pulang hadiah serta hadiah iringan.

Pemenang tempat keempat dimenangi Rini Aswanda Julikin (Beluran) dan Steavaynie Ginadus mewakili Beaufort ditempat kelima.

Manakala keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Jenylin Janis (Ranau) dan Evanatie Sannie (Bandaraya Kota Kinabalu). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/31/atitih-dinobatkan-unduk-ngadau-negeri-sabah-2025/feed/ 0 74889
Finalis Unduk Ngadau 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/27/finalis-unduk-ngadau-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/27/finalis-unduk-ngadau-2025/#respond Tue, 27 May 2025 10:16:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74614
Read Time:14 Second

Seramai 51 Finalis Unduk Ngadau Kaamatan dari seluruh Malaysia telah mendaftar pada 26 Mei 2025 (Isnin) menandakan bermulanya ‘Cultural Pageant Week’ sempena Unduk Ngadau Kaamatan yang berlangsung dari 26 hingga 31 Mei.

Jadi ada sudah pilihan kamu untuk tahun ni?

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/27/finalis-unduk-ngadau-2025/feed/ 0 74614
51 ‘Sumandak’ bakal rebut gelaran Ratu Kaamatan hujung bulan ini https://sabahmedia.com/2025/05/22/51-sumandak-bakal-rebut-gelaran-ratu-kaamatan-hujung-bulan-ini/ https://sabahmedia.com/2025/05/22/51-sumandak-bakal-rebut-gelaran-ratu-kaamatan-hujung-bulan-ini/#respond Thu, 22 May 2025 00:38:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74251
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Seramai 51 ‘sumandak’ dari seluruh negara bakal berentap merebut gelaran Unduk Ngadau 2025 sempena sambutan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei ini.

Pertandingan berprestij yang kini memasuki edisi ke-65 itu terus kekal relevan sebagai platform mengetengahkan kecantikan, kebijaksanaan serta jati diri wanita Sabah.

Pengerusi Majlis Wanita Pertubuhan Kadazandusun Murut Malaysia (KDCA), Datuk Joanna Datuk Kitingan berkata, persiapan rapi telah dilaksanakan menjelang acara kemuncak berkenaan.

“Keseluruhan jawatankuasa Unduk Ngadau 2025 telah bersedia sepenuhnya bagi memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, pada Rabu.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau 2025 serta menyampaikan undangan rasmi kepada Toh Puan Faridah bagi menghadiri majlis Sodop Pintutunan pada 28 Mei dan acara kemuncak pertandingan akhir pada 31 Mei.

Katanya, pelbagai program menarik telah diatur sepanjang Minggu Unduk Ngadau yang bermula pada 26 Mei, termasuk acara tradisi Sodop Pintutunan, iaitu penyerahan ‘chest’ kepada peserta yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

“Pada 27 Mei, peserta akan melawat Muzium Sabah bagi menyelami sejarah dan warisan budaya negeri ini, serta menyertai aktiviti tradisional seperti memukul gong dan penyediaan makanan etnik seperti hinava dan tuhau.

“Sesi petang pula akan mereka akan menyaksikan tayangan pertandingan Culture, Agro-tourism and Nature (CAAN) yang dirasmikan oleh Datuk Joniston Bangkuai,” katanya

Acara Sodop Unduk Ngadau serta pertandingan busana etnik akan diadakan pada 28 Mei, sebelum acara kemuncak berlangsung pada 31 Mei di Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Unduk Ngadau 2025, Dr. Mary Gambidau berkata, pertandingan ini terbukti menjadi platform mencungkil bakat wanita muda Sabah dalam pelbagai bidang seperti pelancongan, keusahawanan, pengacaraan dan seni persembahan.

“Pertandingan ini telah membuka banyak peluang kepada wanita muda untuk melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama Sabah di peringkat lebih tinggi,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 70 meja telah ditempah bagi acara Sodop Unduk Ngadau, namun orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket galeri yang dijual pada harga RM30.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/22/51-sumandak-bakal-rebut-gelaran-ratu-kaamatan-hujung-bulan-ini/feed/ 0 74251
Evanatie Sannie dinobat Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/18/evanatie-sannie-dinobat-unduk-ngadau-bandaraya-kota-kinabalu-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/evanatie-sannie-dinobat-unduk-ngadau-bandaraya-kota-kinabalu-2025/#respond Sun, 18 May 2025 06:00:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74044
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Evanatie Sannie berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2025 yang berlangsung di sebuah pusat membeli belah di sini pada Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan Evanatie mewakili Bandaraya Kota Kinabalu ke pertandingan Unduk Ngadau peringkat Kebangsaan di Dewan Hongkod Koisaan Penampang 31 Mei ini.

Evanatie berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000; bekalan beras selama setahun dari Sabaras; baucer penginapan; sash; piala dan bunga serta beberapa hadiah iringan lain.

Turut menemani Evanatie ke peringkat Kebangsaan adalah Cherub Sharleena Cassdey yang akan mewakili KDCA Tanjung Aru dan Nelmui Muhari mewakili KDCA Bandaraya.

Cherub membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000; baucer penginapan; sash, piala dan hadiah iringan lain.

Manakala Nelmui berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000; baucer penginapan; sash dan beberapa hadiah iringan lain.

Kesemua hadiah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang.

Terdahulu, sambutan Pesta Kaamatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/evanatie-sannie-dinobat-unduk-ngadau-bandaraya-kota-kinabalu-2025/feed/ 0 74044
Norasnih Madjalan dinobatkan UNK Klang Valley 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/14/norasnih-madjalan-dinobatkan-unk-klang-valley-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/14/norasnih-madjalan-dinobatkan-unk-klang-valley-2025/#respond Wed, 14 May 2025 00:46:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73767
Read Time:1 Minute, 0 Second

Klang Valley : Norasnih Madjalan berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Klang Valley 2025, yang berlangsung di sini, di Dorsett Grand Subang di sini Ahad lalu.

Kejayaan itu membolehkan Norasnih mewakili Klang Valley ke Pertandingan UNK Peringkat Kebangsaan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang yang diadakan hujung bulan ini.

Norasnih berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000, tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, tiara, barangan kemas, sash, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Sementara itu, tempat kedua berjaya dimenangi Saineh Urus yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Manakala tempat ketiga dimenangi Maychelle Roger Mool yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,200, jambangan bunga serta hadiah iringan lain.

Tempat keempat dimenangi Sonia Onah Robert, diikuti Petronelizin Jackson (kelima); Richealyn Jallynius (Keenam) dan Phebe Cherilynn Yong menduduki Tempat ketujuh.

Sementara itu, Norzizi Safira Iddy berjaya dinobatkan tiga terbaik Sugandoi Kaamatan KDCA Klang Valley Bersama Maurice Micheal dan Mohd Shafiq Mulis.

Acara perasmian penutupan sambutan Lamai Kaamatan Peringkat KDCA Klang Valley disempurnakan Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai. – SABAH MEDIA / FOTO TME IMAGES

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/14/norasnih-madjalan-dinobatkan-unk-klang-valley-2025/feed/ 0 73767
Tiga ‘Sumandak’ Tuaran, Tamparuli dan Kiulu dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan https://sabahmedia.com/2025/05/07/tiga-sumandak-tuaran-tamparuli-dan-kiulu-dinobatkan-unduk-ngadau-kaamatan/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/tiga-sumandak-tuaran-tamparuli-dan-kiulu-dinobatkan-unduk-ngadau-kaamatan/#respond Wed, 07 May 2025 01:24:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73330
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Tiga ‘sumandak’ berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan sempena Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kiulu pada Selasa.

Mereka ialah April Adelaide Agedius yang akan mewakili Tuaran; Atitih Yati Robert (Tamparuli) dan Celarin Jenny mewakili Kiulu.

Kemenangan itu membolehkan mereka bertanding ke pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Kebangsaan pada 30 dan 31 Mei ini.

Kesemua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala, bunga, sijil penyertaan dan beberapa hadiah iringan.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Sera Vian Japrin dan Betty Mary Jaikol.

Sera dan Betty masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 berserta piala, bunga, sijil dan hadiah iringan.

Terdahulu, sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/tiga-sumandak-tuaran-tamparuli-dan-kiulu-dinobatkan-unduk-ngadau-kaamatan/feed/ 0 73330
Emelka Ryner dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Putrajaya 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/07/emelka-ryner-dinobatkan-unduk-ngadau-kaamatan-putrajaya-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/emelka-ryner-dinobatkan-unduk-ngadau-kaamatan-putrajaya-2025/#respond Tue, 06 May 2025 16:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73320
Read Time:1 Minute, 5 Second

Putrajaya : Emelka Ryner berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Putrajaya 2025, yang berlangsung di sini, di Cyber Event Hall, Cyberjaya pada Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan Emelka mewakili Putrajaya ke Pertandingan UNK Peringkat Kebangsaan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang yang diadakan selama dua hari bermula 30 Mei ini.

Emelka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, tiket penerbangan bernilai RM1,000, tiara, trofi, sash, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Sementara itu, tempat kedua berjaya dimenangi Wendey Merrylen Jasmin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Manakala tempat ketiga dimenangi Rachel Justin yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan lain.

Tempat keempat dimenangi Christine Dionysius, diikuti Alendra Alixsius (kelima); Eviette Larissa Saulim (Keenam); Elcaseyh Limpuong (juga penerima anugerah Miss Health and Wellness by Kenny Rogers Roasters) menduduki tempat ketujuh.

Bagi pemenang Tati Topiodo pula dimenangi Veena Alnysticha Irwan dan Tati Tosuau dimenangi Shannen Gaille Steve Primus.

Pertandingan Unduk Ngadau KDCA Putrajaya merupakan acara tahunan yang diraikan sempena Pesta Kaamatan dan terus menjadi platform penting bagi memperkasakan wanita melalui budaya dan identiti etnik Sabah.

Terdahulu, Sambutan Pesta Kaamatan anjuran KDCA Putrajaya itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. – SABAH MEDIA / FOTO KDCA PUTRAJAYA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/emelka-ryner-dinobatkan-unduk-ngadau-kaamatan-putrajaya-2025/feed/ 0 73320