Universiti indonesia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Dec 2023 23:12:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Universiti indonesia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS, Universitas Brawijaya komited tingkat kerjasama akademik, penyelidikan https://sabahmedia.com/2023/12/05/ums-universitas-brawijaya-komited-tingkat-kerjasama-akademik-penyelidikan/ https://sabahmedia.com/2023/12/05/ums-universitas-brawijaya-komited-tingkat-kerjasama-akademik-penyelidikan/#respond Mon, 04 Dec 2023 23:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46070
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus giat mengadakan kolaborasi dengan institusi pendidikan tinggi dari luar negara dalam usahanya meningkatkan kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf antarabangsa dalam pelbagai bidang.

Terbaru, UMS melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) telah menandatangani satu Surat Niat (LoI) bersama Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan, Universitas Brawijaya (UB), Indonesia. 

Surat Niat tersebut dimeterai dalam satu acara yang berlangsung di Bangunan Inkubator, IPMB baru-baru ini sempena program kunjungan delegasi UB yang diketuai oleh ketua rombongan, Prof. Madya Dr. Uun Yanuhar ke IPMB UMS. 

Dalam pada itu, kunjungan delegasi UB antara lain adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua universiti terutamanya dari segi kolaborasi akademik, penyelidikan dan mobiliti pelajar serta kakitangan.

Ketibaan delegasi disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPMB, Dr. Zarinah Waheed; Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi IPMB, Dr. Mohammad Tamrin Mohamad Lal; dan beberapa pensyarah IPMB. 

Delegasi UB turut dibawa melawat fasiliti penternakan ikan dan krustasia UMS, serta berkongsi ilmu bersama kakitangan, pelajar prasiswazah dan pelajar pascasiswazah UMS.

Delegasi kemudiannya dibawa melawat rakan kolaborasi dan industri UMS iaitu BV Shrimp Farm Sdn. Bhd. dan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan). 

Pada hari terakhir lawatan, delegasi UB turut berkesempatan untuk menyempurnakan aktiviti pelepasan benih ketam bakau (Scylla tranquebarica) di Kota Kinabalu Wetland.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/05/ums-universitas-brawijaya-komited-tingkat-kerjasama-akademik-penyelidikan/feed/ 0 46070