Universiti Poland – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Sep 2026 04:08:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Universiti Poland – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama UCSF, universiti Poland dalam perancangan https://sabahmedia.com/2026/09/04/kerjasama-ucsf-universiti-poland-dalam-perancangan/ https://sabahmedia.com/2026/09/04/kerjasama-ucsf-universiti-poland-dalam-perancangan/#respond Fri, 04 Sep 2026 04:08:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102788
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama antara University College Sabah Foundation (UCSF), milik Yayasan Sabah, dengan sebuah universiti di Poland kini dalam perancangan.

Duta Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowolski, berkata satu Memorandum Persefahaman (MoU) ke arah kerjasama itu sedang dalam proses penyediaan.

Dobrowolski berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bagi membincangkan potensi kerjasama ekonomi dua hala di Menara Kinabalu, hari ini.

Duta berkenaan dan Ketua Menteri turut membincangkan potensi bidang kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.

Ia merupakan kunjungan kelima Dobrowolski ke Kota Kinabalu, dengan kunjungan terakhir pada April tahun ini apabila beliau melawat kampus UCSF.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/04/kerjasama-ucsf-universiti-poland-dalam-perancangan/feed/ 0 102788