Universiti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 May 2026 02:38:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Universiti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keputusan Permohonan Kemasukan UA, IPTA dan MARA BPT Diumum 22 Mei Ini https://sabahmedia.com/2026/05/07/keputusan-permohonan-kemasukan-ua-ipta-dan-mara-bpt-diumum-22-mei-ini/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/keputusan-permohonan-kemasukan-ua-ipta-dan-mara-bpt-diumum-22-mei-ini/#respond Thu, 07 May 2026 02:37:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96257
Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTRAJAYA,  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Sesi Akademik 2026/2027 akan diumumkan pada 22 Mei ini.  

Menurut kenyataan KPT hari ini, keputusan berkenaan boleh disemak mulai jam 12 tengah hari pada 22 Mei sehingga 31 Mei, jam 5 petang melalui laman sesawang rasmi UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my selain menerusi aplikasi mudah alih UPUPocket dan MyGov.  

KPT memaklumkan pengesahan setuju terima tawaran pula akan dibuka bermula 23 hingga 31 Mei melalui laman web UA, IPTA dan MARA BPT masing-masing.  

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA, IPTA dan MARA BPT kepada calon yang berjaya mulai 23 Mei selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.  

Menurut KPT, hanya pemohon yang tidak berjaya atau menerima tawaran pengajian peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei.  

Rayuan ke Kolej Komuniti pula boleh dibuat terus kepada institusi berkenaan tanpa melalui sistem UPUOnline.  

KPT turut menegaskan bahawa tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian di UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan.  

Menurut kementerian itu, pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang masih ada selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.  

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/keputusan-permohonan-kemasukan-ua-ipta-dan-mara-bpt-diumum-22-mei-ini/feed/ 0 96257
Universiti Cyberjaya tawar biasiswa RM2.5 juta khas untuk pelajar Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/14/universiti-cyberjaya-tawar-biasiswa-rm2-5-juta-khas-untuk-pelajar-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/universiti-cyberjaya-tawar-biasiswa-rm2-5-juta-khas-untuk-pelajar-sabah/#respond Tue, 14 Oct 2025 02:23:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83243
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Universiti Cyberjaya bakal menawarkan biasiswa pendidikan berjumlah RM 2.5 juta khusus untuk pelajar Sabah di institusi pendidikan tersebut.

Pro Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr Palaniappan A/L Ramanathan Chettiar berkata biasiswa itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat institusi pendidikan. 

“Kita membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan kita akan menerbitkan biasiswa pendidikan berjumlah RM 2.5 juta atas nama beliau.

“Disamping itu juga, biasiswa ini dapat memberi peluang kepada pelajar negeri ini untuk mendapat akses pendidikan dan dengan cara ini kami dapat menyumbang semula kepada masyarakat terutamanya kepada pelajar negeri ini yang layak serta kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan. 

“Tujuan utama untuk kita berada dalam pendidikan adalah untuk membantu, membolehkan masyarakat belajar dan berjaya serta memastikan mereka mempunyai pekerjaan yang baik sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu di sini pada Isnin.

Palaniappan berkata, pihaknya akan terus menyumbang kepada negeri ini bukan sahaja dalam sektor pendidikan malah ke sektor-sektor lain seperti projek tenaga solar.

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu menempatkan seramai 2,300 orang pelajar dan menawarkan pengajian di peringkat sijil, asasi dan juga diploma dalam pelbagai jurusan termasuk dalam bidang sains, perniagaan dan juga kesihatan.

Turut hadir dalam rombongan kunjungan tersebut Pengarah Kanan Bahagian Pengambilan Kalimuthu Thumbasamy dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu Dr Awang Faisal Assyifa Ag Rahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/universiti-cyberjaya-tawar-biasiswa-rm2-5-juta-khas-untuk-pelajar-sabah/feed/ 0 83243
Kurikulum universiti perlu sentiasa berubah bagi lahir graduan berkualiti https://sabahmedia.com/2024/10/08/kurikulum-universiti-perlu-sentiasa-berubah-bagi-lahir-graduan-berkualiti/ https://sabahmedia.com/2024/10/08/kurikulum-universiti-perlu-sentiasa-berubah-bagi-lahir-graduan-berkualiti/#respond Tue, 08 Oct 2024 02:42:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61868
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Sistem kurikulum perlu sentiasa dirombak dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dunia yang berteraskan teknologi pada hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr Shahril Yusof berkata, ilmu dan maklumat kini berada di hujung jari pada hari ini, justeru kurikulum perlu berubah mengikut kemajuan.

“Kita perlu melahirkan sumber manusia yang bekerja dan berkhidmat untuk negara, dan bukan hanya melatih mereka dalam pengkhususan tertentu yang kita ajarkan.

“Pensyarah muda perlu memberi fokus terhadap subjek yang dikuasai oleh mereka agar pelajar yang memiliki nilai untuk berkomunikasi, mampu menyelesaikan masalah serta dalam masa yang sama menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor menyempurnakan pelancaran Minggu Akademia UMS 2024 di Galeri Majlis, UMS baru-baru ini.

Tambah beliau, kurikulum universiti perlu disemak dari semasa ke semasa agar graduan yang bakal dilahirkan oleh universiti tidak terjejas.

“Kita perlu memberi masa kepada pelajar untuk menerokai bidang lain dan bukan hanya perkara yang dipelajari di fakulti.

“Kita mesti memperbaiki nilai kemanusiaan para pelajar dan tidak terlalu menumpukan kepada sesi pembelajaran dan tugasan sahaja.

“Justeru, penilaian semula kurikulum adalah perlu agar graduan bukan sahaja memiliki pengetahuan asas tetapi mampu berfikir, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi dengan baik,” katanya

Pada majlis tersebut, mantan Naib Canselor Pertama UMS, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman berkongsi pengalaman beliau ketika mentadbir UMS selama sedekad melalui sesi wacana bertajuk ‘Leading Sustainable Change: The Role of Educational Leadership’, selain turut bersama-sama menyempurnakan simbolik perasmian pelancaran Buku Mewah: 30 Tahun Perjalanan Akademik UMS.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA), Dr. Denis Lajium.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/08/kurikulum-universiti-perlu-sentiasa-berubah-bagi-lahir-graduan-berkualiti/feed/ 0 61868
Kerajaan wajar perkasa Kolej Komuniti agar jadi pilihan rakyat dapatkan latihan serta kemahiran https://sabahmedia.com/2024/07/25/kerajaan-wajar-perkasa-kolej-komuniti-agar-jadi-pilihan-rakyat-dapatkan-latihan-serta-kemahiran/ https://sabahmedia.com/2024/07/25/kerajaan-wajar-perkasa-kolej-komuniti-agar-jadi-pilihan-rakyat-dapatkan-latihan-serta-kemahiran/#respond Thu, 25 Jul 2024 05:41:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58003
Read Time:3 Minute, 54 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1. Pada akhir Jun 2024, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan keputusan tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk lepasan SPM 2023, meliputi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

2. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), daripada 214,173 permohonan yang layak di terima menerusi UPUOnline, seramai 159,027 calon telah di berikan tawaran kemasukan ke IPT.

Ini bermakna seramai 74.3% calon telah berjaya menerima tawaran ke IPT.

3. Berdasarkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut:

 majoriti calon di tawarkan kemasukan ke Universiti Awam, iaitu hampir 53%

 lebih 25% calon telah di tawarkan kemasukan ke Politeknik

 lebih 15% calon telah di tawarkan kemasukan ke Kolej Komuniti.

4. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) lagi, tawaran berkenaan merangkumi 504 program pengajian:4. Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) lagi, tawaran berkenaan merangkumi 504 program pengajian:

5. Pengumuman KPT tersebut tidak pula menyatakan pecahan calon mengikut program pengajian. Namun begitu, memandangkan program diploma merangkumi hampir 70% daripada keseluruhan program pengajian yang di tawarkan, tidak mengejutkan sekiranya majoriti calon telah di tawarkan untuk menyertai program diploma. 

6. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 373,525 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2023. Ini bermakna, daripada 373,525 calon SPM 2023 berkenaan:

 seramai 214,173 calon (57.3%) telah membuat permohonan UPUOnline, manakala 159,352 calon (42.7%) tidak membuat permohonan UPUOnline

 hanya 159,027 calon (42.6%) telah di berikan tawaran kemasukan ke IPT 

7. Maka, antara persoalan utama ialah:

 ke manakah 159,352 lepasan SPM 2023 yang tidak membuat permohonan UPUOnline?

 ke manakah 55,146 lepasan SPM 2023 yang memohon UPUOnline tetapi gagal mendapat tawaran ke IPT?

8. Sudah pasti ramai yang tidak memohon UPUOnline kerana berhasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT swasta di dalam negara, ataupun melanjutkan pengajian di luar negara. Mungkin ramai di antara mereka adalah ‘top scorer’ di dalam peperiksaan SPM. 

9. Sudah pasti juga ramai yang tidak memohon UPUOnline kerana tidak memiliki keputusan SPM yang memenuhi kriteria minimum yang telah di tetapkan. 

10. Sebagai contoh. Menurut laman sesawang Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), antara mata pelajaran yang di ambil kira untuk kemasukan ke Politeknik ialah Matematik. 

11. Demikian juga, syarat untuk menyertai Program Asasi di Universiti Awam (UA) mengkehendaki sekurang-kurangnya gred C untuk Matematik.  

12. Namun begitu, majoriti calon (52.1%) telah mendapat keputusan yang lemah bagi mata pelajaran Matematik untuk SPM 2023, dengan mencapai gred D, E dan G. Malah, hampir 25% calon telah mendapat gred GAGAL!

13. Justeru itu, dengan keputusan SPM yang lemah dan kegagalan untuk mendapat tawaran ke IPT, sudah pasti ramai lepasan SPM 2023 tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dan ramai di antara mereka akan terus menyertai alam pekerjaan.

14. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Menteri Pendidikan Malaysia pernah memaklumkan bahawa ratusan ribu lepasan SPM telah tidak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi:  

15. Dengan begitu ramai lepasan SPM yang terus memasuki alam pekerjaan, usaha Kerajaan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran pekerja menjadi semakin sukar serta mencabar. Seterusnya, situasi ini merencatkan agenda negara untuk mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi.

16. Ketika ini, ramai pekerja masih memiliki tahap pendidikan dan kemahiran yang sangat rendah. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), lebih 65% (10.52 juta orang) penduduk Malaysia yang bekerja memiliki pendidikan rendah dan menengah sahaja.

17. Pada masa yang sama, lebih 70% (11.58 juta orang) penduduk Malaysia yang bekerja merupakan pekerja separuh mahir dan berkemahiran rendah. 

18. Menurut pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkenaan, lebih 25,000 calon lepasan SPM 2023 telah di tawarkan untuk melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti. Ini dapat memberi peluang kepada lepasan SPM yang tidak memiliki keputusan SPM yang baik untuk mendapat kemahiran yang sesuai sebelum menyertai alam pekerjaan. Ini juga memberi peluang kepada lepasan SPM berkenaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas mendapat kelulusan dari Kolej Komuniti.

19. Fakta menarik: Kolej Komuniti merupakan IPT yang terbanyak di Malaysia, di mana ianya di tubuhkan di seluruh pelosok negara agar dapat mendekati rakyat yang berminat untuk mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai. 

20. Secara ringkasnya, Kolej Komuniti lebih fokus kepada penyediaan pelbagai kursus peringkat sijil, yang meliputi 9 bidang pengajian utama:

21. Justeru itu, Kerajaan Malaysia wajar memperkasa Kolej Komuniti agar menjadi pilihan rakyat Malaysia mendapatkan latihan serta kemahiran. Kolej Komuniti harus terus bersifat inklusif dengan memberi peluang kepada semua lapisan rakyat, seumpama memberi ‘peluang kedua’ kepada kelompok rakyat yang tidak memiliki keputusan akademik yang baik.

22. Tambahan lagi, dengan bilangan yang banyak dan lokasi operasi di seluruh negara, Kolej Komuniti amat sesuai sebagai platform utama pembelajaran sepanjang hayat/ life-long learning untuk rakyat Malaysia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/25/kerajaan-wajar-perkasa-kolej-komuniti-agar-jadi-pilihan-rakyat-dapatkan-latihan-serta-kemahiran/feed/ 0 58003