untuk berjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Aug 2023 10:00:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png untuk berjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Ceramah Motivasi perlu diteruskan, memacu semangat golongan muda untuk berjaya – Shahelmey https://sabahmedia.com/2023/08/24/program-ceramah-motivasi-perlu-diteruskan-memacu-semangat-golongan-muda-untuk-berjaya-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2023/08/24/program-ceramah-motivasi-perlu-diteruskan-memacu-semangat-golongan-muda-untuk-berjaya-shahelmey/#respond Thu, 24 Aug 2023 10:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40640
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Hampir 900 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Putatan dan Penampang menyertai Program Ceramah Motivasi SMJ anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) yang berlangsung di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, program seumpama ini amat baik sekali terutamanya sebagai tanda kebersamaan pihak kerajaan dengan para pelajar negeri ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada IKRAR atas penganjuran program pada hari ini. Program seumpama ini amat baik sekali terutamanya sebagai tanda kebersamaan pihak kerajaan dengan para pelajar negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program tersebut.

Menurut Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan, IKRAR adalah salah satu agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah.

“Ceramah Motivasi SMJ ini ditujukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 di daerah-daerah yang ada di negeri Sabah.

“Ia bertujuan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar agar terus berprestasi cemerlang dalam bidang pendidikan dan juga kehidupan mereka.

“Dan ini juga merupakan salah satu daripada aspek pembangunan modal insan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa program sedemikian adalah salah satu pendekatan yang perlu dilakukan dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan kepada golongan muda dalam membangunkan modal insan di negeri ini dan juga negara.

“Ianya perlu juga dilakukan secara berterusan kerana melalui program motivasi ini, semangat mereka untuk terus mengecapi kejayaan itu akan terus dapat dipacu.

“Justeru, melalui pelaksanaan pelbagai program yang telah, sedang dan akan digerakkan membuktikan betapa Kerajaan Negeri Sabah amat menitik beratkan pembangunan modal insan negeri ini.

“Generasi muda masa kini perlu berdaya saing dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap apa yang diceburi. Andalah pelapis masa hadapan untuk mentadbir negeri dan negara yang kita cintai ini,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/24/program-ceramah-motivasi-perlu-diteruskan-memacu-semangat-golongan-muda-untuk-berjaya-shahelmey/feed/ 0 40640
Kekurangan sifat bukan penghalang untuk berjaya dalam bidang sukan https://sabahmedia.com/2023/08/03/kekurangan-sifat-bukan-penghalang-untuk-berjaya-dalam-bidang-sukan/ https://sabahmedia.com/2023/08/03/kekurangan-sifat-bukan-penghalang-untuk-berjaya-dalam-bidang-sukan/#respond Thu, 03 Aug 2023 09:45:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39459
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Biarpun tidak sempurna seperti insan lain, namun ia tidak menghalang semangat Mohd Hasrul Yudding yang dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk kekal aktif dan cemerlang dalam bidang sukan.

Pelajar KTYS Mohd Hasrul Yudding. – Foto ihsan KTYS

Mohd Hasrul berusia 23 tahun berasal dari daerah Semporna merupakan Mahasiswa Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), telah kehilangan sebelah kaki kanannya sejak berumur dua tahun akibat kanser leukemia yang dihidapinya pada ketika itu.

Pelajar jurusan Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 di bawah program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini telah berjaya mewakili Kelab Bola Sepak Kudung Sabah dalam Malaysia Amputee Football Tournament 2023 yang telah diadakan di Padang Ipoh, pada 17 Jun lalu.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat KTYS, Ellen Sikodol, Mohd Hasrul dan pasukan telah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan dalam perlawanan bola sepak tersebut.

“Mohd Hasrul juga telah terpilih untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan yang akan datang namun terpaksa ditolak kerana harus menduduki peperiksaan akhir semester,” katanya ketika dihubungi Sabah Media pada Khamis.

Sementara itu, Mohd Hasrul berkata walaupun hanya di tempat keempat beliau tidak pernah berputus asa dan akan berusaha lebih lagi dalam bidang sukan yang diminatinya itu.

“Saya akui pada mulanya menghadapi pemain yang lebih tinggi serta bertubuh badan lebih besar juga membuatkan saya berasa kurang yakin untuk menyertai sukan ini. Tambahan lagi, peraturan-peraturan permainan tersebut banyak dan sukar difahami kerana saya masih baru dalam bidang ini, namun setelah menyertainya saya mempunyai satu semangat baru untuk meningkatkan lagi usaha dan memahirkan diri dalam sukan bola sepak,” katanya.

Tambah Mohd Hasrul, cabaran-cabaran yang dihadapi itu tidak pernah mematahkan semangatnya malah beliau ingin membuktikan bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing.

Disamping itu, selain bidang akademik, Mohd Hasrul juga ingin memberi contoh kepada setiap golongan masyarakat sama ada yang memiliki anggota badan sempurna atau yang kurang upaya untuk cuba menceburkan diri dalam bidang sukan.

“Cabaran yang akan dihadapi dari pelbagai sudut akan menjadikan ia sukar dicapai. Walau bagaimanapun setiap manusia mempunyai kelebihan yang berbeza untuk menghadapinya’’, ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Hasrul berkata beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak kudung yang terbaik dan akan terus berlatih serta mengasah kebolehannya dalam bidang tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/03/kekurangan-sifat-bukan-penghalang-untuk-berjaya-dalam-bidang-sukan/feed/ 0 39459