untuk Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jun 2023 05:12:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png untuk Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lapan ambulan pacuan empat roda APM untuk Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/23/lapan-ambulan-pacuan-empat-roda-apm-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/23/lapan-ambulan-pacuan-empat-roda-apm-untuk-sabah/#respond Fri, 23 Jun 2023 05:11:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36930
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menyaksikan penyerahan lapan buah ambulan pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di perkarangan
Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ambulan tersebut adalah untuk kegunaan lapan APM daerah di Sabah.

Pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong menerima ambulan itu daripada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed.

Ambulan kemudiannya diserahkan kepada lapan Pegawai APM Daerah iaitu Tuaran, Papar, Sandakan, Keningau, Pitas, Ranau, Putatan dan Kalabakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/23/lapan-ambulan-pacuan-empat-roda-apm-untuk-sabah/feed/ 0 36930
Hajiji yakin projek pembangunan KKDW untuk Sabah dilaksana lebih teratur dan cepat https://sabahmedia.com/2023/03/08/hajiji-yakin-projek-pembangunan-kkdw-untuk-sabah-dilaksana-lebih-teratur-dan-cepat/ https://sabahmedia.com/2023/03/08/hajiji-yakin-projek-pembangunan-kkdw-untuk-sabah-dilaksana-lebih-teratur-dan-cepat/#respond Wed, 08 Mar 2023 10:14:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30529
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yakin program dan projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk Sabah akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri terbesar di Malaysia sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan infrastruktur asas dan utiliti seperti bekalan air, elektrik, jalan luar bandar, liputan komunikasi dan lain-lain.

“Kemudahan infrastruktur asas dan utiliti tersebut amat diperlukan oleh Sabah memandangkan negeri ini agak ketinggalan dalam aspek berkenaan khususnya di kawasan luar bandar.

“Inisiatif turun padang oleh pihak KKDW yang diketuai sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan program dan projek KKDW
untuk Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penyelarasan KKDW Bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 dipengerusikannya bersama Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri), Datuk Ir Shahelmey Yahya (Menteri
Kerja Raya Negeri), Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji yang mengalu-alukan Mesyuarat Penyelarasan itu yang juga julung kali diadakan berkata, ia dapat memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program-program pembangunan KKDW di Negeri Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik syor daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat, bahawa projek-projek Persekutuan yang bernilai RM50 juta ke bawah, Kerajaan Negeri bertanggungjawab melaksanakannya dengan menggunakan kepakaran tempatan serta dipantau oleh kementerian yang berkenaan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pusat khususnya KKDW dalam hal-hal berkaitan pembangunan agar projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dapat dipercepatkan pelaksanaannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/08/hajiji-yakin-projek-pembangunan-kkdw-untuk-sabah-dilaksana-lebih-teratur-dan-cepat/feed/ 0 30529
Anak Negeri gesa kerajaan Sabah berpegang teguh dalam peruntukan kewangan untuk Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/26/anak-negeri-gesa-kerajaan-sabah-berpegang-teguh-dalam-peruntukan-kewangan-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/26/anak-negeri-gesa-kerajaan-sabah-berpegang-teguh-dalam-peruntukan-kewangan-untuk-sabah/#respond Thu, 26 Jan 2023 08:32:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28517
Read Time:2 Minute, 6 Second

RANAU: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) menggesa kerajaan Sabah supaya berpegang teguh kepada peruntukan kewangan untuk Sabah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh, Bahagian IV (2) dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Henrynus Amin, berkata, Perkara 112D (1) menyatakan keperluan untuk semakan berkala bagi geran khas yang dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh Bahagian IV Perlembagaan Persekutuan, tetapi pada masa yang sama, artikel tersebut jelas memberikan Sabah dan Sarawak hak untuk sama ada menerima atau menolak sebarang perubahan yang dicadangkan.

Katanya, sebarang perubahan kepada peruntukan kewangan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Kesepuluh Bahagian IV hanya boleh dilaksanakan sekiranya terdapat persetujuan oleh Dewan Perundangan Negeri Sabah atau Sarawak.

Anak Negeri juga turut mempersoalkan keperluan formula baru yang dicadangkan kerana sudah ada formula sedia ada untuk pemberian geran khas kepada Sabah yang ditakrifkan dan dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh, Bahagian IV (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kami mendapati tiada masalah dengan formula yang sedia ada. Sekarang adalah soal pelaksanaan, bukan rundingan. Mengapa perlu mengubah atau merumuskan formula yang baru,” soalnya.

“Anak Negeri mempersoalkan keperluan untuk menukar formula pemberian khas Sabah yang dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh, Bahagian IV (2) kerana ia tidak pernah disemak sepanjang beberapa tahun, apatah lagi dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusuf bahawa akan ada formula baru mengenai pemberian geran khas kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Sabah harus menolak formula baru yang dicadangkan itu kerana ia berpotensi menghapuskan atau membatalkan peruntukan perlembagaan khusus di mana Sabah berhak mendapat 40 peratus daripada hasil bersih persekutuan terakru di Sabah.

“Rakyat Sabah mahukan jawapan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan gesaan berulang kali bagi pelaksanaan peruntukan perlembagaan berkaitan pemberian geran khas untuk Sabah.

“Sehingga baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan secara sistematik terus menafikan Sabah haknya untuk mendapatkan geran khas tambahan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Beliau berkata, Anak Negeri melihat 40 peratus pemberian geran khas kepada Negeri Sabah sebagai hak negeri istimewa yang harus dipertahankan dengan tulus oleh rakyat Sabah.

“Kita mesti diingatkan Jadual Kesepuluh Bahagian IV telah berjaya dirundingkan oleh bapa bapa kemerdekaan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan pembangunan Sabah.

“Sabah berhak sepenuhnya kepada 40 peratus daripada hasil bersih persekutuan yang terakru di Sabah setiap tahun untuk mengurangkan beban sebagai negeri termiskin di seluruh Malaysia,” tegasnya.

Tambah beliau, infrastruktur Sabah hampir 30 tahun di belakang Malaysia Barat dan rakyat Sabah telah menderita dan menanggung kos sara hidup tertinggi yang mendorong mereka jatuh ke jurang ekonomi yang paling rendah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/26/anak-negeri-gesa-kerajaan-sabah-berpegang-teguh-dalam-peruntukan-kewangan-untuk-sabah/feed/ 0 28517