Untuk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 04 Oct 2023 07:41:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Untuk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri serah 45 bot untuk kegunaan bencana https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-negeri-serah-45-bot-untuk-kegunaan-bencana/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-negeri-serah-45-bot-untuk-kegunaan-bencana/#respond Wed, 04 Oct 2023 07:41:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43049
Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan
45 bot untuk diagihkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dan 12 jawatankuasa pengurusan bencana daerah di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri-menteri Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan
Sahari.

Pada majlis itu, 15 bot diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, tiga masing-masing ke Pitas, Kota Marudu, Penampang, Tenom, Beaufort dan Paitan.

Manakala Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Tuaran, Sipitang dan Tongod diperuntukkan dua bot masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-negeri-serah-45-bot-untuk-kegunaan-bencana/feed/ 0 43049
Belia digalakkan lanjut pelajaran selepas SPM untuk dapat pekerjaan lebih berkualiti – George Hiew https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/ https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/#respond Wed, 27 Sep 2023 09:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42644
Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin menggalakkan para belia untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Menurut beliau, graduan SPM yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila mereka mencari pekerjaan kelak, tetapi juga menambah ilmu, pengetahuan dan kemahiran mereka untuk berdepan dengan alam kerjaya nanti.

“Saya menggalakkan anak-anak muda kita di Karamunting untuk melanjutkan pelajaran bagi melahirkan lebih banyak lagi tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran, sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan di kawasan Karamunting.

“Ia juga merupakan suatu jalan bagi keluarga miskin di kawasan saya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, iaitu apabila anak-anak muda ini mampu mencari pendapatan yang lebih lumayan dengan kelayakan pendidikan yang lebih tinggi,” katanya di dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada minggu lalu, George telah menyampaikan sumbangan insentif kepada 15 orang pelajar daripada kawasan Karamunting yang bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi, Diploma and Ijazah di pelbagai bidang di luar daerah dan luar negeri.

Katanya, tujuan insentif itu adalah bagi tanda sokongan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Karamunting ke atas usaha belia untuk melanjutkan pelajaran di menara gading, dan pada masa yang sama bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar-pelajar tersebut.

“Saya berharap pelajar-pelajar ini akan cemerlang dan berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi, dan berharap agar mereka akan kembali ke Karamunting untuk berkhidmat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di sini,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/27/belia-digalakkan-lanjut-pelajaran-selepas-spm-untuk-dapat-pekerjaan-lebih-berkualiti-george-hiew/feed/ 0 42644
KSTI beri peruntukan RM250,000 kepada semua PPD Sabah untuk Program STEM https://sabahmedia.com/2023/07/25/ksti-beri-peruntukan-rm250000-kepada-semua-ppd-sabah-untuk-program-stem/ https://sabahmedia.com/2023/07/25/ksti-beri-peruntukan-rm250000-kepada-semua-ppd-sabah-untuk-program-stem/#respond Tue, 25 Jul 2023 09:30:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38914
Read Time:3 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) telah memberikan peruntukan berjumlah RM250,000 kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah bagi menjayakan program sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) STEM FIESTA.

Menterinya, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, program STEM FIESTA merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di setiap daerah bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM.

Dr Arifin (kanan) melawat gerai pameran STEM semasa Karnival STEM 2023 di Maktab Sabah pada Selasa.

“Saya meminta kepada semua sekolah agar melihat usaha-usaha untuk melihat anak-anak kita kecintaan mereka dan penglibatan mereka dalam bidang STEM yang mana ini salah satu perkara yang perlu dan kita fokus.

“Seperti yang kita maklum, kadar penglibatan pelajar di dalam bidang STEM terutamanya sains tulen di Sabah semakin menurun dan perkara ini diambil serius oleh Kementerian ini. Pada tahun ini, jumlah pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM hanya 27 peratus, masih jauh daripada sasaran kita untuk mencapai target 60:40 (60% Aliran Sains dan 40% Aliran Sastera).

“Hal ini sangat membimbangkan kerana kita mahu sediakan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknikal, Sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.

“Saya berharap agar program-program seumpama ini dipergiatkan dan dimulakan di peringkat pra sekolah lagi sebagai salah satu usaha kita bagi meningkatkan jumlah penyertaan murid dalam bidang pendidikan aliran STEM (Enrolmen STEM) selaras dengan Pelan Strategik Sabah Maju Jaya dan Pelan Strategik Sepakat Sabah Hebat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival STEM 2023: Empowering Sustainable Development with Science and Technology di Maktab Sabah di sini, hari ini.

 Dr Arifin berkata, Kementeriannya amat menyokong program-program pembudayaan ilmu berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti program Karnival STEM Maktab Sabah yang bertujuan untuk menarik minat pelajar dan menepis presepsi bahawa sains itu adalah mata pelajaran yang susah.

“Di samping itu, melalui program ini, secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa , guru-guru dan komuniti mengenai kepentingan Pendidikan STEM dan kerjaya STEM.

“Justeru, kementerian saya akan berusaha untuk memastikan kadar atau peratusan 27 peratus untuk kita di Sabah akan meningkat salah satunya dengan penglibatan PPD, penglibatan Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan dalam bidang ini,” ujar beliau.

Selain itu, Menurut Dr Arifin, KSTI juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembudayaan STEM dengan rakan-rakan strategik dalam dan luar negara bagi menarik minat pelajar-pelajar di Sabah.

“Kementerian telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Guangxhi Science and Technology Museum baru-baru ini dan melalui kerjasama ini, Kerajaan Republik China bersetuju untuk menempatkan lebih kurang 60 buah bahan pameran sains bergerak untuk ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah selama tiga tahun.

“Pameran ini dijangka tiba dan ditempatkan di Perpustakaan Negeri Sabah Tanjung Aru pada bulan September 2023,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian itu turut memperkasakan peranan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) khususnya dalam menarik minat pelajar mengikuti Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dr Arifin berkata, antara program atau projek utama KSTI ialah pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (Pusat STI) di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3.0 juta dan dijangka siap pada penghujung 2023.

Menurutnya, Pusat STI Keningau ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas Sains iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

“Selain itu, kementerian juga turut merancang melaksanakan satu projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian juga telah berjaya mendapatkan persetujuan pembinaan Pusat STI Tawau dan Pusat STI Sandakan yang bernilai lebih daripada RM10.2 juta daripada PETRONAS (RM5.1 juta untuk setiap satu).

“Diharapkan kerjasama dengan PETRONAS dapat diteruskan di semua baki 20 cawangan perpustakaan negeri yang lain,” katanya.

Turut hadir Pengetua Maktab Sabah Nurani Fauziah Derin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/25/ksti-beri-peruntukan-rm250000-kepada-semua-ppd-sabah-untuk-program-stem/feed/ 0 38914
Kos siling tambahan RM92 juta diperlukan untuk Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Kogopon – Armizan https://sabahmedia.com/2023/05/31/kos-siling-tambahan-rm92-juta-diperlukan-untuk-projek-naik-taraf-loji-rawatan-air-kogopon-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/05/31/kos-siling-tambahan-rm92-juta-diperlukan-untuk-projek-naik-taraf-loji-rawatan-air-kogopon-armizan/#respond Wed, 31 May 2023 12:53:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35532
Read Time:2 Minute, 44 Second

PAPAR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berharap Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan tambahan kos siling sebanyak RM92 juta Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Kogopon di daerah Papar.

Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkata, kos siling tambahan itu adalah untuk membolehkan projek tersebut mula dilaksanakan tahun ini kerana ia akan siap dalam tempoh tiga tahun bagi penambahan kapasiti bekalan air bersih dan ia juga merupakan salah satu cara untuk menangani masalah gangguan bekalan air bersih yang dihadapi khususnya penduduk di kawasan daerah Papar.

“Esok saya juga terlibat mewakili Kerajaan Persekutuan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di Putrajaya.

“Mesyuarat itu merupakan komitmen yang diumumkan Perdana Menteri ketika Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dua minggu lepas bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu bukan mengambil alih, tetapi membantu untuk menangani isu yang sekian lama berlarutan iaitu antaranya masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri Sabah ini dengan kaedah-kaedah sama ada menambah peruntukan ataupun memberikan pinjaman mudah dan sekiranya ada keperluan yang lebih besar membantu untuk kita mendapatkan sukuk.

“itu adalah kaedah-kaedah yang kita akan pertimbangkan berpandukan kepada senarai yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah esok apa yang disenaraikan iaitu keutamaan PM tadi menyebut bahawa kita akan mengambil pendekatan jangka pendek, menengah dan panjang dalam usaha menangani masalah air di Sabah secara keseluruhannya termasuklah di Papar ini,” katanya pada sidang media selepas Program Semarak Perpaduan Rakyat Bersempena Sesi Ramah Mesra Bersama Paparian di Tapak Bazar Palm Square, Kinarut dekat sini hari ini.

Armizan berkata, di Papar ini terdapat satu projek yang sebenarnya telah dirancang sejak sekian lama iaitu menaik taraf Loji Rawatan Air Kogopon untuk memproses kapasiti pemprosesan 40 juta liter air sehari kepada 80 juta liter air sehari jadi harga keperluan peruntukan untuk projek tersebut adalah lebih kurang RM300 juta pada peringkat awal beberapa tahun yang lalu namun setelah lap untuk menilai keperluan kerana kita mahu laksana pada tahun ini jumlah tersebut telah meningkat RM92 juta keperluannya untuk pinjaman mudah.

“Dan tadi kita nyatakan dalam kertas tersebut (permohonan) projek itu perlu disegerakan sebab kalau kita bertangguh sebenarnya isu air ini akan berterusan, kalau tangguh juga kosnya akan lebih meningkat.

“Sebenarnya kalau ikut perancangan awal Loji Rawaran Air Kogopon itu perlu siap pada tahun ini tetapi apa yang berlaku disebabkan oleh isu-isu tertentu projek tersebut tidak berjalan sebelum ini jadi Kerajaan Persekutuan memberi komitmen untuk melaksanakan pada tahun ini namun Kerajaan Negeri memohon untuk ditambah siling peruntukan sebanyak RM92 juta.

“InsyaAllah inilah juga antara yang akan dibawa kepada Kerajaan Negeri esok dan kita berharap Kerajaan Persekutuan meluluskan siling tambahan sebanyak RM92 juta tersebut untuk membolehkan projek tersebut mula dilaksanakan tahun ini kerana ia akan siap dalam tempoh tiga tahun untuk penambahan kapasiti tersebut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, selain pengumuman naik taraf infrastruktur jalan raya dan perparitan di kawasan Kinarut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, Armizan turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM1.5 juta untuk projek membina Pasar Am baru di Pekan Kinarut dan akan dilaksanakan tahun ini juga.

“Ini adalah projek-projek kecil khusus untuk masyarakat di Pekan Kinarut ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/31/kos-siling-tambahan-rm92-juta-diperlukan-untuk-projek-naik-taraf-loji-rawatan-air-kogopon-armizan/feed/ 0 35532
UCSF terima zakat untuk pelajar dari BIMB https://sabahmedia.com/2023/04/15/ucsf-terima-zakat-untuk-pelajar-dari-bimb/ https://sabahmedia.com/2023/04/15/ucsf-terima-zakat-untuk-pelajar-dari-bimb/#respond Sat, 15 Apr 2023 10:16:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32810
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) baru-baru ini membayar zakat kepada University College Sabah Foundation (UCSF) untuk diperuntukkan kepada golongan pelajar asnaf.

Dalam majlis ringkas di kampusnya di Sembulan, penyampaian replika cek berjumlah RM10,000 daripada BIMB kepada UCSF dengan kehadiran pegawai kanan UCSF telah dijalankan.

Semasa majlis itu, Pengarah Perhubungan Pengguna Negeri, Melvin Ogos dan Pengurus Deposit (Korporat) Japri Mat Salleh, berkongsi bahawa Bank Islam Malaysia Berhad akan cuba mengembangkan sumbangan zakatnya kepada lebih ramai asnaf.

Sementara itu, Naib Canselor, Dr.Rafiq Idris mengucapkan terima kasih kepada BIMB kerana memilih UCSF sebagai salah satu organisasi untuk menerima zakat asnaf dalam kalangan pelajar UCSF.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/15/ucsf-terima-zakat-untuk-pelajar-dari-bimb/feed/ 0 32810
RM1.85 juta untuk bantu pelajar Sabah di Timur Tengah https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/ https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/#respond Sun, 19 Mar 2023 06:19:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31087
Read Time:1 Minute, 37 Second

KAHERAH: Kerajaan Negeri meluluskan RM1.85 juta untuk membantu meringankan beban pelajar Sabah yang sedang belajar di Mesir, Arab Saudi dan Jordan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri memahami kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh pelajar di Timur Tengah,” katanya sambil menambah bahawa Yayasan Kebajikan Sabah dan Yayasan Sabah akan menyelaraskan bantuan.

Ketua Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan bersama pelajar Sabah yang sedang menuntut di universiti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi anjuran Yayasan Sabah di Al-Saraya Intercontinental, Hotel City Star, di sini pada Sabtu.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Lebih 200 pelajar Sabah kini sedang menuntut di negara-negara tersebut.

Hajiji menyeru kepada semu pelajar supaya terus fokus pada pelajaran dan mempelajari Al-Quran dan hadis secara mendalam.

“Saya mahu anda semua terus fokus pada pelajaran dan gunakan peluang ini untuk mempelajari Al-Quran dan Hadis secara mendalam. Mempunyai pemahaman yang lebih mendalam akan meningkatkan intelek anda, nilai yang akan menjadi aset kepada anda apabila kembali berkhidmat kepada negara,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan RM10,000 untuk membeli buku perpustakaan Wisma Yayasan Sabah di situ daripada Majlis Islam Sabah (MUIS), set Hadrah bernilai RM4,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah serta set komputer kepada Persatuan Pelajar Mesir disumbangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Hajiji bertemu pelajar-pelajar Sabah di Timur Tengah. – Foto ihsan JKM Sabah

Ketua Menteri turut mengadakan sesi minum pagi bersama pelajar sebelum meneruskan penerbangan bersama isteri dan rombongan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Pada 16 Mac lalu, Ketua Menteri telah melawat Ekspo dan Persidangan Keselamatan Maklumat Teluk (GISEC) di Pusat Dagangan Dunia Dubai. Beliau diiringi oleh Safar, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie dan ahli lembaga pengarah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/19/rm1-85-juta-untuk-bantu-pelajar-sabah-di-timur-tengah/feed/ 0 31087
RM2 juta diperuntukkan untuk kerja naik taraf Pusat Kebudayaan Murut Sabah https://sabahmedia.com/2023/03/11/rm2-juta-diperuntukkan-untuk-kerja-naik-taraf-pusat-kebudayaan-murut-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/11/rm2-juta-diperuntukkan-untuk-kerja-naik-taraf-pusat-kebudayaan-murut-sabah/#respond Sat, 11 Mar 2023 07:23:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30668
Read Time:1 Minute, 23 Second

TENOM: Kerajaan meluluskan kerja-kerja menaik taraf RM2 juta untuk Pusat Kebudayaan Murut Sabah bagi mengoptimumkan lagi tarikan pelancongan daerah terutamanya produk pelancongannya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan tiga komponen utama iaitu pembinaan Rumah Pokok, replika kubur dan Rumah Tengkorak.

“Projek itu akan menambah lagi tarikan pelancong di Pusat Kebudayaan Murut Sabah dan seterusnya mewakili tradisi dan budaya masyarakat Murut,” katanya ketika melancarkan Pesta Kalimaran di Pusat Kebudayaan Murut Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memandang kepentingan budaya dan perayaan kesenian pelbagai etnik seperti Pesta Kalimaran.

“Ia akan membantu dalam promosi, pemeliharaan dan peningkatan budaya dan kesenian daripada pelbagai etnik di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, Pesta Kalimaran berpotensi menjadi perayaan untuk mempamerkan kekayaan dan keunikan budaya, kesenian dan tradisi masyarakat Murut kepada seluruh negara dan seterusnya.

“Walaupun Sabah sudah terkenal sebagai destinasi eko-pelancongan, pelancongan budaya juga perlu diberi keutamaan.

“Kepelbagaian dan keunikan tradisi, serta seni budaya 35 etnik dan 217 kumpulan sub-etnik di Sabah adalah kekuatan yang boleh dijadikan modal dalam pelancongan budaya kita,” katanya.

Menurut Hajiji, untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menggariskan tujuh keutamaan iaitu pendigitalan seni budaya atau eBudaya; pelancongan budaya bersepadu; pemeliharaan budaya; mengeratkan hubungan etnik; budaya penyelidikan dan dokumentasi; penyebaran seni budaya; dan perlindungan budaya harta intelek,” katanya.

Keutamaan ini adalah selaras dengan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya di bawah bidang kuasa Lembaga Kebudayaan Sabah yang akan membenarkan keturunan budaya.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin Alfred, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, pengerusi penganjur utama/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang, pembantu menteri, wakil rakyat dan ketua masyarakat setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/11/rm2-juta-diperuntukkan-untuk-kerja-naik-taraf-pusat-kebudayaan-murut-sabah/feed/ 0 30668
RM16.42 juta untuk Program Pembangunan Kepimpinan Belia https://sabahmedia.com/2023/03/06/rm16-42-juta-untuk-program-pembangunan-kepimpinan-belia/ https://sabahmedia.com/2023/03/06/rm16-42-juta-untuk-program-pembangunan-kepimpinan-belia/#respond Mon, 06 Mar 2023 08:11:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30401
Read Time:3 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta
untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia bagi melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program yang akan dilaksanakan meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial.

Katanya, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.

Menurutnya, sejak beliau memimpin kerajaan negeri September 2020, pelbagai
inisiatif baharu telah diperkenalkan kepada golongan belia di negeri ini.

“Justeru dalam bidang pendidikan, kerajaan telah melaksanakan beberapa program
termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang menyasarkan para pelajar yang menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Insiatif lain ialah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah
(BISBAH), Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sabah
(BAGUS), Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (BISTARI) dan Anugerah
Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua
Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Negeri
Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan turut mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)
yang menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah
berpeluang ke IPT di dalam dan di luar negara.

“Kerajaan juga menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia
(SEMESTA) untuk memayungi persatuan mahasiswa di semua IPT seluruh negara
sekali gus bagi mahasiswa menyuarakan pandangan, idea serta cadangan untuk
pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.

“Komitmen kerajaan negeri tidak hanya dalam aspek pendidikan, malah juga
bidang keusahawanan dengan beberapa skim keusahawanan diperkenalkan seperti
Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) yang membantu belia yang berkecimpung dalam perniagaan kembali bangkit setelah terjejas akibat penularan
COVID-19.

“Program ini akan diteruskan dan saya menyarankan Majlis Belia Sabah (MBS) dapat
menjadi penggerak penting kepada pelaksanaan SYABAS pada tahun ini”, jelasnya.

Menurutnya, pelaksanaan Felo SMJ yang bermula pada tahun lalu, akan diteruskan
pada tahun ini dibawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKBS) dengan Presiden
MBS yang akan menyelaras program itu dengan kerjasama Kementerian Belia dan
Sukan Sabah (KBSS) dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR). Ini
termasuk beberapa penganjuran program baharu seperti Dewan Belia Sabah.

“Kerajaan Negeri juga akan sentiasa mendengar dan memberi tumpuan
kepada suara anak muda di negeri ini kerana pandangan dan pendapat mereka
diperlukan untuk menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Justeru katanya, dalam Belanjawan 2023 Sabah, Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sebanyak RM97.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan di Sabah.

“Pembangunan modal insan tidak hanya kepada potensi belia semata-mata. Saya
amat mengambil berat akan pelan pembangunan belia berisiko terutamanya dalam isu
penagihan dadah.

“Saya mengambil maklum mengenai pemerkasaan program kesedaran awam
mengenai salah guna dadah di kalangan belia. Saya percaya MBS dan badan-badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia-belia berisiko”, katanya.

Serentak itu Hajiji meletakkan harapan tinggi kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) dan MBS untuk bergerak bersama dalam memastikan program pendidikan pencegahan dadah ini dapat dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi. Beliau percaya dengan pelan perancangan strategik untuk menyantuni pembangunan potensi belia berisiko, dapat dijayakan demi pembangunan belia Sabah secara holistik.

Hajiji juga menyarankan semua agensi kerajaan dan pertubuhan belia di negeri ini
bersama-sama dengan AADK dalam mencapai matlamat komuniti bebas dadah.

“Belia sebagai faktor pelindung harus menyokong kempen “Lebih Baik Cegah” kerana
pencegahan bermula dari rumah”, tegasnya.

Beliau turut berkata, Kerajaan Negeri bertekad untuk membawa negeri ini terus maju dan
makmur serta perjuangan terhadap hak dan kepentingan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus diperjuangkan, terutamanya hak dan kepentingan yang hadir dan terjamin bersama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita berpendirian semangat dan prinsip MA63 itu sentiasa hidup dan relevan hingga hari ini dan masa depan”, katanya.

Katanya, menerusi Hala Tuju SMJ yang akan genap dua tahun pelaksanaannya pada
29 Mac 2023, telah melakar kejayaan demi kejayaan, termasuk peningkatan hasil negeri menghampiri paras RM7 bilion berbanding paras RM4 bilion ketika bermula.

Hajiji berkata, peningkatan hasil negeri bermakna lebih banyak peruntukan boleh
disalurkan untuk kesejahteraan rakyat, dan beliau optimis, angka ini akan terus
bertambah pada tahun akan datang sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah.

“Kita akan memastikan segala perancangan dilaksanakan, di samping mengenal pasti
strategi serta meneroka peluang dan potensi baharu, termasuk usaha untuk menarik
lebih banyak pelaburan ke Sabah di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ”, katanya.

Beliau turut mengajak para belia agar terus memberi sokongan serta dokongan
kepadanya dan rakan-rakan lain dalam membawa negeri Sabah lebih maju dan
makmur. Sokongan rakyat khususnya anak muda kepada kerajaan amat penting bagi memastikan kestabilan negeri terjamin.

Majlis turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin dan Presiden Majlis
Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/06/rm16-42-juta-untuk-program-pembangunan-kepimpinan-belia/feed/ 0 30401
Sabah peruntukkan RM97.5 juta untuk pembangunan belia dan sukan tahun ini https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/#respond Thu, 23 Feb 2023 06:44:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29930
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM97.5 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk pembangunan belia dan sukan, menaik taraf kemudahan sukan dan penyediaan pengajian sains sukan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini mencerminkan Kerajaan Negeri komited untuk memajukan pembangunan sukan di Sabah.

“Sebagai Ketua Menteri Sabah, saya mahu melihat Sabah melahirkan lebih ramai atlet yang hebat dan ahli sukan yang akan membawa kegemilangan sukan kepada negeri dan negara kita.

“Ramai yang telah cemerlang dan membanggakan Sabah dan daerah di peringkat kebangsaan serta di
arena sukan antarabangsa,” katanya pada pelancaran media Kejohanan Ragbi Borneo Sevens 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada sukan seperti ragbi supaya bakat muda boleh ditemui dan diolah.

“Sabah, seperti yang kita sedia maklum sudah pun menjadi salah satu ‘power-house’ sukan ragbi di Malaysia dan saya amat berbangga kerana pasukan ragbi lelaki Sabah telah cemerlang dan berjaya memenangi
sebanyak lima kali dalam Kejohanan Piala Agong yang berprestij setakat ini. Ini petanda baik untuk sukan ragbi di negeri ini dan saya ingin melihat pasukan ragbi kita melonjak ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Ketua Menteri berkata bersama Sabah Rugby Union dan Eagles Rugby Club antara perintis dalam melaksanakan teknik dan modul terkini dalam pembangunan sukan, beliau boleh meramalkan masa depan yang baik untuk permainan di sini.

“Saya gembira mengetahui bahawa pertubuhan Ragbi Sabah telah menetapkan standard dalam sukan
pembangunan yang patut dicontohi ramai,” katanya dan yakin pengurusan ragbi Sabah mempunyai kemampuan.

“Dengan kehadiran pasukan luar negara ternama dan pasukan terbaik Malaysia beraksi, peminat sukan khususnya peminat ragbi akan dijamu dengan kecemerlangan ragbi
pada Mac akan datang ini.

“Saya yakin Borneo Sevens akan terus berkembang, berprestij untuk menjadi acara teras dalam kalendar kejohanan untuk semua pasukan ragbi di rantau ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/feed/ 0 29930
LSS diseru sediakan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna – Ellron https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/#respond Tue, 21 Feb 2023 23:46:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29862
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin menyeru kepada Lembaga Sukan Sabah (LSS) supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna kemudahan sukan di pusat-pusat dan kompleks sukan yang terdapat di negeri ini.

‘Kita kena melihat semula dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh pihak pengurusan, ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ia menimpa kepada pengguna yang menggunakan kemudahan dan peralatan kita,” kata Ellron.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina dan Hari Natal Lembaga Sukan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada Selasa (21 Feb).

Selain itu, Ellron turut menekankan pentingnya pihak pengurusan untuk mendengar keluhan dan aduan daripada para pengguna bagi memastikan perkhidmatan dapat ditambah baik.

“Selaku kakitangan kita perlulah menyedari akan pentingnya aduan daripada orang awam, kerana itulah cara kita bertindak dalam memastikan sistem perkhidmatan kita lebih cekap, teratur dan selamat,” katanya.

Tambah beliau, pematuhan SOP, penyediaan peralatan dan kemudahan yang selamat serta penerimaan aduan orang awam secara terbuka adalah wajar dan merupakan keutamaan terpenting sebagai seorang kakitangan di LSS.

“Ini akan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kemudahan dan pusat sukan yang ditawarkan oleh LSS,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau amat menghargai semua pencapaian yang dilakar oleh LSS dan percaya kepada keberkesanan kerja secara berpasukan dari semua pihak.

“Melalui kerjasama berpasukan, semua tugasan dan peranan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisien,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan sokongan padu antara semua agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar dapat diteruskan bagi menjadikan negeri ini lebih maju dan membangun sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam memastikan pembangunan dan kemajuan dalam memperkasakan belia dan sukan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/22/lss-diseru-sediakan-perkhidmatan-terbaik-untuk-para-pengguna-ellron/feed/ 0 29862