uppm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 May 2026 00:57:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png uppm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UPPM tonggak penyampai dasar Kerajaan kepada rakyat – Masidi https://sabahmedia.com/2026/05/21/uppm-tonggak-penyampai-dasar-kerajaan-kepada-rakyat-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/05/21/uppm-tonggak-penyampai-dasar-kerajaan-kepada-rakyat-masidi/#respond Thu, 21 May 2026 00:57:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97061
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Peranan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) amat penting sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat dalam memastikan setiap dasar serta program pembangunan dapat disampaikan dengan berkesan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kakitangan yang dilantik diingatkan agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

“Kakitangan yang dilantik perlu memastikan segala dasar serta inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dan sesi penyerahan watikah jawatan UPPM Karanaan Ranau, di pejabatnya.

Antara pelantikan yang disampaikan ialah Pemimpin Kemajuan Masyarakat (CDO) Mohd Syukri Saridih, Penyelia Kemajuan Masyarakat Georgie Tham Soon Kong. Manakala jawatan Pemaju Mukim disandang oleh Mohd. Radzi Shah Junaidi, Adlyzan Jasirin, Jardern J. Saliun, Jorius Aban, Jasni Harun dan Rudolf Bidi.

Bagi Pemaju Masyarakat dijawat oleh Sitimeh Jimin, Nurul Syakirah Shahira dan Mohd Amirul Junaidi. 

Turut hadir pada majlis penyampaian itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan, Suhaimi Manjun.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu, turut menasihatkan semua kakitangan agar mengekalkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam melaksanakan tugas demi memastikan pembangunan di kawasan daerah khusunya kawasan DUN berkenaan dapat terus diperkasakan.

Oleh itu, beliau mengingatkan kepada kakitangan UPPM agar sentiasa menepati masa dan melaksanakan tugas dengan penuh disiplin bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kerja sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan secara lebih cekap dan berkesan.

“Kerajaan negeri sentiasa komited meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat dan menyeru semua pihak agar memainkan peranan masing-masing bagi memastikan setiap usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/21/uppm-tonggak-penyampai-dasar-kerajaan-kepada-rakyat-masidi/feed/ 0 97061
Matunggong perkukuh penyampaian perkhidmatan melalui empat lantikan baharu UPPM https://sabahmedia.com/2026/03/19/matunggong-perkukuh-penyampaian-perkhidmatan-melalui-empat-lantikan-baharu-uppm/ https://sabahmedia.com/2026/03/19/matunggong-perkukuh-penyampaian-perkhidmatan-melalui-empat-lantikan-baharu-uppm/#respond Thu, 19 Mar 2026 07:11:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93573
Read Time:1 Minute, 15 Second

MATUNGGONG: Empat lantikan baharu Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dijangka memperkukuh penyampaian perkhidmatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, yang mempunyai jumlah kampung terbanyak di Sabah.

Kawasan itu merangkumi 152 kampung yang diwartakan, dengan 147 daripadanya mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong merangkap Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, berkata penambahan itu menjadikan keseluruhan 12 anggota UPPM di kawasan berkenaan, sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan dalam menyelaras tugas serta menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata, pemilihan kakitangan dibuat berdasarkan semangat kerjasama dalam komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan kelancaran gerak kerja di peringkat akar umbi.

Menurutnya, ketua jabatan dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) turut diberi kuasa untuk menyelaras serta mengagihkan tugas kepada semua kakitangan supaya setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

“Semua kakitangan perlu bekerja dengan penuh tanggungjawab dalam membantu kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya dalam memastikan kesiapsiagaan di peringkat lapangan,” katanya ketika majlis pelantikan di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepentingan semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan serta mengingatkan agar tiada pihak menyalahgunakan jawatan untuk mengugut atau memberi tekanan kepada rakan sekerja.

“Amalan kerja yang profesional dan saling menghormati perlu menjadi asas dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Turut hadir PPM Matunggong, Epson Kawahui; Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Tinah Maralin; mantan ADUN Matunggong merangkap Timbalan Ketua Bahagian Matunggong Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Sarapin Magana; serta Setiausaha Politik kepada Menteri KWKKR, Marius Masain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/19/matunggong-perkukuh-penyampaian-perkhidmatan-melalui-empat-lantikan-baharu-uppm/feed/ 0 93573
Sabah Electricity dan UPPM jalin kerjasama perluas capaian elektrik https://sabahmedia.com/2025/06/26/sabah-electricity-dan-uppm-jalin-kerjasama-perluas-capaian-elektrik/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/sabah-electricity-dan-uppm-jalin-kerjasama-perluas-capaian-elektrik/#respond Thu, 26 Jun 2025 06:55:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76204
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kerjasama antara Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negeri (UPPM) bagi memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan ke seluruh pelusuk negeri.

“Usaha ini melengkapi inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat di negeri ini terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat akses kepada bekalan elektrik,” katanya menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sabah Electricity dan UPPM Sabah di Menara Kinabalu, hari ini.

Ketua Menteri berkata kerjasama ini juga selaras dengan peranan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing

Beliau berkata PPM memainkan peranan penting dan memikul tanggungjawab besar yang dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab.

Di bawah MoU selama setahun ini, Sabah Electricity dan UPPM Sabah akan bekerjasama dalam meningkatkan sambungan bekalan elektrik, khususnya di kawasan yang belum diliputi, membangunkan infrastruktur tenaga mampan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai perkhidmatan dan fungsi Sabah Electricity, termasuk penggunaan tenaga yang efisien.

Projek-projek di bawah kerjasama ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Secara keseluruhannya, kerjasama strategik antara Sabah Electricity dan UPPM Sabah ini akan menjadi titik fokus kepada semua perkara berkaitan perkhidmatan Sabah Electricity.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk ir Ts Mohd Yaakob Jaafar bagi pihak Sabah Electricity, manakala UPPM Sabah diwakili oleh Pengarahnya Datuk Awang Kadin Tang.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/sabah-electricity-dan-uppm-jalin-kerjasama-perluas-capaian-elektrik/feed/ 0 76204
SESB jalin kerjasama dengan UPPM Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/01/sesb-meterai-mou-jalin-kerjasama-dengan-uppm-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/01/sesb-meterai-mou-jalin-kerjasama-dengan-uppm-sabah/#respond Thu, 01 Aug 2024 06:34:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58402
Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memerlukan jalinan kerjasama daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat mengenai ceritera pembangunan negeri kepada masyarakat, kata Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya, peranan UPPM diharap dapat berkongsi maklumat terkini kepada masyarakat berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan serta usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SESB untuk meningkatkan pembekalan elektrik.

Madius berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Libat Urus SESB Bersama UPPM Negeri Sabah 2024 di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

Dalam pada itu, Madius berkata, SESB juga sedar dengan peredaran landskap ekonomi Sabah yang beraspirasi ke arah industrialisation yang kesemuanya menuntut perkhidmatan bekalan elektrik yang berdayaharap dan berpatutan.

Katanya, pendekatan yang dibuat adalah untuk memastikan upstream adequency (iaitu memastikan kapasiti penjanaan dan talian penghantaran yang kukuh) dan downstream reliability (iaitu keboleh harapan retikulasi Pembahagian).

“Justeru itu, Pelan Kelestarian SESB dibangunkan pada 2018 dan memberikan fokus kepada tiga strategik utama dalam usaha untuk menangani cabaran dan kekangan ke arah memberikan perkhidmatan bekalan elektrik yang mampan dan berdayaharap menjelang 2030.

“Perancangan pembangunan melalui pelan ini adalah dengan menggunakan kaedah SML iaitu Short, Medium dan Long dan memberikan keutamaan kepada meningkatkan prestasi Teknikal dan Kewangan syarikat dengan dibantu atau disokong oleh cara bekerja yang menggunakan pendekatan Budaya Berprestasi Tinggi.

“Antaranya Safety Excellence, Maintenance Excellence, Innovative and Risk Smart atau Kecemerlangan Keselamatan, Kecemerlangan Penyelenggaraan, Inovatif dan Risiko Pintar,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, SESB turut memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mentransformasikan SESB ke arah yang lebih baik bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

“Pelan Kelestarian SESB ini yang menggabungkan tujuh model perubahan dan akan dizahirkan dengan menggunakan enam tema strategi iaitu mengukuhkan amalan keselamatan, mengoptimakan penjanaan, meningkatkan dayaharap terhadap penjanaan, penghantaran dan pembahagian, melaksanakan inisiatif yang berkaitan dengan pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan system loss, memberi tumpuan kepada hubungan baik dengan pengguna dan yang terakhir melaksanakan Incentive Based Regulations (IBR),” katanya.

Menurutnya lagi, SESB juga kini mengorak langkah kearah pengurusan berlandaskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di dalam operasi seharian. Namun begitu, konsep kemampanan ini bukanlah sesuatu yang baharu di SESB, malah agenda kemampanan telah lama menjadi sebahagian daripada fokus SESB dalam memastikan infrastrukur yang dibangunkan oleh SESB untuk rakyat tidak menjejaskan alam sekitar secara keseluruhannya.

“Tumpuan kepada elemen berasaskan amalan ESG adalah penting ketika ini bagi memastikan SESB dapat mencapai objektif syarikat. Dalam pada itu, usaha kearah ESG ini juga adalah sebagai sokongan kepada kerajaan untuk merancakkan semula pembangunan sosioekonomi negara dengan kemampanan dan kemakmuran jangka panjang menjadi asas untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Usaha-usaha ini menunjukkan keprihatinan SESB sebagai sebuah syarikat pembekalan utiliti tenaga yang dipercayai, berdayaharap dan progresif di negeri Sabah untuk sama-sama membantu memacu pembangunan Sabah dan juga W.P Labuan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, SESB amat berharap agar penganjuran program tersebut dapat memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan perkhidmatan SESB dan secara langsung dapat membantu SESB untuk mendekatkan diri dengan pelanggan-pelanggan, stakeholders dan strategic partner.

Sementara itu, Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, peluang yang diberikan oleh SESB pada hari ini untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan SESB perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan secara bijak agar PPM dapat memberikan khidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing dengan baik.

“Apa saja yang dikongsikan oleh SESB perlu disampaikan kepada rakyat agar mereka faham dan tahu fungsi sebenar SESB dalam membantu memacu pembangunan negeri Sabah.

“Peranan kita sebagai PPM perlu diaktifkan, bukan sahaja mendengar masalah dan keluhan rakyat di peringkat akar umbi dan menyelesaikan dengan adil dan bijak tetapi sebagai wadah untuk menyampaikan apa jua maklumat-maklumat yang perlu diketahui yang akan memudahkan kehidupan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/01/sesb-meterai-mou-jalin-kerjasama-dengan-uppm-sabah/feed/ 0 58402
Ketua Menteri serah kenderaan rasmi kepada 21 pejabat kawasan UPPM https://sabahmedia.com/2023/02/03/ketua-menteri-serah-kenderaan-rasmi-kepada-21-pejabat-kawasan-uppm/ https://sabahmedia.com/2023/02/03/ketua-menteri-serah-kenderaan-rasmi-kepada-21-pejabat-kawasan-uppm/#respond Fri, 03 Feb 2023 05:09:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28972
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sebanyak 21 buah kereta jenis hilux kepada 21 pejabat kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di lobi utama Menara Kinabalu, hari ini.

Beliau menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) daripada 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada fasa ke-2 penyerahan kenderaaan rasmi itu.

Hajiji berkata, setiap pejabat UPPM di 73 kawasan DUN akan menerima sebuah
kenderaan rasmi yang bertujuan memberi kemudahan kepada PPM dan pegawainya
untuk melawat kawasan dan kampung-kampung terutama sekali di luar bandar.

“Saya berharap dengan adanya kenderaan rasmi untuk UPPM, maka pegawai-pegawai
kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan dengan lebih lancar dan berkesan”, katanya.

21 pejabat kawasan UPPM yang menerima kenderaan rasmi hari ini ialah Sulaman,
Petagas, Tanjung Keramat, Segama, Gum-Gum, Bongawan, Tanjung Kapor, Kadamaian, Tamparuli, Inanam, Likas, Luyang, Tanjung Aru, Moyog, Membakut, Kundasang, Melalap, Sekong, Karamunting, Sulabayan dan Merotai.

Sebanyak tujuh buah kenderaan rasmi telah diserahkan kepada tujuh pejabat kawasan UPPM iaitu DUN Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk pada fasa pertama penyerahan pada 25 Oktober 2022.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar dan Pengarah UPPM Negeri, Datuk Awang Kadin Tang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/03/ketua-menteri-serah-kenderaan-rasmi-kepada-21-pejabat-kawasan-uppm/feed/ 0 28972
Rakyat Disaran Tampil Derma Darah Bantu Tangani Masalah Kekurangan Bekalan Darah https://sabahmedia.com/2021/09/08/rakyat-disaran-tampil-derma-darah-bantu-tangani-masalah-kekurangan-bekalan-darah/ https://sabahmedia.com/2021/09/08/rakyat-disaran-tampil-derma-darah-bantu-tangani-masalah-kekurangan-bekalan-darah/#respond Wed, 08 Sep 2021 10:51:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6021
Read Time:1 Minute, 33 Second

LAHAD DATU: Rakyat khususnya di daerah ini disaran untuk tampil menderma darah membantu pesakit yang memerlukan termasuk bagi menangani masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Lahad Datu.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama Mizma Appehdullah berkata, amalan itu merupakan satu sikap yang baik dan mulia kerana mampu membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

“Mereka yang sering menderma darah boleh memperolehi faedah yang disediakan kerajaan termasuklah rawatan percuma di hospital kerajaan.  Penderma juga akan dapat mengetahui status kesihatan mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Program Derma Darah di Kampung Jaya Lahad Datu, di sini,semalam.

Katanya, program yang diadakan itu adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jawa, Ketua Kampung dan Hospital Lahad Datu.

“Pada program kali ini, seramai 15 orang kakitangan Hospital Lahad Datu yang diketuai Dr. Thiaggu dan Dr. Keeshan ditugaskan untuk menjayakan program ini.

“Sebanyak 40 pain darah berjaya dikumpul pada program ini dan itu adalah yang tertinggi direkodkan berbanding program lain yang pernah dianjurkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma berkata, inisiatif dan usaha menerusi pelaksanaan program derma darah itu akan dapat membantu menambah bekalan darah yang sering kekurangan di hospital-hospital kerajaan di negeri ini.

“Program derma darah yang diadakan itu jelas membuktikan bahawa masyarakat sangat prihatin dan bertanggungjawab membantu orang ramai.  Justeru, saya menyeru masyarakat agar tampil dan memberikan sumbangan dalam konteks pendermaan darah,”katanya.

Tambahnya, dengan menderma darah sekali seumur hidup mampu menyelamatkan satu nyawa dan memberikan kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.

“Apa yang pasti, program seumpama ini tentunya menuntut kerjasama dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama,” katanya.

 “Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak hospital, Ketua Kampung, JPKK dan penduduk yang hadir. Semoga program ini akan dapat membantu masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Lahad Datu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/08/rakyat-disaran-tampil-derma-darah-bantu-tangani-masalah-kekurangan-bekalan-darah/feed/ 0 6021
UPPM bantu Program Outreach Vaksinasi di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/30/uppm-bantu-program-outreach-vaksinasi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/uppm-bantu-program-outreach-vaksinasi-di-sabah/#respond Fri, 30 Jul 2021 06:03:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3786
Read Time:54 Second

KIULU: Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Matbali Musah turun padang meninjau program serta aktiviti pendaftaran dan vaksinasi Covid-19 yang kini terus diperhebatkan di kawasan perkampungan menerusi Program ‘Outreach’ oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Kota Kinabalu 2021, melibatkan tujuh buah Kampung di sekitarnya pada Khamis.

Menurut Matbali melalui hantaran di laman ‘Facebook’ nya, Program Outreach Vaksinasi itu diadakan di Balai Raya Kg Pinahawon dan Mantob yang mensasarkan 700 penerima Vaksin di kawasan berkenaan.

“Pada sebelah pagi di lokasi SK Ruminding mensasarkan penduduk Kg Ruminding/Tiku dan pada sebelah petang pula Kampung Pinahawon , Mantob dan kampung sekitarnya.

“UPPM juga merupakan anggota CITF Negeri Sabah dan seluruh kakitangannya di 73 kawasan turut sama digerakkan membantu program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan di setiap kawasan,” katanya.

Turut hadir semasa program tersebut ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Dr Roland Chia, Pemimpim Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam, Datuk William Majinbon, Staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Suhaila Osman.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/uppm-bantu-program-outreach-vaksinasi-di-sabah/feed/ 0 3786
1,369 Bakul Makanan Diagihkan Menerusi Program CSR Di Kampung Likas https://sabahmedia.com/2021/07/08/1369-bakul-makanan-diagihkan-menerusi-program-csr-di-kampung-likas/ https://sabahmedia.com/2021/07/08/1369-bakul-makanan-diagihkan-menerusi-program-csr-di-kampung-likas/#respond Thu, 08 Jul 2021 09:03:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2756
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Keperitan penduduk sekitar Kampung Likas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan berupa bakul makanan sumbangan menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebuah syarikat.

Sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad itu merupakan inisiatif Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama UMNO Bahagian Sepanggar; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau dan Kelab Amal Bakti Likas (ABL).

Pengerusi Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, menerusi program itu, sebanyak 1,369 sumbangan berupa bakul makanan diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat PKPD sebelum ini.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, kawasan Kampung Likas sebelum ini telah dikenakan PKPD bermula 10 Jun lalu dan tamat pada awal Julai lalu.  Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk mengadakan program CSR bersama Puncak Niaga Holdings Berhad; UPPM DUN Darau dan ABL.

“Menerusi sumbangan CSR ini, kami mensasarkan kepada penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD selain keluarga yang terpaksa menjalani kuarantin COVID-19,” katanya.

Program CSR itu disempurnakan Pengarah UPPM Sabah Datuk Matbali Musah.

Hadir sama, Penolong Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jumat Idris; Ketua Wanita UMNO Sepanggar Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengerusi Kelab ABL Ir Aziz Julkarnain.

Musliati yang juga pelaksana program CSR berharap usaha murni itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjehas.

“Semoga dengan inisiatif dan budaya bantu-membantu serta kerjasama pelbagai pihak akan dapat diteruskan bagi membantu rakyat khususnya kepada golongan sasar,”katanya.

Terdahulu, Matbali berkata, pihaknya menyeru agar lebih ramai golongan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya ketika pandemik COVID-19.

Katanya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada badan korporat yang telah menjalankan CSR mereka kepada golongan terkesan terutama kepada penduduk di kawasan PKPD.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/08/1369-bakul-makanan-diagihkan-menerusi-program-csr-di-kampung-likas/feed/ 0 2756
UPPM Setiap DUN Diyakini Mampu Gerak Khidmat Agih Bantuan https://sabahmedia.com/2021/07/08/uppm-setiap-dun-diyakini-mampu-gerak-khidmat-agih-bantuan/ https://sabahmedia.com/2021/07/08/uppm-setiap-dun-diyakini-mampu-gerak-khidmat-agih-bantuan/#respond Thu, 08 Jul 2021 01:51:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2738
Read Time:58 Second

SIPITANG : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah diyakini mampu menggerakkan khidmat bagi membantu mengagihkan Bantuan Bakul Makanan di setiap kawasan.

Pengarah UPPM Sabah Datuk Matbali Musah berkata, peranan UPPM dalam menyelaras agihan bantuan itu adalah kerjasama bersama Ahli Parlimen; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Pusat Bencana Alam Daerah serta agensi yang terlibat.

“UPPM kita mempunyai jentera di akar umbi. Maka kita sentiasa mendampingi rakyat di kawasan dan usaha mengesan serta membantu rakyat terus giat diusahakan.

“Di peringkat Mukim peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pula turut giat mengesan dan mengumpul maklumat data penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan program Penyampaian Bantuan Bakul Makanan kepada Ketua-Ketua Masyarakat DUN Lumadan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Hafeez Yamani Musa di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen disini kelmarin.

Matbali berkata, pihaknya turut memuji usaha Ahli Parlimen Sipitang yang mewujudkan Bank Makanan (Food Bank) di Parlimen itu bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya, ia juga adalah usaha pemimpin berkenaan dalam mengesan golongan terkesan ketika pandemik COVID-19.

“Saya menyeru masyarakat agar sentiasa tabah mengharungi musibah ketika pandemik wabak ini kerana usaha membantu mereka terus menjadi keutamaan kerajaan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/08/uppm-setiap-dun-diyakini-mampu-gerak-khidmat-agih-bantuan/feed/ 0 2738