upsi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Sep 2021 14:29:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png upsi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Azizulhasni Kini Pensyarah UPSI https://sabahmedia.com/2021/09/06/azizulhasni-kini-pensyarah-upsi/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/azizulhasni-kini-pensyarah-upsi/#respond Mon, 06 Sep 2021 14:21:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5937
Read Time:1 Minute, 18 Second

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyerahkan surat tawaran biasiswa dan jawatan pensyarah kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, tawaran biasiswa itu bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di UPSI dan jawatan pensyarah Gred DS45/51/53.

Katanya, tawaran kepada pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 itu adalah sebagai penghargaan UPSI atas pencapaian cemerlang Azizulhasni di peringkat antarabangsa.

“Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau PhD selama tiga tahun bernilai RM103,700.

“Insentif kecemerlangan ini ditawarkan secara terbuka bermula 1 September lalu hingga 31 Disember 2024.

“Tawaran ini juga bagi membolehkan beliau memberi tumpuan untuk meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris pada 2024,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Majlis penyerahan dokumen berbentuk surat tawaran kepada Azizulhasni itu diadakan di Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Azizulhasni telah dibawa melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Sport City selain menyertai sesi perkongsian pengalaman ‘From Zero To Hero’ secara dalam talian anjuran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) dan Persatuan Sains Sukan.

Antara kisah yang memberi inspirasi ialah bagaimana kesungguhan beliau bersaing dalam sukan dipelopori oleh masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan fizikal dan petua kejayaan 4D beliau iaitu ‘Discipline, Determination, Dedication dan Direction’.

Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu memenangi pingat Perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020. – Utusan Online

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/azizulhasni-kini-pensyarah-upsi/feed/ 0 5937
((VIDEO)) 134 Pelajar UPSI Berasal Dari Sabah Terima Bantuan Bakul Makanan & ‘Hygiene Kit’ https://sabahmedia.com/2021/07/25/video-134-pelajar-upsi-berasal-dari-sabah-terima-bantuan-bakul-makanan-hygiene-kit/ https://sabahmedia.com/2021/07/25/video-134-pelajar-upsi-berasal-dari-sabah-terima-bantuan-bakul-makanan-hygiene-kit/#respond Sun, 25 Jul 2021 09:50:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3581
Read Time:1 Minute, 6 Second

TANJUNG MALIM : Seramai 134 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari negeri Sabah yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan berupa Bakul Makanan termasuk ‘Hygiene Kit’.

Sumbangan itu merupakan usahasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dan Mercy Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban pelajar terlibat yang tidak dapat pulang ke kampung dan masih berada di kampus meskipun dalam tempoh cuti semester.

“Bantuan yang diberikan ini juga akan dapat mengurangkan pergerakan pelajar untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

“Ini sekaligus akan dapat mengurangkan risiko jangkitan,” katanya berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada pelajar UPSI dari Sabah disini pagi tadi.

Terdahulu, Arthur ketika berucap berkata, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terus mendapat bantuan makanan.

Katanya, antaranya ialah Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

“Melalui program ini, saya dimaklumkan sejak pelaksanaanya pada Februari 2019 sehingga Mei 2021 sebanyak 17,954 mahasiswa telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah dijalankan di 27 buah IPT,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/25/video-134-pelajar-upsi-berasal-dari-sabah-terima-bantuan-bakul-makanan-hygiene-kit/feed/ 0 3581