UPSR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Jan 2026 15:07:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png UPSR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keperluan PT3, UPSR dikaji semula https://sabahmedia.com/2026/01/09/keperluan-pt3-upsr-dikaji-semula/ https://sabahmedia.com/2026/01/09/keperluan-pt3-upsr-dikaji-semula/#respond Fri, 09 Jan 2026 15:07:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89467
Read Time:34 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di sini pada Jumaat.

Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/09/keperluan-pt3-upsr-dikaji-semula/feed/ 0 89467