Usahawan Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Nov 2023 09:13:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Usahawan Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih RM600 juta peruntukan untuk usahawan di Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/15/lebih-rm600-juta-peruntukan-untuk-usahawan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/15/lebih-rm600-juta-peruntukan-untuk-usahawan-di-sabah/#respond Wed, 15 Nov 2023 09:13:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45241
Read Time:2 Minute, 11 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah menyalurkan lebih RM600 juta kepada lebih 37,000 usahawan di Sabah bagi tahun 2023.

Menterinya Datuk Ewon Benedick, agensi-agensi yang melaksanakan program dan skim pembiayaan itu ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional, Bank Rakyat dan SME Bank.

“KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan perniagaan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan gerakan koperasi di Sabah sepanjang tahun 2023.

“AIM yang telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM195.2 juta melibatkan 31,828 orang Sahabat Usahawan.

“TEKUN Nasional menyalurkan pembiayaan mikro sebanyak RM121 juta kepada 5,468 usahawan, Bank Rakyat (RM164 juta) kepada 355 usahawan dan SME Bank (RM127.5 juta) kepada 98 usahawan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato’ Verdon Bahanda (Kudat) yang bertanya jenis bantuan dan sokongan perniagaan serta jumlah bantuan atau sokongan khusus kepada pengusaha dan koperasi di Sabah.

Ewon berkata, bagi program pembangunan usahawan, SME Corp telah melaksanakan pelbagai program antaranya Tunas Usahawan Belia Bumiputra (TUBE), Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), Pembangunan Perniagaan Usahawan (BizME), Pengukuhan Eksport PKS (SME G Global) dan Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus.

“Bagi Program TUBE, seramai 244 usahawan muda telah mendapat kelulusan geran sebanyak RM3.66 juta, BEEP sebanyak 10 syarikat dengan pembiayaan geran RM2.08 juta.

“Pensijilan seperti Status PMKS dan SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE) di mana 1,052 syarikat telah mendapat pensijilan, BizME seramai 108 usahawan mendapat bantuan latihan dengan peruntukan RM320 ribu.

“Pengukuhan Eksport PKS (SME G Global) dan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) sebanyak 5 syarikat memperoleh manfaat dengan peruntukan diluluskan berjumlah RM270 ribu.

“Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus iaitu geran khas untuk Sabah dan Sarawak di mana RM5 juta sediakan bagi Sabah dan setakat ini Kementerian telah menerima permohonan 20 usahawan Bumiputera Sabah,” katanya.

Ewon berkata, Instutut Keusahawanan Negara (INSKEN) juga telah melaksanakan 39 program bimbingan dan konsultasi kepada 1402 usahawan.

Katanya, bagi gerakan koperasi, lima koperasi menerima bantuan dan sokongan dana berjumlah RM458,500 di bawah Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi (eFast) dan Program Dagang Produk / Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (eDAPAT);

“Selain itu, lapan koperasi menerima pembiayaan RM30.74 juta di bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM),” katanya.

Ewon berkata, bagi meningkatkan pengetahuan kepada anggota koperasi, sebanyak 46 kursus bimbingan telah dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan penyertaan seramai 4,497 anggota.

“Di bawah Jualan Madani Koperasi pula sebanyak RM161 ribu telah diperuntukkan bagi melaksanakan sebanyak 16 program,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan mengadakan pakej rangsangan ekonomi koperasi pelancongan dengan dana sebanyak RM2 juta pada tahun hadapan di seluruh Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/15/lebih-rm600-juta-peruntukan-untuk-usahawan-di-sabah/feed/ 0 45241
Eskayvie buka peluang perniagaan kepada usahawan Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/25/eskayvie-buka-peluang-perniagaan-kepada-usahawan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/eskayvie-buka-peluang-perniagaan-kepada-usahawan-sabah/#respond Wed, 25 Oct 2023 09:03:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44171
Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Syarikat pengeluar produk kesihatan Halal di Malaysia, Eskayvie menyasarkan untuk melahirkan 2000 Usahawan Eskayvie yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di Sabah pada 2024.

Pengarah Urusannya Kartika Wati Mohamed berkat, sehubungan dengan itu, Eskayvie terus meluaskan jenamanya dengan pembukaan pusat edaran terbaharu di KK Times Square, Kota Kinabalu, di sini, pada Sabtu lalu.

Katanya, pembukaan pusat edaran itu bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah agar produk dapat diperolehi dengan cepat selain pelanggan dapat menikmati penjimatan untuk kos penghantaran.

“Semenjak Eskayvie memperkenal model perniagaan baru iaitu Eskayvie Nexus pada tiga tahun lepas, kami menyaksikan peningkatan terhadap permintaan produk kami terutamanya di Sabah. Justeru, dengan pembukaan pusat edaran di Kota Kinabalu ini, kami berharap dapat berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie ini kepada lebih 3.5 juta penduduk Sabah yang memerlukan.

“Pusat edaran ini turut menyediakan akademi latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan di Sabah. Program latihan dan bimbingan yang komprehensif disediakan untuk membantu setiap usahawan membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.

“Setiap usahawan ini akan mempelajari langkah demi langkah menghasilkan pendapatan minimum RM3,000 sebulan atau lebih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kartika yang juga wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 oleh SME Corp berkata, pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 2000 Usahawan Eskayvie yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di Sabah pada 2024.

“Oleh itu, penduduk Sabah perlu rebut peluang perniagaan bersama kami kerana ia 100 peratus tanpa risiko kerugian. Peluang perniagaan yang disediakan ini sangat mudah. Ia tanpa modal dan tidak perlu simpan stok. Malah, tidak perlu risau mengenai penghantaran produk kerana semuanya diuruskan oleh syarikat.

“Mereka yang ada pengalaman berniaga tetapi masih belum berjaya juga berpeluang untuk berjaya melalui bimbingan secara holistik oleh pasukan kami yang berpengalaman dalam membangunkan perniagaan sehingga ke peringkat global.

“Saya berharap inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada setiap usahawan di Sabah untuk mengambil peluang yang diberikan. Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu saja lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri turut berkongsi pandangan mengenai amalan gaya hidup sihat.

“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

“Isu kesihatan di Malaysia semakin serius termasuklah berkaitan kesihatan mental yang semakin menjadi tumpuan. Jadi, penting untuk kita lakukan langkah-langkah dalam memperbaiki keadaan kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat
melalui amalan pemakanan yang semula jadi dan berkhasiat. Pengambilan nutrisi tertentu juga diperlukan kerana ia terbukti memberi kesan positif terhadap kesihatan minda.

“Eskayvie turut memformulasikan Mindtropic dan i-Qids khusus bagi menyokong kesihatan minda yang membantu individu lebih fokus, menguatkan memori dan mengurangkan stres,” katanya.

Menurutnya, Eskayvie menawarkan pendekatan menyeluruh untuk penjagaan kesihatan dengan rangkaian produk yang merangkumi detoks, pemulihan, peremajaan, penstabilan dan imuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus, layari www.eskayvie.com atau www.eskayvienexus.my

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/eskayvie-buka-peluang-perniagaan-kepada-usahawan-sabah/feed/ 0 44171
Usahawan Sabah disaran adaptasi platform pendigitalan dalam perniagaan https://sabahmedia.com/2023/04/13/usahawan-sabah-disaran-adaptasi-platform-pendigitalan-dalam-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2023/04/13/usahawan-sabah-disaran-adaptasi-platform-pendigitalan-dalam-perniagaan/#respond Thu, 13 Apr 2023 01:44:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32672
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Para usahawan di negeri ini diseru untuk menerima perubahan semasa khususnya dalam mengadaptasi platform pendigitalan dalam menjalankan perniagaan.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sabah, Dr. Shahrizin Abdul Sarhadat berkata, seperti yang dimaklumkan, Sabah merupakan negeri pertama yang melaksanakan program pendigitalan bersama dengan TM Unifi iaitu internet jalur lebar berkelajuan tinggi keluaran Telekom Malaysia (TM) untuk membantu usahawan-usahawan daripada semua peringkat.

“Kita menggalakkan para usahawan ini mengadaptasikan perubahan semasa dengan menggunakan platform digital dalam urusan perniagaan mereka.

“Seramai 40 usahawan Sabah menggunakan sepenuhnya platform yang ada di dalam digital itu untuk memajukan lagi perniagaan ataupun membawa perspektif berbeza bukan sahaja dari segi konvensional tetapi di dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Program Ramadhan Business Talk yang berlangsung di Hotel 7 Suria, di sini pada Rabu.

Seramai 80 orang menyertai program itu terdiri daripada 60 usahawan dari peringkat mikro/kecil dan sederhana dan 20 peserta daripada rakan strategik termasuk warga MARA Sabah.

Shahrizin berkata, dengan penglibatan peserta pelbagai peringkat dalam program itu, beliau mahu kedua-dua pihak iaitu agensi-agensi sebagai penyediaan perkhidmatan dan penerima perkhidmatan keusahawanan dapat satu pemahaman yang sama.

“Program ini merupakan program keusahawanan yang biasa kita laksanakan, tujuannya adalah untuk memberikan input-input yang terkini kepada usahawan-usahawan berkenaan dengan perkembangan semasa.

“Sebab itu kita panggil panel jemputan daripada Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA), SME Corporation Malaysia (SME) dan Telekom Malaysia SME Sabah, untuk menjayakan forum yang bertajuk “Membina Kemampanan Bisnes Dalam Persekitaran VUCA”.

“Inilah matlamat kita supaya para usahawan dapat memajukan perniagaan mereka seterusnya yang paling penting sekali untuk memastikan kemampanan perniagaan mereka yang mana kita tahu tajuk utama forum pada hari ini ialah berkenaan dengan ketidakpastian persekitaran pada hari ini dan sebagainya,” ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan usahawan selepas pandemik Covid-19, Shahrizin berkata, pihak MARA semasa pandemik juga ada menawarkan skim-skim sokongan untuk usahawan-usahawan yang terkesan supaya mereka terus bertahan.

“Alhamdulillah, malahan semasa pandemik pun usahawan MARA yang terkesan ataupun yang gulung tikar adalah kurang dari dua peratus dan pada ketika itu juga MARA ada menawarkan skim-skim pembiayaan dan skim-skim sokongan yang ada dan kita juga telah berikan dana tambahan kepada mereka supaya mereka boleh bertahan.

“Dua skim yang popular pada ketika itu ialah MARA menawarkan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA),” katanya.

Dalam pada itu, Shahrizin turut menyarankan para usahawan harus menerima perubahan semasa dan mengambil peluang untuk memajukan perniagaan mereka sekali gus memajukan ekonomi Sabah.

“Saranan saya mudah sahaja, kita harus menerima perubahan dan contohnya di Sabah walaupun kita dimomokkan dengan kekangan macam-macam, kalau orang cakap Sabah sahaja macam-macam isu tetapi sebagai usahawan kita sepatutnya menukarkan masalah itu kepada peluang, jadi formula itulah yang dipakai di seluruh dunia untuk kemajuan Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/13/usahawan-sabah-disaran-adaptasi-platform-pendigitalan-dalam-perniagaan/feed/ 0 32672