Usahawan wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 08 Jun 2025 05:25:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Usahawan wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Siri Jelajah Perkasa Usahawan Wanita Muda Sabah di Sandakan 11 Jun ini https://sabahmedia.com/2025/06/08/siri-jelajah-perkasa-usahawan-wanita-muda-sabah-di-sandakan-11-jun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/06/08/siri-jelajah-perkasa-usahawan-wanita-muda-sabah-di-sandakan-11-jun-ini/#respond Sun, 08 Jun 2025 05:25:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75216
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (Sabah) [IDS] dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC), dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan, bakal menganjurkan Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi pada Rabu, 11 Jun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan.

Program ini merupakan siri jelajah yang kini memasuki lokasi keempat selepas kejayaan penganjurannya di Beaufort, Ranau dan Tenom. Ia bertujuan untuk memperkasakan usahawan wanita muda luar bandar melalui pendekatan terus kepada komuniti sasaran, dengan menyediakan akses kepada sokongan, pembiayaan, dan latihan secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, program ini disesuaikan mengikut keperluan dan potensi daerah yang dikunjungi bagi memastikan keberkesanan intervensi.

“Setiap daerah mempunyai konteks pembangunan dan cabaran tersendiri. Oleh itu, program ini dirangka agar pendekatannya dapat disesuaikan secara lebih berkesan dengan keadaan setempat,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa peranan wanita dalam menjana ekonomi negeri amat signifikan.

“Wanita merupakan penggerak ekonomi akar umbi yang paling efektif. Mereka mempunyai potensi, kemahiran dan keupayaan besar untuk membantu menjana pembangunan ekonomi Sabah serta merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Program setengah hari itu bakal mengetengahkan sesi perkongsian pengalaman oleh tokoh industri dan usahawan wanita tempatan, termasuk Masna Osman, Pengasas Nana Puteri Beauty & Wellness, dan Rahimah Asrah, Pengerusi Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi.

Turut diadakan adalah sesi bimbingan berkenaan Skim Pinjaman DAYANG oleh SCC serta pendedahan kepada aspek literasi digital satu keperluan penting dalam pengurusan dan pemasaran perniagaan pada era kini.

Kira-kira 600 wanita muda dari kawasan Libaran dan sekitarnya dijangka menghadiri program ini. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Penyelaras Program, Fiona V. Loijon di [email protected] atau 088-450 500.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/08/siri-jelajah-perkasa-usahawan-wanita-muda-sabah-di-sandakan-11-jun-ini/feed/ 0 75216
Usahawan wanita perlu kalis dengan cabaran dunia perniagaan – Redonah https://sabahmedia.com/2023/06/22/usahawan-wanita-perlu-kalis-dengan-cabaran-dunia-perniagaan-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/06/22/usahawan-wanita-perlu-kalis-dengan-cabaran-dunia-perniagaan-redonah/#respond Wed, 21 Jun 2023 23:26:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36842
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA MARUDU: Golongan usahawan wanita di negeri ini diingatkan agar terus mengukuhkan jati diri bagi menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam dunia perniagaan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, dunia perniagaan hari ini sangat mencabar selain berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan yang kadangkala datang tanpa diduga.

Menurut beliau, hasrat kerajaan negeri ialah bukan lagi sekadar melahirkan ramai usahawan tetapi mahu menjadikan usahawan yang ada kalis dengan masalah yang melanda.

“Kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga perlu memberikan perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi.  

“Ini supaya usahawan-usahawan kita mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lembab, serta ada ketika tidak menyokong perkembangan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup kursus Pemprosesan Produk Berasaskan Ikan di Kampung Selaping Kota Marudu di sini pada Rabu (21 Jun).

Hadir sama Presiden KMNITA Sabah, Mollen Simbaku, ahli jawatankuasa KMNITA berserta 50 orang peserta kursus. Program merupakan anjuran Kota Marudu Usahanita (KMNITA) Sabah.

Kursus ini juga memberikan ruang dan peluang untuk menambah ilmu melalui kursus pembuatan ikan pekasam, ikan jeruk liking, bebola ikan dan “fishcake” kepada peserta-peserta kursus.

Redonah berkata, bagi memperkasakan jati diri, usahawan perlulah mempertingkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan termasuk melengkapkan diri dengan pengetahuan keusahawanan.

“Mereka juga perlu menjalin kerjasama dengan perusahaan lain terutamanya syarikat korporat besar. Ini bagi membolehkan usahawan memanfaatkan teknologi terkini, meluaskan rangkaian perniagaan, kekuatan kewangan dan nilai keusahawanan serta memperluaskan perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan sememangnya telah banyak mewujud dan melaksanakan program, seminar dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan membantu usahawan untuk lebih berjaya dan berdaya saing.
 
Katanya, walaupun begitu, kerajaan percaya bahawa masih terdapat ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam meningkatkan pencapaian usahawan.

“Inisiatif mengadakan kursus keusahawanan seperti ini adalah satu sumbangan yang sangat relevan kepada para usahawan tempatan dalam mendapatkan pendedahan mengenai bidang keusahawanan dan berkongsi pengetahuan.  

“Pembangunan usahawan merupakan satu agenda nasional yang perlu dihayati dan dijayakan oleh rakyat terutamanya di kalangan usahawan itu sendiri.  Semuanya bergantung kepada usahawan untuk berubah dan memantapkan ilmu dan kemahiran berniaga,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/22/usahawan-wanita-perlu-kalis-dengan-cabaran-dunia-perniagaan-redonah/feed/ 0 36842
Usahawan wanita perlu tingkatkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan https://sabahmedia.com/2023/06/17/usahawan-wanita-perlu-tingkatkan-pengetahuan-dalam-bidang-keusahawanan/ https://sabahmedia.com/2023/06/17/usahawan-wanita-perlu-tingkatkan-pengetahuan-dalam-bidang-keusahawanan/#respond Sat, 17 Jun 2023 10:33:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36553
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Usahawan wanita perlu meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, pentadbiran perniagaan dan pemasaran bagi membantu menentukan hala tuju perniagaan mereka.

Justeru, Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, percaya pelaksanaan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) dapat meningkatkan ilmu keusahawanan peserta, bukan saja dalam aspek menambah pendapatan malah
mempromosikan produk yang telah dihasilkan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag (kanan) ketika melawat gerai pameran sempena Majlis Perasmian Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) KEMAS Negeri Sabah 2023, di Suria Sabah pada Sabtu. – Foto ihsan JKM

“Program pada hari ini amat bermakna khususnya kepada usahawan wanita. Saya berharap program ini akan memberi peluang kepada usahawan wanita berkongsi pengalaman dan pandangan antara satu sama lain bagi memajukan perniagaan masing-masing.

“Bidang keusahawanan juga memerlukan komitmen yang tinggi, justeru saya menggesa agar usahawan wanita memanfaatkan teknologi terkini untuk memajukan lagi bidang keusahawanan yang diceburi.

“Sekiranya teknologi terkini dikuasai sepenuhnya, ia bukan sahaja menjimatkan masa, tenaga dan wang bahkan berupaya melipatgandakan keuntungan dan mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Program WINS dari Desa ke Global peringkat negeri Sabah Tahun 2023 di Suria Shopping Mall, di sini pada Sabtu.

Katanya, bagi memastikan usahawan wanita terus kekal bersaing pada masa hadapan, mereka harus menambah nilai produk yang dihasilkan.

“Saya berharap menerusi Program WINS ini, ia akan membantu golongan wanita untuk terus bersaing sebagai usahawan, bukan saja di negeri ini malah hingga ke peringkat gobal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/17/usahawan-wanita-perlu-tingkatkan-pengetahuan-dalam-bidang-keusahawanan/feed/ 0 36553