USD – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Jun 2023 03:44:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png USD – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ringgit menjunam kepada RM4.63 sedolar AS https://sabahmedia.com/2023/06/20/ringgit-menjunam-kepada-rm4-63-sedolar-as/ https://sabahmedia.com/2023/06/20/ringgit-menjunam-kepada-rm4-63-sedolar-as/#respond Tue, 20 Jun 2023 03:44:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36695
Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang lemah terhadap mata wang tempatan, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6325/6385 berbanding dolar AS daripada 4.6265/6350 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit juga lemah berbanding pound British dan euro berikutan pendirian di Bank of England dan Bank Pusat Eropah yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.

“Persekitaran luaran kelihatan semakin tidak menentu apabila bank pusat utama kekal bertegas dengan azam mereka untuk menurunkan inflasi.

“Sehubungan itu, gandingan dolar AS/ringgit dijangka kekal sekitar RM4.62 berikutan sentimen pasaran yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9296/9373 daripada 5.9242/9351 pada Isnin, turun berbanding yen Jepun menjadi 3.2598/2643 daripada 3.2588/2650 dan lemah berbanding euro kepada 5.0582/0648 daripada 5.0470/0563 sebelumnya.

Begitu juga, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3152/3378 daripada 13.2926/3236 semalam dan lebih rendah berbanding dolar Singapura menjadi 3.4540/4590 berbanding 3.4490/4556.

Ringgit turut lemah berbanding rupiah Indonesia pada 308.9/309.4 daripada 308.5/309.2 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.30/8.32.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/20/ringgit-menjunam-kepada-rm4-63-sedolar-as/feed/ 0 36695
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS https://sabahmedia.com/2022/01/10/ringgit-dibuka-lebih-tinggi-berbanding-dolar-as/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/ringgit-dibuka-lebih-tinggi-berbanding-dolar-as/#respond Mon, 10 Jan 2022 03:53:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10953
Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat peningkatan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Isnin susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu pada minggu lalu yang kurang memberangsangkan, biarpun harga minyak mentah merosot, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi ini, ringgit disebut harga pada paras 4.2000/2030 berbanding dolar AS daripada 4.2070/2080 pada akhir urus niaga Jumaat lalu.

Menurut peniaga, data penggajian bukan perladangan AS menunjukkan ekonomi negara itu hanya menyaksikan pertambahan 199,000 pekerjaan pada bulan lepas dan susut berbanding 249,000 pada November 2021.

“Walaupun indeks dolar AS susut berikutan laporan pekerjaan AS pada Disember lepas, dolar AS sebaliknya berkemungkinan tidak mengalami kesan berbanding ringgit pada minggu ini dan dijangka diniagakan pada paras 4.21 berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron,” katanya.

Beliau berkata, ringgit juga berkemungkinan menyaksikan satu lagi pusingan jualan sekiranya kadar inflasi AS kembali melonjak dan disusuli dengan tindakan Rizab Persekutuan AS melaksanakan normalisasi dasar dengan lebih awal.

Sementara itu, setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berkurangan 0.37 peratus kepada AS$81.45 setong.

Pada sesi awal pagi ini, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0983/1007 daripada 3.0958/0981 pada akhir Jumaat lepas dan rendah berbanding yen pada 3.6342/6371 daripada 3.6320/6336.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.7091/7131 daripada 5.6999/7037 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding euro kepada 4.7691/7725 daripada 4.7602/7640.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/ringgit-dibuka-lebih-tinggi-berbanding-dolar-as/feed/ 0 10953