usia aset terbengkalai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 01 Apr 2024 01:43:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png usia aset terbengkalai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 USIA gerakkan pelbagai strategi bangunkan aset terbengkalai https://sabahmedia.com/2024/04/01/usia-gerakkan-pelbagai-strategi-bangunkan-aset-terbengkalai/ https://sabahmedia.com/2024/04/01/usia-gerakkan-pelbagai-strategi-bangunkan-aset-terbengkalai/#respond Mon, 01 Apr 2024 01:43:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51988
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan membangunkan semula bangunan lama USIA sebagai satu bangunan bersejarah yang mempunyai nilai sejarah pembinaan sejak tahun 70-an yang lalu.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, langkah itu merupakan antara strategi dan pelaksanaan terhadap aset-asetnya yang terbengkalai bagi pembangunan serta pengurusan semula USIA.

Katanya, ia termasuk pembugaran semula peranan, fungsi dan imej  USIA yang telah pun bertapak lebih 55 tahun di negeri ini.

“Peruntukan telah ada diberikan oleh Ketua Menteri dan InsyaAllah pada tahun ini kita akan bangunkan dengan kadar segera (bangunan lama USIA).

“Peruntukan itu juga saya tidak dapat umum berapa jumlahnya tapi sebagai asas ada untuk memulakan dan InsyaAllah kita akan laksana tahun ini meskipun sudah tertangguh dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sentuhan Kasih Ramadhan anjuran Wanita USIA di di Menara USIA di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita USIA merangkap Ahli Parlimen Beaufort Datuk Aminah Aching.

Sapawi berkata, pusat latihan dakwah yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu juga kini telah siap sepenuhnya dan sedang dalam proses kolaborasi dengan Institut Kemahiran Islam Malaysia(IKIM) bagi mengendali program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Dalam pada itu, USIA juga dalam proses pembangunan semula tanah USIA di Semporna seluas 12 ekar untuk tujuan pelancongan serta pusat pembangunan komuniti setempat, sebagai sumbangan dan sokongan kepada program Sabah Maju Jaya(SMJ).

Terdahulu, turut disampaikan sumbangan kepada 35 golongan asnaf dari Kota Kinabalu, Tambunan, Penampang , Beaufort dan Kota Belud. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/01/usia-gerakkan-pelbagai-strategi-bangunkan-aset-terbengkalai/feed/ 0 51988