usukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Nov 2025 01:43:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png usukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Japlin tidak gentar hadapi saingan enam penjuru di DUN Usukan https://sabahmedia.com/2025/11/19/japlin-tidak-gentar-hadapi-saingan-enam-penjuru-di-dun-usukan/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/japlin-tidak-gentar-hadapi-saingan-enam-penjuru-di-dun-usukan/#respond Wed, 19 Nov 2025 01:43:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86355
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Datuk Japlin Akim menyatakan tidak gentar dengan cabaran meskipun berdepan persaingan sengit enam penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17.

Japlin berkata, meskipun pertembungan itu turut melibatkan dua bekas wakil rakyat Usukan serta seorang Ahli Parlimen Kota Belud, beliau tidak gentar kerana percaya setiap calon mempunyai kekuatan tersendiri.

“Lima calon lain memang memberi cabaran hebat, khususnya dengan kehadiran bekas wakil rakyat dan Ahli Parlimen. Namun saya yakin masyarakat Usukan sudah matang menilai.

“Walaupun saya bukan penyandang, saya satu-satunya calon yang mewakili kerajaan negeri terkini. Rakyat sendiri boleh melihat pelbagai impak positif di bawah pentadbiran GRS dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS untuk DUN Usukan dan DUN Tempasuk di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Japlin menegaskan hasratnya untuk mengembalikan kegemilangan Kota Belud sebagai pusat pertanian dan penternakan utama negeri jika diberikan mandat.

“Sekiranya diberi kepercayaan, saya mahu mengangkat semula sektor pertanian dan penternakan yang suatu ketika dahulu menjadi nadi ekonomi kawasan ini.

“Selain itu, penyertaan belia dalam sektor tempatan juga akan diberi penekanan. Saya mahu melihat anak muda berjaya, sama ada dalam industri kecil dan sederhana atau sebagai usahawan tempatan yang berdaya saing,” ujarnya.

Japlin turut menekankan fokusnya terhadap penyelesaian masalah asas yang sekian lama membelenggu penduduk Usukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/japlin-tidak-gentar-hadapi-saingan-enam-penjuru-di-dun-usukan/feed/ 0 86355
Salleh Cadang GRS Didaftar Secara Rasmi, Elak Tembung Sesama Sendiri https://sabahmedia.com/2021/11/25/salleh-cadang-grs-didaftar-secara-rasmi-elak-tembung-sesama-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/salleh-cadang-grs-didaftar-secara-rasmi-elak-tembung-sesama-sendiri/#respond Thu, 25 Nov 2021 06:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8850
Read Time:1 Minute, 19 Second

CYBERJAYA ~~ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Keruak mencadangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didaftarkan secara rasmi bagi mengelakkan pertembungan sesama parti dalam kerajaan ketika pilihan raya umum akan datang seperti yang berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Katanya, gabungan GRS berkesan kerana ia melibatkan kerjasama parti nasional dan parti tempatan dengan struktur yang jelas.

“Soalnya sekarang, bagaimanakah kita mengelak pertembungan antara ahli GRS seperti PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional) pada depan seperti yang berlaku dalam PRN Melaka?

“Situasi politik Sabah berbeza daripada Semenanjung dan kita tidak boleh lalai dalam perkara ini,” tegasnya dalam satu catatan di Facebook.

GRS ditubuhkan pada 12 Sept selepas PRN negeri sebagai gabungan parti tempatan melibatkan Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin GRS secara serius membincangkan langkah bagi memperkasa gabungan itu supaya ahlinya mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju sendiri.

Jelas Salleh, GRS boleh mempertimbangkan untuk membuka keahlian secara langsung kepada parti lain untuk menjadi ahli gabungan GRS.

“Biar orang awam tidak lagi keliru mengenai GRS. GRS kekal fokus dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Sabah, kita perlu membangunkan ekonomi negeri, menciptakan peluang pekerjaan dan mempersiapkan generasi anak muda sebagai pemimpin masa depan Sabah,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau telah pun membawa perkara itu secara terbuka kepada kepimpinan tertinggi GRS.

“Sudah tentu akan ada perbezaan pendapat, tetapi demi masa depan Sabah saya percaya ia penting untuk membincangkan perkara ini sekarang secara terbuka, membina dan bertimbang rasa.

“Pokoknya, untuk memastikan Sabah terus melangkah GRS perlu ketepikan politik polemik dan kekalkan tumpuan kita untuk terus bekerja,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/salleh-cadang-grs-didaftar-secara-rasmi-elak-tembung-sesama-sendiri/feed/ 0 8850
Parlimen Bakal Disajikan Dengan Pertarungan Angka Sekali Lagi – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/18/parlimen-bakal-disajikan-dengan-pertarungan-angka-sekali-lagi-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/parlimen-bakal-disajikan-dengan-pertarungan-angka-sekali-lagi-salleh/#respond Wed, 18 Aug 2021 08:40:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4835
Read Time:1 Minute, 24 Second

Cyberjaya — Parlimen bakal menyaksikan pertarungan “angka” sekali lagi dengan kemungkinan majoriti tipis, kata bekas menteri persekutuan Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, apa pun yang berlaku harapan rakyat adalah satu “pentadbiran” yang baharu, bukannya suatu “penyelesaian politik” pada waktu mencabar ini.

“Nampaknya kita sedang melalui satu lagi proses untuk memilih PM yang baharu berdasarkan pilihan parti.

“Sekali lagi, ini bermakna ia menjadi pertarungan angka dengan kemungkinan majoriti tipis. Mari kita nantikan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Facebook rasmiya hari ini.

Sementara itu Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bermesyuarat malam tadi telah sebulat suara untuk mencalonkan hanyasatu nama untuk menjadi Calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Dan pagi ini beberapa pertemuan membabitkan pemimpin parti PAS turut dilaporkan berlangsung di Menadar Dato’ Onn, dan pertemuan turut membabitkan pemimpin BERSATU dan UMNO di kediaman Tan Sri Muhiaddin Yassin di Bukit Damansara.

Kenderaan membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dilihat keluar dari kediaman peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini selepas sejam mengadakan pertemuan.

Berselang dua minit kemudian, kenderaan jenis Toyota Vellfire yang membawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dilihat meninggalkan kediaman perdana menteri sementara itu pada pukul 2.55 petang.

Terdahulu, kedua-dua kenderaan yang membawa bekas menteri Kabinet itu masuk ke kediaman Muhyiddin sejak tengah hari tadi.

Dipercayai pertemuan bekas Perdana Menteri itu bersama Hamzah dan Annuar berkait rapat dengan pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Ke-9.

Sementara itu, beberapa media turut melaporkan Muhyiddin akan mengumumkan pendirian Perikatan Nasional berhubung calon perdana menteri baharu pada petang ini. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/parlimen-bakal-disajikan-dengan-pertarungan-angka-sekali-lagi-salleh/feed/ 0 4835
PICK : 1,380 Penduduk DUN Usukan Hadir Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/07/31/pick-1380-penduduk-dun-usukan-hadir-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/pick-1380-penduduk-dun-usukan-hadir-terima-vaksin/#respond Sat, 31 Jul 2021 07:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3848
Read Time:50 Second

KOTA BELUD : Seramai 1,380 penduduk dari beberapa buah kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan hadir menerima vaksin COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Kuala Abai disini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pemberian vaksin kepada penduduk itu adalah bersempena Program Mobilisasi Vaksin Komuniti untuk DUN Usukan.

“Pagi ini saya membuat pemantauan proses vaksinasi di Program Mobilisasi Vaksin Komuniti untuk DUN Usukan di SK Kuala Abai.

“Sudah pasti, program pemberian vaksin ini antara lain bertujuan memastikan rakyat terlindung daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Dr Salleh merakamkan penghargaan kepada semua penduduk di DUN Usukan kerana terus menyokong program vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas usaha dan khidmat mereka yang tidak kenal penat lelah.

“Saya doakan semua berjalan lancar dalam pelaksanaan pemberian vaksin kepada penduduk disini,” katanya.

Program itu merupakan anjuran bersama KKM dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (IPPM) Usukan serta dibantu oleh rakan SSK Centre.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/pick-1380-penduduk-dun-usukan-hadir-terima-vaksin/feed/ 0 3848
ADUN Usukan Sokong Tindakan Kerajaan Negeri Longgarkan Sebahagian SOP Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/30/adun-usukan-sokong-tindakan-kerajaan-negeri-longgarkan-sebahagian-sop-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/30/adun-usukan-sokong-tindakan-kerajaan-negeri-longgarkan-sebahagian-sop-sabah/#respond Wed, 30 Jun 2021 02:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2270
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong sepenuhnya tindakan Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah bagi melonggarkan prosedur standard operasi (SOP) untuk negeri ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu memahami negara kini berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama dan bukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

“Seharusnya kita tumpukan perhatian kepada pemulihan Sabah dengan penyesuaian SOP mengikut situasi terkini.

“Saya percaya kerajaan negeri sudah mengambil kira dan pertimbangan dalam pelbagai faktor dan aspek,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

Salleh berkata, kerajaan pusat patut menghormati keputusan dan memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Sabah.

Isnin lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi dalam pelaksanaan PPN Fasa 1 Sabah, mulai kelmarin.

Antaranya termasuk makan di restoran atau kedai makan, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal selain aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot.

Hajiji berkata, perincian SOP bagi negeri itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun sehingga kini, SOP berkenaan masih belum dikeluarkan dan terus menjadi tanda tanya sama ada apa diumumkan Hajiji boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Sabah tidak patut melonggarkan SOP yang ditetapkan oleh MKN.

Katanya, semua negeri sepatutnya melaksanakan satu standard SOP sahaja namun sekiranya ada negeri yang ingin menambah baik dengan memperketatkan suatu perkara, ia dibenarkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/30/adun-usukan-sokong-tindakan-kerajaan-negeri-longgarkan-sebahagian-sop-sabah/feed/ 0 2270