uwss kasigui – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 Jul 2024 08:23:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png uwss kasigui – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UWSS di LRA Kasigui dijangka siap April 2025, bantu atasi masalah bekalan air di Putatan https://sabahmedia.com/2024/07/06/uwss-di-lra-kasigui-dijangka-siap-april-2025-bantu-atasi-masalah-bekalan-air-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2024/07/06/uwss-di-lra-kasigui-dijangka-siap-april-2025-bantu-atasi-masalah-bekalan-air-di-putatan/#respond Sat, 06 Jul 2024 08:23:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57137
Read Time:1 Minute, 50 Second

Putatan : Isu bekalan air yang dialami penduduk sekitar daerah ini dijangka dapat ditangani dengan lebih baik apabila projek Skim Bekalan Air Segera (UWSS) yang dilaksanakan di Loji Rawatan Air (LRA) Kasigui Penampang dijangka siap April 2025.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, projek berkenaan dijangka mampu menjana sehingga lima juta liter air sehari (MLD) dan kini sedang giat dilaksanakan bagi menambah kapasiti bekalan air sedia ada yang disasar dapat memanfaatkan lebih 20,000 penduduk.

“Kita berharap bermula April tahun depan masalah air di Putatan dapat diredakan. Sekarangpun, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang berusaha untuk meningkatkan tekanan air di Putatan, selain Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar.

“Kawasan Ketiau dan Lok Kawi Baharu adalah antara yang kerap berdepan gangguan bekalan air di Putatan ketika ini hingga terpaksa dibuat catuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi PPK Putatan, Datuk Seri Arsit Sedi.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata demikian bagi mengulas perkembangan semasa isu bekalan air di Sabah, khususnya di daerah ini dan utara Kota Kinabalu.

Katanya, apabila siap projek UWSS di LRA Kasigui, ditambah dengan pelaksanaan LRA Kogopon Fasa Dua di Papar berkapasiti 40 MLD yang dijadual siap pada 2026, bekalan air di kawasan selatan Putatan dan utara Papar dijangka dapat distabilkan.

Sementara itu,  Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pemasangan tangki statik yang sudah dilaksanakan di empat kawasan dijangka dapat menyelesaikan masalah kes penyambungan paip haram di kawasan setinggan khususnya di Sepanggar.

Katanya, tangki statik itu bagi menyelesaikan kesukaran penghuni setinggan memohon meter bagi penyambugan air secara sah berikutan status tanah yang bukan milik mereka.

“Harapan kita apabila tangki statik ini beoperasi maka setinggan tempatan kawasan terbabit boleh dapat air dari tangki itu dan tidak melakukan atau mendapat air melalui sambungan haram sebagaimana yang kerap berlaku sebelum ini

“Dengan itu kita dapat meminimakan sambungan haram di paip utama yang mengganggu bekalan ke tangki-tangki utama sebelum disalurkan ke kawasan sekitarnya dan ini adalah usaha yang berterusan,” katanya.

Katanya, bekalan air kepada penghuni setinggan melalui tangki statik itu pula dikenakan bayaran seperti pengguna JANS yang lain melalui sistem prabayar yang akan diperkenalkan kemudian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/06/uwss-di-lra-kasigui-dijangka-siap-april-2025-bantu-atasi-masalah-bekalan-air-di-putatan/feed/ 0 57137
UWSS Kasigui dijangka bantu tingkat pengeluaran bekalan air di Putatan https://sabahmedia.com/2024/05/17/uwss-kasigui-dijangka-bantu-tingkat-pengeluaran-bekalan-air-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2024/05/17/uwss-kasigui-dijangka-bantu-tingkat-pengeluaran-bekalan-air-di-putatan/#respond Fri, 17 May 2024 05:32:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54527
Read Time:1 Minute, 27 Second

Penampang : Masalah kekurangan bekalan air khususnya di daerah Putatan dijangka dapat diselesaikan selepas dua projek peningkatan bekalan jangka pendek dan sederhana siap pada tahun depan dan 2026.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah pembinaan Skim Bekalan Air Segera (UWSS) Kasigui yang berupaya mempertingkatkan pengeluaran tambahan sebanyak lima juta liter sehari (MLD) bagi tujuan jangka pendek.

Selain itu katanya, untuk jangka sederhana, kawasan Putatan juga akan turut mendapat limpahan 10 MLD menerusi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon dua yang dijangka siap pada 2026.

Datuk Shahelmey Yahya

“UWSS Kasigui ini adalah tambahan kapasiti lima MLD bagi kawasan Putatan dan dengan siapnya loji ini maka Putatan akan mendapat lima MLD yang dijangka siap April tahun depan.  Sudah tentu ini akan melegakan masalah bekalan air yang dihadapi di beberapa kawasan di daerah Putatan.

“Ini juga akan memenuhi permintaan lebih kurang 25,000 orang penduduk.  Ini adalah selaras dengan perkembangan perkembangan daerah Putatan yang kian membangun terutama selepas Pasca COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah UWSS Kasigui di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) turut mengambil inisiatif bagi melaksanakan satu lagi prjek bagi mengeluarkan 10 MLD di LRA Kasigui.

Katanya, proses pelaksanaan itu kini sedang menanti kelulusan Notis Perubahan (NOC) dan berharap agar ianya dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

“Jadi ini bererti untuk masa pendek, jumlah bekalan air terawatt di kawasan Putatan dan juga Kota Kinabalu sepatutnya dapat kita penuhi,” katanya.

LRA Kasigui yang dikendalikan oleh Jetama direka dengan kapasiti asal 50 MLD dan berperanan untuk membekalkan air terawat ke Zon 4 Sistem Bekalan Air Kota Kinabalu yang merangkumi daerah Putatan, dengan jumlah 6,970 pengguna berdaftar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/17/uwss-kasigui-dijangka-bantu-tingkat-pengeluaran-bekalan-air-di-putatan/feed/ 0 54527